Sarapan Pagi Yang Paling Simple and Sedap - Egg Version - A box of Crayon

Latest

Saturday, 18 February 2017

Sarapan Pagi Yang Paling Simple and Sedap - Egg Version


Assalammualaikum.

Sarapan Pagi Yang Paling Simple and Sedap - Egg Version

credit https://www.sixpackbags.com/blog/wp-content/uploads/2014/04/Healthy-Egg-Recipes-For-Breakfast3.jpg

Dulu Mellya memang tak suka sarapan. Kalau sarapan rasa macam nak muntah. Bila dah besar sikit ni, barulah rasa kepentingan sarapan ni. Masa awal-awal nak practice tu, susah jugakla sebab asyik loya and pening lepas makan. Sekarang dah okay, sebab selalu paksa diri makan sarapan walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Kenapa sarapan penting? Sarapan penting untuk bagi tenaga, and untuk mengelakkan gastrik. Ramai yang terkena sakit gastrik sebab tak sarapan. 

So what i usually have for breakfast?

Sarapan Pagi Yang Paling Simple and Sedap - Egg Version

Telur memang favourite Mellya for breakfast. Menu paling utama Mellya or usual breakfast, roti putih, telur mata, mayonis dan sedikit lada. hehe Goreng telur mata kalau macam Mellya suka telur kuning cair jadi goreng kejap je. Mellya memang sejenis yang suka makan telur cair 😅Pastu biar kejap bagi minyak dia turun, baru letak atas roti putih. Letak mayonis, sprinkle some lada. Tada.. Makan dengan lahapnya. Memang sedap. And paling best, kenyang gila.

Sarapan Pagi Yang Paling Simple and Sedap - Egg Version

Kalau rasa macam tak nak makan minyak, Mellya akan rebus telur. Lepas dah agak telur macam dah separuh masak, sejukkan kejap. Kopek kulit, masuk telur dalam mangkuk, masukkan mayonis and lada. Pun sedap juga!

Sarapan Pagi Yang Paling Simple and Sedap - Egg Version

credit http://allrecipes.com/recipes/1308/breakfast-and-brunch/eggs/scrambled-eggs/

Scramble eggs pun sedap jugak kan. 2 biji telur, mayonis, sedikit air (optional), whisk sekali dalam bowl. Cairkan sedikit margerine/butter, api kecil ya then masukkan telur tadi kacau perlahan. Bila agak dah menjadi tu transfer terus ke piring. Tunggu kejap baru masukkan garam sikit or lada.

Sarapan Pagi Yang Paling Simple and Sedap - Egg Version

credit http://www.jamieoliver.com/

Cheese Omelette. Ni pun senang , 2 bji telur pecahkan dalam bowl, kacau sambil masukkan garam and lada. Cheddar cheese "shredded" kan, panaskan frying pan masukkan olive oil. Pastu masukkan telur slowly bagi dia full cover surface frying pan. Jangan tunggu dah masak baru masuk cheese ek, masuk cheese waktu ada lembik-lembik lagi dekat tengah telur tu. Dah siap masak fold, letak atas pinggan makan dengan roti and tomato. Perghhhh !

Bahan wajib ada bagi Mellya mayonis dengan lada. Cheese ni jarangla buat, sebab selalu loya walaupun sedap. hehe

My No No ?
Telur mata plus kicap boleh but Mellya dah jarang makan sangat kicap since orang cakap buat parut gelap haha entah betul ke tak. Roti celup telur ni Mellya tak berapa berkenan disebabkan potensi minyak yang tinggi. Pagi-pagi salah satu perkara membuatkan Mellya jarang bersarapan ialah makanan berminyak. 

So uols makan apa pagi2? Selalu tengok Jamie Oliver punya resepi. Banyak yang mudah and simple hehe ❤

15 comments:

  1. Breakfast utk alas perut je , tak perlu makan benda yg berat2..nanti mata mengatuk pulak kalau makan terlalu kenyang he

    ReplyDelete
  2. Telur is always my top menu for breakfast. Telur separuh masak is a must. Dari sek sampai sekarang pun. Senang dan sedap. Hehe. 😊

    ReplyDelete
  3. samalah..aku pun suka makan telur goreng yang cair..sedapp..

    ReplyDelete
  4. alamak ye ke telur kicap menghitamkan parut ? Alaaa fav jugak tu acano

    ReplyDelete
  5. Nampak simple je tapi sedappp kan hehe

    ReplyDelete
  6. memang sedap sis..sarapan tu pentinggg..mula tak biasa jugak..last2 dh jd kebiasaan :)

    ReplyDelete
  7. Mek biasa breakfast kena dgn hot choco (milo /v vico) pastu bread. Tk kesah bread toast atau yg berinti. Klau bg nasi tu heavy skit la. Klau kul 10 bleh la telan nasi. Klau 8am - rise and shine memang itu je la.

    ReplyDelete
  8. sedaaap nyaaa tengok .. pepagi jarang makan sebab tak sempat. kalau sempat selalunya makan nasi lemak takpun sandwich telur

    ReplyDelete
  9. telur tu buatlah gaya macammana pun. tak pernah tak sedap hikhik. kadang2 sarapan dekat kedai tu elsa akan mintak telur separuh masak dua dan hirup macam tuh je hehe. protein tu baru tenaga banyak nak work

    ReplyDelete
  10. Saya dulu pon macam tuh..tak suka breakfast bila dah besar baru start amek breakfast..kalau zaman zaman sekolah memang jarang sangat breakfast..x suka..haha

    ReplyDelete
  11. Amboi dappnya. paling suka buat telur separuh masak sambil letak cheese atas tu.

    ReplyDelete
  12. Wah standard hotel kalau macam ni...

    ReplyDelete
  13. telur cair tu anak menakan saya panggil 'telur mata hidup'. kalau kuning telur tu tak cair, dia panggil 'telur mata mati' :D

    ReplyDelete
  14. alahai semua nampaks sedap

    ReplyDelete
  15. Kita kalau breakfast telur ni biasa buat half boiled eggs je. Senang cepat dan sedap! :p Heheh.

    ReplyDelete