Good Virtues Co. Facial Scrub and Facial Cleanser Review - A box of Crayon

Latest

Friday, 9 September 2016

Good Virtues Co. Facial Scrub and Facial Cleanser Review



Assalammualaikum.

Good Virtues Co. Facial Scrub and Facial Cleanser
Nowadays, memang banyak product kecantikan di pasaran. Tengok jelah Instagram, Facebook, dan semua social media, memang lambakan product kecantikan merata-rata. Yang anehnya, setiap product yang dikeluarkan semua nampak lebih kurang, ada pencuci, toner, krim siang berwarna orange kekuningan dan krim malam kunyit. Tapi brand berlainan. Kesan pula sepantas kilat. Bila stop, wajah makin teruk. Sebab tu Mellya lebih berani cuba product yang boleh dibeli dari Watson atau Guardian. Product-product yang dipasarkan di pharmacy macam ni selalunya diuji dan ditapis dulu content nya, memang susah lah local product nak masuk pendek cerita.

Today, MC nak review skincare product kian meningkat naik dari Good Virtues Co. Baru je beli haha sebab tertarik dengan packaging and harganya yang berpatutan. Harap-harap sesuai lah dengan kulit.

Glowing & Goodness Facial Scrub dan Facial Cleanser

Good Virtues Co. Facial Scrub and Facial Cleanser

A little bit about Good Virtues Products

Mengandungi Habbatus Sauda and definitely not tested on animals. Mulanya MC try shower cream dia (nantikan review akan datang) and trust me kulit lembut sangat and rasa makin cerah pulak. So,  sajalah nak try skincare product muslim friendly and halal nih besides of the cute packaging tu yang menarik hati nak cuba. haha Product ni juga bebas daripada Mineral Oil, SLES, ALES, Parabens, synthetic colourants yang dipercayai boleh merosakkan kulit dalam jangka masa yang panjang.

Good Virtues Co. Glowing & Goodness Facial Cleanser

Good Virtues Co. Facial Scrub and Facial Cleanser

Membantu membuang kotoran di wajah tanpa menyebabkan kulit kering. Pencuci berwarna putih, tekstur lembut dan ringan.

What i felt: Lepas cuci, rasa lembut sangat and rasa tak berminyak. Tak banyak buih and bau nya sangat refreshing. Harga juga berpatutan. Boleh dipakai bila-bila masa.

Good Virtues Co. Glowing & Goodness Facial Scrub

Good Virtues Co. Facial Scrub and Facial Cleanser

Dipakai selepas mencuci muka. Pencuci berwarna putih biji-biji halus, tekstur lembut dan ringan.

What i felt: Kulit rasa licin setelah memakai, hasil daripada sel-sel kulit mati yang tertanggal. Memang sedap rasa lepas pakai. MC pakai hari-hari satu kali sebab scrub ni tak keringkan kulit and tak kasar. And once again bau nya menyenangkan.

Note: Harga dalam belasan ringgit per 100ml memanglah sangat affordable. Tapi, ada juga review yang mengatakan product ni tak berapa memberi kesan, jadi MC rasa it depends on type of skin. But for me, this product is quite satisfying dari segi kesannya terhadap kulit MC, and juga harga yang mampu milik. Most important design nya yang cute memang menarik perhatian gadis hihi

So, I give it 🌟🌟🌟1/2  out of 🌟🌟🌟🌟🌟

*Disclaimer: This is my personal opinion and humble review based on my experience. I am not paid for this review and I spent my own money on this product. Result may be vary depends on your skin conditions. I am not liable for any problems that might arise from trying out the product I review here.

5 comments:

  1. tak pernah cuba.. mungkin next time boleh cuba produk ni pula..

    ReplyDelete
  2. Saya ada try conditioner gvc memang best . Nak cuba shampoo dan shower cream pula

    ReplyDelete
  3. Awak punya skin type ap ya? If its good on u n kulit kita almost sama sy nk try juga

    ReplyDelete