What's Hot

Tuesday 7 March 2017

Random : Bercinta, Putus, Tak Mau Kawan



Assalammualaikum.

Bercinta, Putus, Tak Mau Kawan

source: http://s205.photobucket.com/user/inuyasha_girl903/media/Kellyspicturething.jpg.html

Sapa pernah bercinta dan akhirnya putus di tengah jalan? hehe jengjengjeng.. Mellya pernah? Eh maybe yes, maybe no. haha berteka-teki pulak. Mellya confused kenapa ya, ex atau bekas seseorang yang special dalam hidup kita tak boleh jadi teman biasa. Kalau Mellya okay je nak berkawan macam biasa, kenapa sampai nak putus hubungan terus. Tapi tak semua berpendapat begitu, ada yang cakap tak boleh sebab nanti tak boleh move on. haha

Bercinta, Putus, Tak Mau Kawan. Mungkin maksud di sini ialah tak dapat nak rapat macam dulu? And takut untuk tengok EX kita tu lebih bahagia daripada kita? Hmm logic jugak jadi punca tak boleh berkawan selepas berpisah. 

Tips untuk Move On: Bercinta, Putus, Tak Mau Kawan

#1 Buka buku baru

Kenapalah nak diingat-ingatkan kenangan lalu. Move on je. Sedarlah yang kat luar sana ada seseorang yang tengah menanti cuma belum dapat bertemu. kihkihkih Mellya selalu fikir macam tu je, setiap orang dah ditakdirkan dengan pasangan masing-masing. Jodoh tu cepat atau lambat je, kalau sekarang tak jumpa, esok lusa... Who knows?

#2 Ubah Habit

Sesetengah pasangan tu ada certain favourite songs lah, tempat dating lah apa lahhh. So ubah habit korang. Tak payah nak pegi layan sendu dengar lagu kenangan korang tu. Eleh emosi konon. Lucu lah hahaha Gambar ke apa ke... buang je.. Buat apa nak simpan lagi? Dok tengok je gambar tu.. bukannya kenyang pun.. Tambah sengsara je. Mellya nak move on, delete semua, buang semua, cut contact and tukar number. haha Baru rasa tenteram.

#3 Fikir keburukan Ex

Haa kalau rasa rindu-rinduan tu , fikir je keburukan orang tu. Eh no body perfect lah. Mesti ada kekurangan dia tu. Tapi jangan pulak canang cerita keburukan dia sana-sini. Tu dah salah concept. Dengki namanya. 

#4 Message or meeting friends

source: http://weheartit.com/entry/280807024/in-set/118115866-inner-peace?context_user=ehndorphins

Kalau rasa sunyi  tu, message lah kawan-kawan, ajak jumpa.. Hang out. Happy-happy. Tak payah duduk sorang-sorang melayan perasaan. Macam Mellya ni, suka sangat tengok wayang. Bila sedih ja tengok wayang. Pastu shopping benda-benda comel. Tapi ada setengah orang dia nak layan emosi, pergi tengok drama Korea kan? Bernas gak tu. Nak nangis macam segan ja, alang-alang tengok drama sedih. Boleh nangis sekali haha

#6 Busy lah.. Busy..

Mellya senang je. Kalau nak lupakan seseorang tu Mellya akan busykan diri Mellya. Eh tak da masa nak fikir lah. Tengokla tv ke, apa ke yang funny. Ada jugak jenis pergi gym or exercise untuk move on. Lain orang lain caranya. Tak pun korang busy kan diri buat kerja yang sememangnya banyak tu. Then you will be okay, trust me.

#7 Solat, doa dan Baca Al-Quran

Pengubat segala kesedihan adalah tiga perkara ni. Paling mujarab lah kan. InsyaAllah tenang ja hati. Eh lagipun kalau ada jodoh tak kemana... Berpisahlah macam mana sekali pun, kalau dah takdir... So chill lah kan? 

Bila Mellya baca balik tips ni, Mellya sedar memang patut pun most couple tak nak berkawan lepas dah putuskan hubungan especially yang jiwa tak kental haha Mellya bukanlah yang kental sangat tapi setakat ni masih boleh nak menerima keadaan. Apapun, masa yang paling penting. Bukan senang nak move on, tapi nak tak nak kenalah berusaha melupakan. By time, korang akan okay.. Jumpa orang baru and lupakan orang yang dulu tu. haha So sabar ek? Macam mana pembaca Mellya ni move on, share lah sikit ❤

17 comments:

  1. CCL pernah mengalami jugak . Bercinta putus dan tak nak kawan .. tak nak kawan tue bukan sampai tak bertegur sapa . Mungkin ambil masa sikit untuk move on ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu masa yang mampu mengubah segala..
      Aisehhh ayat hahaha

      Delete
  2. yes elsa buat semua tips di atas. elsa jenis kuat sangat bergaul dengan orang gelak tak tentu pasal hahaha jadi memang elsa senang move on. tapi orang yang memutuskan tu pulak yang tak boleh nak move on. excuse meeeee tak kuasa nak layan hahahaha

    wah blog awak ada dalam entry kita! http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/my-boyfriends-girlfriends-bloglist.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mellya pun boleh move on tapi kadang-kadang teringat le pulak .. cis !

      Delete
  3. kawan.. tapi gitu2 je... dah tak rapat macam sebelum tu dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay la tu means kita boleh move on and be professional heheh

      Delete
  4. hmmmm.. nk bercinta lg la rs. hehehe

    ReplyDelete
  5. tak dapat berkawan sebab nak jaga hati kawan. ekekekk

    ReplyDelete
  6. Tak kawan tapi friendlist kat fb... hehe... masing-masing dah berkeluarga, teringat memang tetap teringat... kenangan lama kan...

    ReplyDelete
  7. sis dulu couple dgn org lain tapi kawin ngan org lain. dulu rasa sakit hati tapi dah kawin ehem ehem. im happy alhamdulillah :D

    ReplyDelete
  8. Memang take time juga nak move on dan bencikan orang yang kita suka. Tapi semakin cuba nak benci, semakin tu nama dia duk menari-nari gedik dalam pikiran kita.

    So mai amik keputusan untuk maafkan dia dan berkawan macam dulu balik sebelum bercinta. Tapi tak adalah kawan rapat pun, renggang sikit la,tapi tak putus gitu sahaja.

    Tak ada apa nak didendam pun, tapi nanti nampak sendiri la siapa setia sapa duk tukar pasangan, kekekekekekekekeke. Opps.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah betul mai, actually memanglah tak akan rapat macam dulu kan. Mampu memaafkan dan kawan biasa, tu tanda orang yang move on.

      Delete
  9. Saya ialah spesies manusia yang saaaangaatttttlah susahnya nak move on. Amik masa lama gila untuk betul-betul move on. Tips? Takde tips. Masa je pengubatnya. Hehe 💪💪💪

    ReplyDelete
  10. apa-apa pun perlu kuat untuk move on, tak perlu ingat perkara lama..

    JanjiKita

    ReplyDelete
  11. cinta monyet adalah �� tu yg tak frust menonggeng time putus. dah besar ni, akal dah pnjg x mau plak sy bersinta-sinta

    ReplyDelete
  12. Dah lama sangat terlukanya Mellya sampai dah lupa merawatnya hihi.....
    Tapi betullah kena move on. Bunga atau kumbang bukan cuma seekorkan...dia tak nak dengan kita, ramai lagi yg nak

    ReplyDelete
  13. Bagusnya Mellya. Huhuhu kalau Ira sendiri tak mampu kot nak berkawan bukan sebab tak boleh nak move on ke apa tapi memang tak boleh. Hahaha

    ReplyDelete