Nak Mulakan Perniagaan? Wajib Baca Ni - A box of Crayon

Latest

Monday, 13 February 2017

Nak Mulakan Perniagaan? Wajib Baca Ni



Assalammualaikum.

Nak Buat Business Sila Jujur

Grumpy or pissed off face from http://cdn.iflscience.com/images/d81b1103-bde5-5b95-8443-cd66798278b1/default-1464367320-2202-think-your-cat-misses-you-it-s-probably-just-pissed-off.jpg

Nak Buat Business Sila Jujur | Tiba-tiba tajuk entry harini macam ni. Yes i am a dealer/seller or whatever. And i know my responsibilities to my customer. Kalau tak mampu  buat, inform customer. Jangan accept payment, bagi harapan palsu. Maybe tak de niat nak menipu cuma tak ada masa nak post, but at least inform la. 

I'm pissed off! Order dah dekat dua minggu tapi tak dengar khabar berita. Dulu pernah beli dengan seorang sis ni, okay. So i ingat second time beli ni okay la, tapi lain jadinya, dia buat perangai pulak dah. Yang geram nya dia cakap dah post, bila minta ID suruh tunggu balik kerja. Kita pun reply sopan santun, okay sis dengan smiley bagai. Then, sampai ke harini still no news. Dua minggu dah oi. Mellya tak kisah kalau dia cakap dia busy, tak ada masa nak post, bagi excuse kenapa lambat. Ni tak. Dahla menipu kata dah hantar. Marah sebab apa? Sebab barang yang dibeli tu is a gift for someone, which is my sister. RM 55 tu bukan sikit tau, and i can buy other things for her kalau tahu macam ni punya service.

Moral of the story, DEAR SELLERS, please be honest to your customer. Macam mana nak maju kalau service macam tu. Cuba tengok bangsa lain, jaga customer diorang macam mana. Siap follow up lagi. Ni tak, dahla orang tunggu lama berabad, pastu service macam pe lagi. Confirm i will ban this ig shop. Jangan sampai i boom your IG Shop pulak. Nasib baik la Mellya ni masih berperikemanusiaan lagi. Mellya nak tunggu sampai Rabu ni je. Kalau tak de respond jugak, i will spam sampai dapat duit balik, lantakla nak cakap kita ni tak reti sabar ke apa. As a seller u ada tanggungjawab untuk inform customer u about barang diorang. Dah bayar kan. RM 55 seorang kalau sepuluh orang? Tak ke untung dia. Ni hak pengguna okay?

Nak cari rezeki Jangan Malu | Yang bekerja tetap pun masih tak cukup pendapatan, apatah lagi yang tak bekerja tetap macam Mellya. hehe Terbaca article ni dalam berita harian, sedikit sebanyak apa yang ditulis tu betul kebanyakannya. Yang bekerja tak cukup duit, yang masih berstatus pelajar lagilah, bergantung pada keluarga, pinjaman, dan biasiswa semata-mata. Solution nya cuma bekerja sampingan.

Waktu Mellya di University, antara kerja sambilan Mellya buat ialah kerja di koperasi. Part time di shopping mall. Selain tu , edit blog. Mellya ada juga buat business jahit keychain, bookmark sebagai doorgift dan macam-macam lagilah. Entah lah mungkin minat Mellya ke arah berniaga.. hahaha

Actually banyak kelebihan buat kerja sambilan macam ni, boleh tambah pendapatan and belajar berdikari. Sejak Mellya bekerja part time waktu belajar, Mellya dah jarang minta duit parents. Mostly Mellya beli sendiri. Handphone pun since sekolah menengah Mellya beli sendiri. Kalau dah terlalu tak ada duit barulah Mellya minta, tu pun rasa segan nak mampus. huhu

Lakukan asal halal, apa saja yang korang rasa mampu dibuat. Ada juga kawan Mellya yang buat perniagaan sandwich telur mayo. Satu RM 1.50. Sehari dia boleh jual 30 set iaitu RM 45 sehari. Kalau dalam sebulan ada 30 hari, dalam tangan dah ada RM 1350. Tolak cost yang tak seberapa, RM 1000 mungkin dah ada dalam tangan. 

Perlu berkorban, bila dah ada kerja sampingan. kena berkorban masa, tenaga dan mungkin wang ringgit. Tapi InsyaAllah kalau betul-betul pandai mengatur masa, semuanya okay. Tapi yang paling penting kena buang rasa malu, yang ni Mellya masih belajar untuk buang rasa malu dan segan. Padahal malu ni tak sepatutnya berlaku. Macam mana nak maju kalau malu? Cakap dekat diri sendiri jugak nih. haha

So dua benda ni penting kalau korang nak jadi seorang business person yang berjaya. 
Jujur dan Ikhlas.

Baru lega sikit luah kat sini. Luah kat orang lain confirm kena marah haha

14 comments:

  1. seller zaman sekarang dah berani dah tak berlaku jujur pada customer. sebab tu sekarang kalau nak membeli tu kena betul2 kaji sedalam dalamnya. elsa dah kurang beli online better carik sendiri dekat butik atau mana mana even jauh sekalipun janji barang ada depan mata and puas hati

    sabar ye. kalau still tak ada respon jugak, memang kena boom nieyh hahaha

    ReplyDelete
  2. Pedih rasa hatikan bila tunggu barang kata dah pos tapi tak sampai2..yang ada janji 3 minggu sampai 2 bulan tak nampak barangnya..setiap kali tanya cakap dah pos...

    ReplyDelete
  3. Kak Ana pantang orang macam ni. Adik kak Ana baru je terkena. Byk alasan bagi. Kata ready stok tapi dah 2 bulan tak dpt. Bila wassap kata dia tipu, dia kata nanti jawab kat akhirat kalau barang sampai. Haha. Pandai pulak dia berakhirat. Hehe.

    Ps: Kak Ana tag mellya tau dekat segmen aerill hassan. 😍

    ReplyDelete
  4. Sebab tu mai jarang beli online, kalau nak beli baca dulu testimoni customer dia ramai ke tidak. Tapi kadang2 benda nk jadi ni unpredictable kan, nasib juga. Kita bukan nk marah sgt kalau dia update, ini biar terkontang kanting susah nk husnuzon.

    Semoga barang Mellya selamat sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaaaaa! kalau dia bagitau kita dia tak sempat nak post ke... tnggu stock ke... inform la, kita pun xmarah sgt. Ni sunyi sepi, dia blanja blue tick kat kita..

      Delete
  5. Pernah kena juga... biasanya benda ni terjadi oleh sebab agen/dropship atau peniaga part time... ada kerja lain so fokus berniaga kurang. Ada juga sbb stok tak da lagi... just post gambar dari pembekal... bila ada order baru dia order dari pembekal... berbulan saya pernah tunggu sampai dia lupa saya ada order yg belum settle... lebih sadis yang jual kawan lak tu... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kawan lagila... dah la kita xsampai hati nak tanya byk kali hehe

      Delete
  6. ju perna kena mcm ni tp nasib ju baik dpt retun duit.. alhamdulillah. dari ayat yg baik2 smpai tkluar juga baran Ju masa tu, wahaha.. kesian juga dekat seller tu tp apakan daya dah lama tggu then ju yg tnya balik2 brg tu, kalo dia update status kat ju xpa juga, sejuk hati sikit

    ReplyDelete
  7. spam comment kat insta dia banyak-banyak. seller macam ni kena bagi pengajaran sikit. dah amik duit orang kena lah hantar barang. kalau tak mampu pulangkan duit tu balik. ish ish ish. hidup tak berkat buat kerja macam ni

    https://nurulrasya.com/blog/january-retrospect/

    ReplyDelete
  8. macam2 kan ragam seller.. kalau tak seller, buyer lak yg buat hal.

    ReplyDelete
  9. lama dah tu kalau 2 minggu..oversea ke hapa..hihi

    ReplyDelete
  10. W'salam Mellya,

    Geram bila baca tentang penipuan online ni lebih-lebih lagi melibatkan penjual.. Tergamak makan duit haram. Sangat tersasar dari niat sebenar..

    ReplyDelete
  11. lain kali nak lebih berhati hati nak kalau nak shopping on9..

    ReplyDelete
  12. Sedihnya mellya. Tambah lagi itu hadiah untuk seseorang kan. Sure kita lagi mengharapkan benda tu sampai ke kita. Huhu. Harap peniaga online di luar sana, tolonglah jujur. Rezeki ada di mana-mana, tolong jangan tipu orang pls..

    ReplyDelete