Movie Review : Assassin Creed (2016) - A box of Crayon

Latest

Saturday, 24 December 2016

Movie Review : Assassin Creed (2016)



Assalammualaikum.


Baru-baru ni, 22/12/2016; Mellya and adik pergi Sunway. Disebabkan craving for Hokkaido Baked Cheese Tart . haha tapi dah dengan hujan lebat ni, rasa macam malas nak balik awal. Usyar-usyar ada cita apa kat GSC. Yang best cuma Assassin Creed. Actually Assassin Creed in based on game (history juga rasanya). At first i thought cita ni mesti merapu. lol but don't judge the book by its cover. Best jugak cita ni rasa macam ada sambungan/sequel nanti.

A glance:
Assasin Creed ialah game keluaran Ubisoft. Bukan saja filem, game ni juga ada mengeluarkan siri buku. Yang minat game mustahil tak pernah dengar game Assasin Creed ni. 


Short synopsis:
When Callum Lynch explores the memories of his ancestor Aguilar and gains the skills of a Master Assassin, he discovers he is a descendant of the secret Assassins society.

Director: Justin Kurzel

Writers: Michael Lesslie (screenplay), Adam Cooper (screenplay)

Stars: Michael Fassbender, Marion Cotillard, Jeremy Irons | See full cast & crew » (credit)

SYNOPSIS

Mengisah kan tentang Callum Lynch yang diselamatkan daripada hukuman mati oleh Abstergo Industries (Modern day Templar) untuk mencari Apple of Eden, kononnya boleh amankan dunia dan elak corruption (apple of eden ni dah lama templar nak, so that diorang ni boleh memerintahkan dunia, kira macam semua orang akan tunduk kepada kuasa diorang ni). Cal ni dikatakan waris atau ada relationship dengan Aguilar, salah seorang assassin pada zaman lampau yang menolak kekuasaan Templar Order. Untuk dapatkan information pasal Apple of Eden ni, diorang selamatkan Cal dan masukkan dia ke dalam Animus (machine ni boleh synchronize genes si Cal ni dengan ancestor dia Aguilar ni, kira canggih la alat ni boleh tau kisah silam si Aguilar melalui Cal.

Spain, 1492, Aguilar dengan partner nya Maria ditugaskan untuk selamatkan anak Sultan Muhammad XII (dia yang menyimpan Apple of Eden) yang diculik ketua Templar. Sebab diorang culik tu semestinya untuk trade dengan Apple tu.

Back to Cal, Callum berkawan dengan beberapa assassin yang lain diketuai Moussa, dia juga selalu berhalusinasi pasal Aguilar and ayah nya Joseph (Joseph bunuh ibu Cal sebab nak lindungi rahsia keluarga mereka itu). Sophia meyakinkan Cal yang ibu dia pun telah dibunuh assassin.

Masuk semula ke Animus, Aguilar and Maria akan dihukum mati tapi berjaya larikan diri, waktu Aguilar performs Leap of Faith, Animus malfunction. Callum dikeluarkan daripada Animus. Cal dapat tahu yang ibu dia juga seorang assassin yang sanggup mati daripada di tahan oleh Templar sebagai uji kaji Animus. Alan, ayah Sophia pula didesak untuk hentikan project Animus membuatkan Sophia sedar ayah nya mahukan Apple of Eden bukan untuk keamanan tapi kepentingan diri.

Sekali lagi ke Animus, Aguilar dan Maria membuat serangan hendap waktu perjumpaan antara
Muhammad dan Ojeda untuk pertukaran Ahmed for the Apple of Eden. Aguilar berjaya bunuh dan dapatkan Apple itu tapi partner nya Maria terkorban. Aguilar kemudian membuat keputusan menyembunyikan Apple itu di kubur/tomb Christopher Columbus. Lepas berjaya dapatkan apple itu, Rikkin dan pengikutnya berpindah ke Templar sanctuary di London untuk upacara pertabalan kuasa.

Dengan memori Aguilar, Cal berjaya selamatkan diri bersama Moussa dan beberapa lagi orang assasin untuk menghalang Templar. Diorang attack tempat tu, Cal bunuh Rikkin untuk dapatkan apple tu. Marah dengan tindakan Cal, Sophia berjanji untuk balas dendam dengan Cal.

Best? Bestla.. Berbaloi la tengok. haha ❤

No comments:

Post a Comment