Random : Nak Kahwin Kena Pandai Masak - A box of Crayon

Latest

Monday, 6 February 2017

Random : Nak Kahwin Kena Pandai Masak



Assalammualaikum.

Nak Kahwin Kena Pandai Masak
source :https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/54/a3/bf/54a3bfec155d95600e7e663bba78a4e6.png


Kali ini dalam Random : "Nak Kahwin Kena Pandai Masak". Sapa keluarkan statement tu? Haa jom bincangkan, korang setuju ke tak setuju dengan statement ni.

My opinion: Tak setuju! 

Main reason of course lah sebab Mellya tak reti masak. Susahla macam ni sampai ke sudah tak kahwin kalau wujud statement macam ni. haha

Sebab apa Mellya tak setuju ; First memang sebab Mellya tak reti, yang setakat masak nasi, goreng-goreng, sup... tu reti lah. Tapi yang buat kari tu kari ni, mee tu mee ni. Ahaiii.. hehe tak malu ke anak dara tak pandai masak? Malulah juga tapi STILL tak setuju dengan statement di atas sana tu. 

Nak kahwin tak pandai masak pun tak apa. Bila dah kahwin mestilah belajar masak sebab automatically kena masak untuk hubby tersayang. Cheyy. Betul apa. Kan dah jadi tanggungjawab. Lagi satu Mellya pernah je dengar orang cakap, selalunya orang yang tak pandai masak before kahwin ni lagi pandai masak daripada yang sedia pandai memasak nih. Minta-minta betul lah ya haha

Rasanya isu pandai masak ke tak ni tak wajar lah. kan kan kan.. haha Adakah Mellya je yang menghadapi isu ini ?

Macam mana nak belajar memasak.

#1 Cuba menu ringkas.
Untuk first timer, cuba cari resepi mudah untuk korang cuba. Nasi goreng ke.. Sup ke.. 

#2 Pengamatan/Memerhati.
Kalau mama tengah masak kat dapur, rajin-rajin kan diri menyelit sekali. Tengok cara masak. Jangan tengok je offer la tolong sekali. Practice makes perfect. Hihihi

#3 Rajinkan diri menonton rancangan memasak atau membaca buku resepi.
Hehe tengok je atleast korang tahu mana satu ikan mana satu ayam .
Yang mana gula yang mana garam hehe

#4 Jangan malu bertanya.
Duduk sorang di rumah mesti rasa lapar kan? Apa kata cuba masak. Whatsapp mama or kakak tanya cara buat cucur jagung hahaha

#5 Jinakkan diri buat cake, cookies atau pastry.
Yang ni menarik sikit kan kalau nak try. Try buat churros, cake cheese. Fuuh

#6 Don't give up.
Masak sekali tak jadi, masak berkali-kali bagi jadi hehe 

Itulah dia 6 cara Mellya belajar memasak. hehe Uols macam mana? Ada suggestion tak ? ❤


19 comments:

  1. jeles tengok org yg main campak2 pastu hasilnya sedap giler tp kte main campak2 hmmm xtau la jadi apa..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuuu, heran jugak camna la main campak pun boleh jadi sedap :(

      Delete
  2. Selamat kak Ana dah laku. Hehe. Kak Ana start ada anak baru reti masak. Kalau tak, satu jenis makanan pun tak reti 😅

    ReplyDelete
  3. Tak kisah pun tak pandai masak. Boleh belajar lepas kahwin nanti. Sikit2 dan tak tahu sila bertanya. Hehe. Pesan siap2 kat bakal suami kata tak pandai masak. Dont expect more :D

    ReplyDelete
  4. CR tak terer gak bab2 masak memasak nih. Huhu

    ReplyDelete
  5. hahaa yahhh jangan give up ! ira lebih suka baking dari cooking. kalau lah wujud pakai statement "nak kawin kena pandai masak" alamatnya masaklah kitaaaa --'

    ReplyDelete
  6. Pandai masak sikit2 pun tak mengapa...yang utama rasa rajin tu mesti banyak2....kalau pandai masak tapi kurang rajin pun tak molek...kalau tak mahir masak atau tak pandai langsung tapi sangat rajin....haaaaaaa insyaAllah superb hasilnya.

    ReplyDelete
  7. sama la mellya. kalau bab nak masak gulai/kari tu tak reti jgk. hahaha. n busyra suka tngok buku resepi. suka jaa.. tp mencuba tak pun. hehe. dan lg satu yg bab kek, cookies. mmg tak terer! tak pandai. so kena belajar banyak lg dalam masakan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik mai cakap busyra rajin masak haaa

      Delete
  8. Mai tak reti masak juga, kalau tengok resepi google tu bolehlah,tu pun angkut phone ke dapur sebab ingatan tak kuat,kehkehkeh...selalu tengok busyra, dia rajin masak.

    ReplyDelete
  9. nasib baik bakal suami fae pandai msk..so i can learn from him hahahaha

    ReplyDelete
  10. hihihi... Liez pun tak pandai masak... but alhamdulillah dapat suami yang tak makan nasi.. tapi lauk dia makan la... tapi if husband nak makan, Liez just tanya cik goggle or tanya MIL or MAK sendiri...tapi pandai masak atau tak pandai... bukan ukuran boleh kawin ke tak.. org sekarang bukan macam mak-mak dulu yang bakal menantu kena dtg rumah then nak tgk pandai masak ke idok....hihihi... kita boleh belajar dari masa ke semasa

    ReplyDelete
  11. saya sebelum kawen pun tak pandai masak. dah kawen, baru masak. itu pun campak campak je, jadi tak jadi, kira jadi lah! sebaik suami tak cerewet, makan je apa yg saya masak hihi.

    ReplyDelete
  12. Hihi kiranya Mellya nie terror jugak la masak memasak nie walaupun goreng-goreng aje.. Btw Tahniah awak krn terpilih untuk berada di special bloglist akak.. =)

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/02/top-commentor-januari-februari-2017.html

    ReplyDelete
  13. Cik Ila tak pandai masak sebelum kahwin. Sekarang dah ok sikit. Alhamdulillah. Nasib baik dapat suami yang pandai masak dan dapur jadi tempat dia. Hehehe

    ReplyDelete
  14. hihi saya rasa kan, orang kata macamtu just untuk persediaan sahaja. Sebab nanti dah kahwin kan kena masak untuk husband, kiranya kalau dah pandai masak sebelum kahwin tu tak payah susah-susah nak belajar lepas dah kawin. hehe pada pandangan saya la :)

    ReplyDelete
  15. nanti da kahwin, expert sendiri. walau xsedap macam masakan mak or mak mertua..confirm suami makan. lama lama dia mesti nak makan bini punya air tangan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan?? haha kalau dah lapar mesti sapu je apa pun

      Delete