What's Hot

Tuesday 4 October 2016

Test JPJ : Rutin pemeriksaan kenderaan (RPK), Rutin sebelum memandu (RSM)



Assalammualaikum.

Haritu Mellya ada share pasal amik lesen kan? Ni benda penting yang korang mesti tau bila nak belajar memandu KPP 02 dan KPP03, rutin pemeriksaan kenderaan (RPK), rutin sebelum memandu (RSM) dan Rutin Selamat (RS/CITO) 2016.

Rutin pemeriksaan kenderaan (RPK)

Waktu Mellya nak pegi test JPJ tu, Mellya refer kat blog ni (SINI). Sangat membantu sebab masa RPK tu gelabah gak tak reti susun ayat. haha tapi penambahan sebelum mula, dinasihatkan korang introduce diri korang dulu, nama, no kad pengenalan dan nyatakan sah tempoh lesen belajar memandu korang tu. Lagi satu, waktu pemeriksaan, sentuh dan nyatakan. Jangan sebut je tapi tak pura-pura belek. hihi 

Haritu ada yang tanya tanjakan tu macam mana?

Test JPJ

Korang kena buat dari depan and belakang macam ni ^^ Jangan langgar tiang! Fail terus kalau langgar haha nampak senang ke susah? Mellya masa awal-awal rasa susah sebab tak pandai control minyak.. Tapi senang je rupanya haha

And lebih bagus kalau korang refer borang penilaian ujian memandu Bahagian 11 dan Bahagian 111. Nak share boleh, tapi Mellya cuma ada yang DA je, kalau D (manual) tak de, haha Kalau nak tahu, nak lulus memang senang, tapi nak fail lagi senang. Download lah borang kat bawah ni tapi sorryla ek mecam pekasam borang nya. Kena zoom teruk baru nampak . Dah diisi pun hihi tu markah waktu ujian QTI cek. Good luck!

Test JPJ

Yang baru nak ambil lesen, boleh baca entry Mellya di sini http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/09/my-experience-lesen-memandu.html

1 comment: