What's Hot

Friday 3 March 2017

Mudah dan Jimat Shopping di Shopee!



Assalammualaikum.


Di zaman serba moden sekarang ni, kedai bukanlah benda wajib untuk yang mahu memulakan perniagaan. Ada je platform yang betul dan boleh digunakan sebagai tapak perniagaan, join je benda ni business dah boleh jalan. Benda apa yang dimaksudkan kalau bukan Instagram, Lazada, Facebook, Carousel, dan juga, Shopee

Shopee MY : Free Shipping for All



Shopee ialah satu gedung membeli-belah secara online yang boleh diakses dimana saja. Istimewa nya Shopee ialah ialanya bukan setakat membeli-belah, kita juga boleh memasarkan product kita sendiri melalui aplikasi mudah alih ini. 

Kenapa Shopee?


Good thing about Shopee ni pembeli dapat membeli dengan lebih selamat sebab payment kita akan masuk pada account seller after kita receive the product. Lepas kita confirm order received then only payment direlease kan. 


And lagi satu some products ada free shipping sebab subsidized by Shopee. So kalau seller kenakan cas postage RM 5, korang dapat subsidi, bayar price item je. RM 5 pos tu akan ditanggung pihak Shopee, kiranya diorang yang bayarkan duit postage. hehe bestlakan nak shopping macam tu !

Pembeli

  • Perbandingan harga , product yang sama, kualiti yang sama pada harga yang berbeza. Disini, pengguna boleh membuat perbandingan harga dan memilih seller yang dipercayai berdasarkan rating dan comment pelanggan seller di Shopee. 
  • Pengguna juga boleh menghubungi seller melalui live chat tanpa sebarang masalah. 
  • Status penghantaran boleh dicheck melalui Shopee. 
  • Wang akan dikembalikan jika barang tidak dapat dalam masa yang ditetapkan. 
  • Pelbagai cara pembayaran. 
  • Sale yang gila-gila! 
  • Jimat postage fee. 


Peniaga Online

  • Online listing secara percuma 
  • Share ke social media 
  • Boleh claim postage fee

Tips nak shopping dalam Shopee, tengok yang high rating and preferred punya shop. Tapi kalau guna Shopee ni tak perlu risau lah! Selagi barang tak sampai ke tangan kita, payment tak akan release kepada seller. Jadi andai kena tipu pun, boleh je nak refund balik.

So cara nak shopping, kena download app Shopee ni dalam fon dulu, create account dan walla. Boleh guna untuk shopping and jual apa korang nak jual. haa Yes sebagai buyer, and seller both korang boleh guna Shopee ni. Tapi Mellya pun masih tengah uji kaji lagi Shopee ni, tak pandai nak berurusan guna Shopee ni haha jadi lebih prefer orang order melalui Instagram atau Whatsapp. Tapi bila consider balik betapa jimatnya wang pos kalau guna Shopee, hmm menarik juga kan?

So, Jom Download Shopee sekarang ! Nanti Mellya kongsi apa yang Mellya beli ya ❤

3 comments:

  1. Baru tau kelebihan shopee ni, rugilah tak guna. Dah la jimat wang pos, selamat pula tu.

    ReplyDelete
  2. busyra pun baru tau pasal shopee ni. tq mellya sbb share kan pada smua.. :)

    ReplyDelete