Jenis Kawan dan Student yang Korang Boleh Jumpa Waktu Study Kat Kolej - A box of Crayon

Latest

Wednesday, 21 September 2016

Jenis Kawan dan Student yang Korang Boleh Jumpa Waktu Study Kat Kolej



Assalammualaikum.


Memang betul sangat infografik ni. Haha semua ni memang ada masa kat U dulu. credit : eduadvisor, memang selalu jumpa budak-budak jenis macam dalam senarai ni. MC tak pasti dalam golongan mana. Korang pula?

Golongan High Achiever

Ada yang selalu 4 flat tak pun dean list tapi tak reti nak bersyukur. haha Mungkin tujuan sebenar nak merendahkan diri tapi disalah anggap oleh orang. Jadi kalau nak elakkan disalah anggap, rajin-rajinlah berkongsi ilmu dengan orang lain. Jangan lokek ilmu.

The Dreamer

Kaki mimpi dalam kelas. Bila dah habis kelas baru sedar. Assignment pun tak perasan bila lecturer bagi, end up kelam-kabut tanya kawan-kawan. haha Sebab tu lah kena kurangkan angan-angan dalam kelas. 

The Kiss-Ass

Kaki mengampu pun mesti ada dalam 2-3 orang. Actually bagus juga jadi kaki ampu ni, even though korang dibenci rakan-rakan, tapi at least bonus marks on your assignment. Lecturer pun akan bagi extra attention dekat korang. Tapi jangan over pula ya, nak berjaya kena lah bijak.

The latecomer

Kadang-kadang datang awal, kadang-kadang tak. Subject yang dia minat je dia datang awal, yang tak minat bye-bye. Geram juga budak jenis macam ni haha jealous sebab hati kering, lecturer marah pun buat kering ja.

Master Debater

Yang ni lagi geram, bila time nak balik selalu dia keluarkan fakta-fakta untuk debate dengan lecturer haha Tapi look at positive view, tak pelah dapat juga ilmu bila dengar dia debate dengan lecturer soalan yang kita pun sebenarnya nak tahu.

Doraemon

Beg macam-macam ada. Sebijik macam Doraemon, tapi buku jarang bawak. Haa budak laki banyak fesyen nih haha Perempuan jarang kot.

The Early Bird

Kelas pukul 10, jam 9 dah sampai. Bagus juga, sebab kalau kelas cancel dia inform, kami tak payah pergi dah. haha Mellya tak dela datang lewat, tapi tengah-tengah. Antara awal dan lambat haha

Social Crusader

Tanyalah budak course mana sekalipun dia je yang tahu. haha Memang kaki social, Mellya anti social. hihi tak dela anti, kalau orang tegur, cakaplah. Bila dah cakap, non-stop pulak.

The Freeloader

Semua nak pinjam, pen, kertas .. Adalah benda nak dipinjam nya.

Personal Trainer

Kaki gym, and sports. Hal kelas jarang amik tau, Melya selalu jadi mangsa assignment diorang nih. Tapi Mellya tak baik sangat just tolong sikit-sikit ja haha

The Cheater

Peniru. Time test siaplah kerja meniru ja. Jangan ya ikut perangai ni.

The Nightcrawler

Bila malam exam baru muncul. Nak study group haha


The sunnies on forever

Sentiasa melawa and melaram tak kira masa and waktu. Kita yang selekeh ni rasa segan pula nak dok dekat ngan diorang geng meletop nih haha

The Party all day

Orang sibuk study, haa dia busy party.

The Library Camper

Kalau boleh nak camping kat library. Setiap hari especially study week kul 8 da kuar umah.

Ni lah jenis-jenis student yang bakal korang hadapi nanti bagi budak-budak lepasan SPM. Ikut yang positive yang negative jangan ikut tau. ❤

8 comments:

  1. hahaha, comel! rindu zaman belajar.

    ReplyDelete
  2. macam macam ragam hahaaha setiap yang ada dekat atas tu semua kawan kawan elsa punya perangai hakhak. rindu zaman belajar

    ReplyDelete
  3. masa zaman masih menuntut memang mcm mcm perangai dan kerenah rakan rakan yang boleh kita nampak.

    ReplyDelete