What's Hot

Tuesday 17 January 2017

Nak Kulit Licin dan Glowing Macam Artis Korea?



Assalammualaikum.

Suzy Bae, Cara Dapatkan Kulit Licin dan Glowing Macam Artis Korea

Orang Korea ni memang terkenal dengan KPOP and kecantikan kulit diorang. Ada yang plastic surgery but bab kulit mostly memang asli cantik. Sebab apa ek? Kalau nak tau, lifestyle kita yang sebenarnya mampu memberi impact pada diri kita. Sapa tak nak kulit licin dan halus macam artis Korea? Mesti nak bukan? Jom baca tips ringkas Sis Hana Hadzrami nih. Baca ni mesti tak sabar nak cuba hahaha



So kalau korang baca tips ni from A to Z, mudah je nak follow. Antara rajin dan malas je. haha Orang Korea sangat pentingkan kesihatan, selain bersenam diorang jugak jaga dari segi pemakanan. Makanan yang berminyak memang bukan pilihan. (Aduh macam mana la nak elak, haha memang selalu dok makan goreng-goreng). Nak kulit cantik macam Korea, amalkan makanan yang dimasak secara steam atau rebus. Nasi pun makan 3 kali sehari dengan lauk-pauk berasaskan protein seperti ikan dan ayam. Sayur jangan cakaplah, diorang makan berpinggan-pinggan

And masyarakat Korea mula menjaga kecantikan sejak di bangku sekolah. Ala kat Malaysia ni pun sekarang, rasanya sekolah rendah pun dah pandai jaga muka. Cuba tengok ig tu, budak-budak zaman sekarang lagi lawa daripada kita masa zaman sekolah rendah. haha kita selekeh, depa kecik-kecik dah bermake up sekarang. 

Step penjagaan kulit yang orang Korea amalkan sejak sekolah untuk kecantikan kulit:


Bersihkan wajah daripada makeup menggunakan pembersih makeup. Sekarangkan famous dengan micellar water dan cleansing oil. Nak tahu korang sesuai yang mana? Baca SINI

Gunakan facial cleanser untuk pembersihan secara mendalam. Korean memang pengamal double cleansing method. Caranya, sama ada korang guna cleansing oil atau micellar water, facial wash kemudian bersihkan wajah sekali lagi menggunakan cleanser pulak. First cleansing tu membantu menanggalkan sebum, habuk, sel kulit mati dan lain-lain. Second cleansing, mencuci ke dalam liang pori tu. Kesannya kulit yang kusam menjadi lebih cerah.

Tak cukup dengan double cleansing, gunakan toner untuk membersihkan kesan makeup dan pembersih muka yang tertinggal.  Jangan lupa face essence untuk memudahkan penyerapan kulit dan face serum untuk merawat kulit dari dalam. Moisturiser penting untuk mengekalkan kelembapan dan memastikan serum kekal meresap dalam kulit. Sebelum tidur, orang Korea suka pakai mask muka. Patutlah kulit wajah diorang ni sentiasa lembap dan glowing kan? ❤

7 comments:

  1. Org korea nasi dia sikit lauk dia yg banyak. Lauk pulak kimchi, jeruk lobak, ikan bilis semua. Kita nasi dgn lauk sama tinggi. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis heheh dahla nasi bertingkat, minyak plak.....

      Delete
  2. Setiap kali tengok drama korea, memang suka scene dorang makan. Nampak selera je. Hihi.

    Nak cari serum lah camni. And bab makan sayur tu, untuk siqah pun payah gak 😅

    ReplyDelete
  3. saya pun kalau bab sayur pun payah hahhaa, ada sayur yang tak makan

    ReplyDelete
  4. haa ju suka tgk kulit flawless korean ! Malaysia skrg di bnjiri produk dr korean apatah lg msyrakat bpusu2 nak kulit mulus spt mreka tp kita lupa paling penting kena jga makan dlu sbnr ny =)

    ReplyDelete
  5. Gigih juga la ha ni nak mulakan cara penjagaan kulit muka macam org korea. Dah senja baru nak mula tp better late than never kan..hehe

    ReplyDelete
  6. Jaga kulit muka amat penting, sesiapa tak suka org yang muka nampak cantik ni? Ada ke korang dah dapat free Prudential Medical Card? Boleh minta kat sini

    ReplyDelete