Naisture The Secret Formula Mask vs Naisture 15 Minutes Mask Pack - A box of Crayon

Latest

Monday, 21 November 2016

Naisture The Secret Formula Mask vs Naisture 15 Minutes Mask Pack



Assalammualaikum.


Anyeong hehe Few days back Mellya ada review Pure Nude Makeup by Essence . Dah baca? Hehe kalini nak review Naisture mask pulak. mesti korang rasa buat apa kan nak review mask. Sama je semua. tempek kat muka, done. Eh tak ye, setiap mask yang kita pakai tu ada kelebihan and kekurangan nya tau.

Baru-baru ni saja menapak ke Aeon Wellness dekat Sunway Carnival Mall. Baru je wujud dekat Sunway, so barang-barang banyak yang masih ada (including Matte Junkie yang payah gila nak mampusss nak cari). Hehe masa nak bayar, dekat counter tengok ada promotion Naisture 15 minutes mask pack 4pcs RM 10 and Naisture The Secret Formula Mask 2 pcs RM 10. Murah kan?


Mellya just beli dua je ; actually dia ada 4 jenis hehe semua ada nama tau.. Charlotte ( Skin Control Mask), Elizabeth (Moisturizing Mask), Izabel (Brightening Mask), Emma (Fresh Face Mask).

Izabel: for dull, dark and uneven skin tone, freckles and chloasma
Elizabeth: lusterness, dull and rough skin, tightness

What i felt : Yeaaa great. Supple and rasa moist kulit lepas pakai. A bit plump feeling. hehe takde biji2 halus timbul. Ada sesetengah mask mellya tak sesuai, tumbuh biji-biji halus. Tapi yang ni okay maybe sesuai kot. Cara pemakaian macam biasa cumanya yang ni bahagian hidung dan mulut asing hehe. Senang sikit rasanya bila nak pakai. 



hehe so yang ni,  Mellya just amik 4 keping ; Juicy PomegranateWhite RoseFresh Aloe, dengan Lovely Strawberry.

Naisture (Natural & Moisturizer) 15 minutes : Mask Pack
Refresh & moisturizing as daily skin maintenance.

Juicy Pomegranate : 
Fragrant and fresh pomegranate replenishes your skin with vitamins, leaving it elastic. 

White Rose : 
Romantic and elegant rose keeps your skin bright and maintains a clearer, healthier look.

Fresh Aloe :
Soothes your tired and irritated skin.

Lovely Strawberry :
Strawberry rich in vitamins controls your excessive sebum and keeps skin smooth. 

Cara pemakaian ada dekat belakang mask. Lepas korang cuci muka, apply toner pastu unfold and pakai mask. 15 minit. Dah tanggal tu sapukan mask korang ke leher, essence dari mask tu masih ada kan so tak membazir kalau sapu tempat lain hihi pat your face bagi rata essence from the mask.

What i felt : Suka sangat ! They are super moisturizing, pastu refreshing.. soft and supple! Tak payah nak beli yang mahal tu hihihi but the mask cutting macam ada tak kena sikit dekat bahagian mata and mulut. haha essence banyak meleleh sampai boleh calit kat leher and tangan.

🌟🌟🌟 out of 🌟🌟🌟🌟🌟 !

P/S: Kalau pasal mask ni senang je nak puas kan hati hehe murah, and refreshing tu penting. ❤

*Disclaimer: This is my personal opinion and humble review based on my experience. I am not paid for this review and I spent my own money on this product. Result may be vary depends on your skin conditions. I am not liable for any problems that might arise from trying out the product I review here.

10 comments:

  1. Hoiss comel belaka mask ni... Nak pakai pown sayang..

    ReplyDelete
  2. Cantiknya packaging. Nak pakai pun bercinta. Hehe

    ReplyDelete
  3. Mai jarang pakai mask sbb selalu jmpa yg tak sesuai. maybe boleh try ni nanti...

    ReplyDelete
  4. hehe tu belum tengok mask yang bentuk panda. lagi sayang 😭

    ReplyDelete
  5. Slalu lalu je tepi Aeon Wellness tu.. masuk drug store lain.. ngeh2

    ReplyDelete
  6. Cakap pasal mask bentuk panda. Hehe. Siqah masih tak pakai lagi mask gitu. Sebab sayang jugak!! 😍

    ReplyDelete
  7. busyra jarang2 skali pakai mask. comel betul packaging dia. hehe

    ReplyDelete
  8. haaa, mek pn tgk survey mask ni. nk buat pakai hujung mgu :)

    ReplyDelete