Random : Mata Coklat Senang Nampak Hantu? - A box of Crayon

Latest

Thursday, 9 March 2017

Random : Mata Coklat Senang Nampak Hantu?



Assalammualaikum.

Mata Coklat Senang Nampak Hantu?

Mata Coklat Senang Nampak Hantu? Sapa bermata coklat angkat tangan. hehe Mellya bermata coklat dan memang pernah nampak benda halus ni. Tajuk entry ni Mellya dapat lepas kawan adik Mellya cerita yang orang mata coklat ni memang mudah nampak hantu. Kebetulan dalam family Mellya, Mellya bermata coklat selain abah Mellya and both kami berdua memang pernah mengalami pengalaman nampak benda-benda gitu.

Kisah pertama masa Mellya di sekolah menengah. Seperti sedia maklum Mellya dulu sekolah dekat Kulim, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah. hehe duduk asrama sebab tak larat ulang alik pergi sekolah convent. Convent banyak sangat activity pagi sampai petang kena ke sekolah sangat meletihkan. So first tu, Mellya nampak di rumah, Mellya terjaga dari tidur. Bilik tidur memang tak pernah tutup rapat sebab anak perempuan kan, parents takut jadi apa-apa tak dengar hehe Waktu terjaga tu Mellya nampak something bertelekung melintas ke bilik mama Mellya. Next day, Mellya tanya mama ada solat ke tengah malam. Mama diam, and cakap tak pun. Then Mellya pun oh okay. Mama and abah pun cakapla maybe Mellya mamai waktu tu so Mellya pun okay jela.

Then at school, Mellya memang jenis bangun awal. Kalau kelas pagi usually Mellya bangun 4.30 pagi, 5.00 pagi, macam tula sebab Mellya jenis tak suka berebut shower. hehe And waktu tu la Mellya ternampak something di ampaian baju.

Next kejadian waktu Diploma dekat UiTM Permatang Pauh. Waktu tu study week. Disebabkan panas roommate Mellya suka buka tingkap and tempat Mellya sebelah tingkap. Tingkat 7 ye masa tu. Then Mellya cuma buka lampu meja waktu tu, pukul 3 pagi lebih. Study kan sampai pagi ha Baru nak duduk atas katil sebab lenguh belakang study atas kerusi lelama. Suddenly Mellya terpandang luar tingkap, nampak benda putih terbang elok je dekat tingkap. Teka apa Mellya buat lepas tu hehe Mellya bangun, tengok, tutup tingkap, tutup langsir terus tidur. hahaha Memang tak study dah aih waktu camtu. 

Degree Alhamdulillah tak ada gangguan but few months ago dekat rumah Mellya ternampak adik Mellya turun tangga. Next day Mellya tanya "hang turun tangga ke semalam pergi minum air lewat-lewat?" sebab Mellya tanya tu Mellya terkejut beruk nampak orang turun. Mellya ingat Mellya je tak tidur gi. Then dia cakap tak pun, sekali lagi terdiam. Apa lagi meraung adik Mellya sebab takut, abah Mellya cakap dia pun nampak adik turun. hehe tambah pulak adik cakap dia memang dengar bunyi-bunyi pelik dalam bilik dia. Bunyi macam orang susun perabot. alamak... disebabkan taknak dia takut kami andaikan dia mamai, tidur sambil jalan.. tapi memang tahulah adik Mellya ni bukan jenis tidur sambil berjalan.

Mellya tak berniat nak brag yang Mellya pernah nampak, tapi just rasa macam maybe betul la kot mata coklat boleh nampak benda halus. Kalau tanya nak tengok lagi tak benda-benda macam tu, tak naklah. Takut juga, mana tahu lemah semangat tiba-tiba. 😅😅  

Adakah teori ini betul ? Mata Coklat Senang Nampak Hantu.

23 comments:

  1. Replies
    1. entahla kawan adik tu dengar dari mana hahaha tahyul je rasa hihi

      Delete
  2. Nasib baik mata saya hitam... Hehe...

    Saya ada buat pencalonan nama Mellya dalam Sunshine Blogger Award. Selamat bersegmen.

    http://www.bilalelakiberbicara.com/2017/03/sunshine-blogger-award.html

    ReplyDelete
  3. uishhh... ye ke.... risau juga ni..

    - Mia Liana

    ReplyDelete
  4. Seramnyaaa....Hakak tak pernahlah pulak dengar mcm tu Mellya. Tapi hakak ada kawan mata coklat. Suka tengok mata dia. Kulit putih pulak tu .....mcm dah org Arablah jadinya

    ReplyDelete
  5. Mahkluk tu memang wujud. Kak ana dari kecik dah nampak benda2 ni. Cuma last kak ana nampak last 2 years bila baru masuk rumah yg kak ana duduk skrg ni. Lepas tu Alhamdulillah sampai skrg takde nampak dah. 😅

    ReplyDelete
  6. Seramnya, sy pernah nmpk sekali. Takut 😢

    ReplyDelete
  7. nasib, mata saya hitam hehe jadi mmg alhamdulilah tak pernah nampak lagi benda2 halus ni

    ReplyDelete
  8. alamak. tiba-tiba rasa seram. bukan sebab cerita ni. tapi teringatkan kawan-kawan yang mata coklat ni. lepas ni kalau jumpa diarang, mesti akan tanya, eh, ko boleh nampak makhluk halus eh? erks!

    ReplyDelete
  9. Kalau orang mata hitam boleh nampak apa pulak? :-P Hehe

    ReplyDelete
  10. Kalau orang mata hitam boleh nampak apa pulak? :-P Hehe

    ReplyDelete
  11. coklat jugak.. tapi as for now tak pernah nampak, cuma gangguan ja

    ReplyDelete
  12. Wah mata Mellya coklat ke, cantik tu.

    Setakat ni alhamdulillah Lya tak pernah nampak apa-apa. Harapnya takkan nampak lah haha

    ReplyDelete
  13. seramnya sis. mujur mata elsa tak boleh nampak semua tu kalau tidak susah nak tidur agaknya huhu. apa apa pun jaga diri ye sis :)

    ReplyDelete
  14. ish yeke? pernah nampak 2x..tapi tak nyata
    JanjiKita

    ReplyDelete
  15. scary nya baca cerita mellya waktu mlm mcm ni ahhahahha

    ReplyDelete
  16. Ada kawan yg six senses , gerun dengar cerita dia, hahah. Kalau nampak buat tak tahu je, jangan sampai dia tahu kita nampak 'dia'...

    ReplyDelete
  17. Syerammm syejukkk pulak kita baca tengah pagi ni

    ReplyDelete
  18. Betulkah kalau mata coklat nampak hantu.? saya pun anak mata warna coklat ( tapi tak terang.cuma bila tgk dari cahaya, baru nampak.) Bukan apa, saya pun selalu juga ternampak juga benda pelik kat umah tapi lembaga hitam. aduhai, jangan ingat.nanti malam2 tak dapat tido lah pula.hehehe

    ReplyDelete
  19. Hi awak.. Salam kenal dari Indonesia. Saya follower awak ke 492. Saya banyak juga baca kisah2 hantu kampus UiTM. Memang seram ya kampus tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi salam kenal ! heheh maybe? kampus puncak alam and permatang pauh both ada kisah hantu tersendiri

      Delete