Makan sat kat Singgah Sat Food Court - A box of Crayon

Latest

Wednesday, 15 February 2017

Makan sat kat Singgah Sat Food Court



Assalammualaikum.

Makan sat kat Singgah Sat

Lepas settle restock Sendayu Tinggi, makan sat kat Singgah Sat Food Court Seberang Jaya. Dua kali dah makan sini kalini baru rasa nak review. Kempunan lamb chop punya pasal. hehe Petang-petang dah pegi menapak dekat Singgah Sat ni. Lagipun food court ni memang macam-macam makanan ada. Takoyaki, Nasi kerabu, Steamboat, nak ber"shell out" pun boleh.

Makan sat kat Singgah SatMakan sat kat Singgah Sat

First sekali tuju kedai cendol. Special cendol letak durian tambah pulut. Pergh sedap. Harga pun boleh tahan sedaplah. Sebelah dia ada kedai Western & Grill. Order la Lamb Chop satu RM 15 - RM 17 ikut size yg kita dapat. Kalau Chicken Chop dalam RM 10 camtu.

Makan sat kat Singgah SatMakan sat kat Singgah Sat

Lama jugakla tunggu sebab orang baru nak warm up kedai kan haha Dah melantak kenyang-kenyang baliklah. Oklah makanan dia banyak choices, sedap boleh tahan, harga so-so. Tempat parking okay, ada tempat carwash jugak. So lepas-lepas shopping jeruk Pak Ali tu maila singgah sat dekat food court ni. hehe ❤


9 comments:

  1. menarik rupa lamb chop itu hehehe

    ReplyDelete
  2. Siqah suka lamb chop! Ohhh sedap!! Berkali baca tajuk, ingatkan mellya silap tulis, rupanya nama kedai memang Singgah Sat. Hii

    ReplyDelete
  3. Saya suka makan cendol, lebih2 lagi kalau santannya pekat... Saya tak dapat makan lamb... nanti pening kepala...

    ReplyDelete
  4. kot kalau sesat kat Penang nnt boleh la try..harga pun murah tu..

    ReplyDelete
  5. Lama tak pi seberang Jaya. Dulu rajin gak pi Carefour, ni dah ada Tesco Giant semua kat Kulim tak pi dah la. Hahaha.

    ReplyDelete
  6. telan air liur ju tgk cendol tu =D

    ReplyDelete
  7. Alahai, sedapnya cendol...(gulp.. sambil menelan air liur)

    ReplyDelete
  8. Syeeda pi try makanan korea aritu.. banyak pilihan. rambang mata iolss..hii

    ReplyDelete