Acne Balm Sendayu Tinggi Review - A box of Crayon

Latest

Friday, 13 January 2017

Acne Balm Sendayu Tinggi Review



Assalammualaikum.

sendayu tinggi acne balm

Sendayu Tinggi Acne Balm, Penyamar Noda Berubat. Caution, Entry bergambar heheh Jerawat dengan Mellya tak dapat dipisahkan. Especially time nak dekat period. Meriah tumbuh area pipi dan rahang. Kalau korang nak tahu, jerawat yang subur tumbuh di area pipi and rahang ni tandanya hormon tak stabil. Nak check punca jerawat korang, boleh lah refer post mengenai zon jerawat dekat sini >> http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/09/know-your-acne-zone-ketahui-punca.html So.. few days ago, Mellya ada share tentang set jerawat Sendayu Tinggi. One of it ialah Acne Balm. Sebagai permulaan nak mencuba set jerawat ni, Mellya cuba lah acne balm ni. Memang selalu sangatlah customer Mellya order acne balm ni.
Product Review

Sendayu Tinggi Acne Balm


Sendayu Tinggi Acne Balm, Penyamar Noda BerubatSendayu Tinggi Acne Balm, Penyamar Noda Berubat

Price : RM 31.80 (RM 30.20 member)

So Acne Balm ni actually berharga RM 31.80. Memandangkan Mellya sekarang dah jadi ahli Sendayu Tinggi, harganya cuma RM 30.20. Satu bekas 5gm, can last minimum 1 month depends on usage jugak lah.

Ingredients : Acne Balm ini diformulasikan daripada minyak tea tree, menthol, extract thyme, akar keladi dan akar licorice.

Function : Untuk mengeringkan jerawat dan kemerahan akibat jerawat. Boleh juga digunakan sebagai concealer untuk menutup kesan jerawat.

sendayu tinggi acne balmsendayu tinggi acne balm

Acne Balm ni warna nya seperti concealer so Mellya pakai juga waktu nak keluar. Bahagian berjerawat je Mellya sapukan balm ni, bahagian lain Mellya pakai foundation biasa.

Sendayu Tinggi Acne Balm, Penyamar Noda Berubat

Selepas sapuan, acne balm berjaya blend dengan warna kulit.

Cara penggunaan 

Sapukan acne balm pada bahagian berjerawat pada waktu siang dan malam selepas sapu pelembap muka. Acne balm bukan untuk seluruh muka, cuma untuk conceal kawasan jerawat sahaja. So after apply acne balm, boleh je apply foundation seperti biasa. 

What i felt

So my personal review, okay texture kering and tak berminyak, bila dah sapu tu rasa berangin macam pakai Vicks pun ada juga. hehe Kalau yang jenis tak suka pakai Vicks tu susah sikit. However, jerawat Mellya laju jeee kecut pas pakai balm ni. And now dah 3 kotak acne balm Mellya dah rembat. Bukan Mellya pakai sorang, adik Mellya join sekaki. Dia tu kalau sapu tak ingat dunia (muka dia breakout lepas pakai Tati Skincare, so sekarang tengah proses healing..)

Repurchase?

Memang dah repurchase pun haaa... Siap beli satu set lagi.. haha maybe sebab sesuai dengan kulit Mellya. Muka Mellya pun sensitif, kalau pakai skincare yang tak sesuai, muka akan breakout @ tumbuh biji-biji halus. Alhamdulliah setakat pakai ni tak ada la pulak tumbuh benda asing dekat muka.Kalau korang rasa macam nak try, boleh je contact Mellya. Details ada dekat sidebar. ❤

So, I give it 🌟🌟🌟🌟 out of 🌟🌟🌟🌟🌟

*Disclaimer: This is my personal opinion and humble review based on my experience. I am not paid for this review and I spent my own money on this product. Result may be vary depends on your skin conditions. I am not liable for any problems that might arise from trying out the product I review here.

8 comments:

  1. Replies
    1. yup memang best :D kalau jerawat tumbuh sapu pagi and malam, esok dah kecut tu yang best!

      Delete
  2. Macam best jer... Dulu sebelum kawin pernah pakai set kurus Sendayu Tinggi... Oklah...

    ReplyDelete
  3. Mai pakai dollskin ST, mmg terbaik! hihihi yang ni tak pernah try lagi, perhaps next time boleh cuba.

    ReplyDelete
  4. Salam sis, boleh pakai overnight ke? And after that cuci?

    ReplyDelete
  5. Salam sis, acne balm ni boleh pakai overnight ke? And after that cuci or lap je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup boleh pakai overnight, pagi and waktu pakai makeup pun boleh. xperlu cuci pun.

      Delete