What's Hot

Friday 30 September 2016

Cara Ambil Lesen Memandu Automatik (DA)



Assalammualaikum.

Lesen Memandu 2016

Dah 23 baru nak amik lesen kereta. Haha but no worries dah ada lesen memandu automatic (DA) tak payah stress-stress amik manual. Tapi bahaya jugak auto ni , sekali tersalah pijak minyak bukan brek, fuuh meloncat jantung. So for those yang baru nak amik lesen, both lesen D and DA ni ada advantages and disadvantages dy. Dengan sekali cubaan, cek lulus oi. hehe dah amik lesen lewat kenala bagi lulus.. Segan pulak kalau repeat banyak kali.

Macam mana nak dapat lesen ni?

KPP 01
First, pendaftaran di institut memandu. Mestilaa dah nak belajar memandu kan. Then korang kena menghadiri Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu KPP 01 (6 jam). Masa Mellya pergi kursus tu, pakai baju biasa je tapi kasut mesti bertutup. Pas daftar dia bagi kuiz sikit kuiz buta warna. Haha ok la kot tak de pun yang kena halau kuar sebab mata rabun. Macam-macam la penceramah cita, pasal jenis-jenis lesen memandu, tanda isyarat lau lintas, and kesalahan lalu lintas dan sistem KEJARA.

Lesen Memandu 2016

Ujian Bahagian 1
Then, korang akan hadapi ujian Bahagian 1. Ujian ni ujian berkomputer jawab 50 soalan kalau tak salah. haha ala senang je, kalau korang baca buku soalan yang diorang jual tapi konon-konon bagi free kt korang tu. Mesti betul 45 keatas tau kalau tak ulangan la jawabnya.. Masa ni pergi daftar, then dia akan panggil masuk bilik komputer tu, ada divider tau setiap pc and ada cctv. haha

Lesen Memandu 2016

Pengeluaran Lesen Belajar Memandu (LDL)
Dah lulus ujian Bahagian 1, barulah boleh dapat Lesen L. RM30 untuk 3 bulan. Lepas ni, korang akan buat latihan praktikal di litar KPP 02 (5 jam 1/2 minit) and latihan praktikal di jalan raya KPP 03 (10 jam).

BAHAGIAN 11 dan 111 (D)
Selekoh 's', 'z'
Mendaki dan menuruni bukit
parking sisi
parking 3 penjuru
Jalan Raya

Kalau Automatic(DA) ada lebih satu test, iaitu tanjakan atau 'ramp'

Sebelum korang ke Ujian sebenar, 
korang akan di 'test' melalui Ujian Penilaian (QTI) selama 30 minit. Buat Bahagian 11 dan 111.

Lesen Memandu 2016


TEST JPJ
Hari test ni, dah sampai check no giliran korang. First sekali akan ada briefing. Then, sedia jela kalau orang panggil. Waktu Mellya ritu, pegi buat jalan raya dulu. Then baru, RPK, and Bahagian 11. Anyway bahagian 11 kalau fail tapi bahagian 111 tak fail, korang tak payah repeat both. Korang akan repeat yang fail tu je. Masa Mellya gi tu giliran kedua daripada lebih kurang 50 jugakla. Tu tak termasuk yang ulangan sekali. Nasib baik no 2 so tak dela tunggu lama, tengahari kul 1 Mellya dah balik.

Lesen Memandu Percubaan (PDL)
Dah lulus, boleh drive dahla. Tapi kena lekat sticker P dua tahun and jangan buat kesalahan jalan raya. Mellya tak buat lagi ni, haha ritu lupa nak bawa gambar. Ingat nak suruh IDI je buatkan.

Lesen Memandu 2016

Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Tamat tempoh percubaan 2 tahun tu, dalam tempoh 1 tahun, tukarlah ke lesen CDL. Tahniah haha 

Nanti Mellya share RPK, RSM and kriteria dalam borang penilaian ujian memandu ni ek.  Yang baru nak amik lesen, Mellya faham perasaan korang hahaha nervous teruk sampai sakit perut, muntah-muntah cek . huhu

10 comments:

  1. erin takde lesen lagi sebab ayah tak bagi amik :(

    ReplyDelete
  2. kita ambik umur 19 tapi biar peram dalam purse. sudahnya umur 23 terkial2 drive. manual memang totally gone dah. haha

    ReplyDelete
  3. Oo skang dia ade mcm tu eyh? Zaman mek d je yg ade. Ape ape pon thniahhhh sbb dh boleh drive :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah bagi yang dh lulus.. saya pun lulus lesen masa ini 23 tahun juga... Sekali kena ulang... Dua tahun tempoh tu.. lesen P saya peram.. xd kereta nak drive.. bila dpt lesen full.. trus driv...hehe

    ReplyDelete
  5. wahh yang automatik mcm tuh rupanya, tapi tanjakan tuh mcm mana eh? blur pulak hehe :D apapun tahniah berjaya dpt lesen memandu dah, yay! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti mellya share tanjakan camne ek hehe tapi dia macam tekan minyak naik tebing and brek jangan sampai langgar tiang penanda. Secara ke depan dan mengundur ^^

      Delete
  6. Driving test takpernah tak cuak hahahaha

    ReplyDelete
  7. Fuh seb bek dah lepas walaupun pernah failed sekali, skrg dah terer.hahaha *riakcikit*

    ReplyDelete
  8. Baru daftar nak ambik jgk lesen,umur dh 35 baru nak ambik lesen,nevesnya.

    ReplyDelete
  9. Boleh tak ajar cara naik bukit?sbb saya rsa ckgu yang ajar saya tu dia ajar cam cepat sangat

    ReplyDelete