Movie Review : Beauty and the Beast (2017) - A box of Crayon

Latest

Monday, 10 April 2017

Movie Review : Beauty and the Beast (2017)


Assalammualaikum.

Beauty and the Beast (2017)


Director: Bill Condon
Writers: 
Stephen Chbosky (screenplay), 
Evan Spiliotopoulos (screenplay)
Stars: Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans

Mellya berpeluang menonton Beauty & the Beast last week. Sebelum ditayangkan banyak desas-desus mengatakan filem ni tak dapat ditayangkan disebabkan unsur "gay" dalam filem ni. Tapi bagi Mellya unsur "gay" dalam filem ni tak adalah keterlaluan, banyak lagi filem-filem lain yang menunjukkan adegan-adegan yang lebih keterlaluan tapi masih ditayangkan. Tak faham betul. Anyway, hope korang yang belum menonton enjoy this review lol.

SYNOPSIS

Di permulaan kisah, ada seorang putera raja yang tinggal di sebuah istana. Satu hari, ketika menyambut perayaan di istana, seorang nenek tua (actually seorang enchantress), datang memberi sekuntum bunga sebagai pertukaran untuk dapatkan perlindungan sementara. Putera itu mentertawakan nenek tua itu, dan nenek itu pun bertukar menjadi seorang witch yang cantik. Putera memohon maaf tapi tak berjaya, lalu di sumpah menjadi Beast.....

Belle seorang gadis yang periang and rajin membaca. Dia dikatakan seorang yang pelik dan lucu dalam kalangan penduduk di perkampungan nya, Villeneuve. Digelar sebagai "Odd Belle". Belle selalu diketawakan. Dia tinggal dengan bapanya, Maurice seorang pembuat music box, selepas kematian ibunya di Paris disebabkan wabak penyakit.  Belle telah menjadi kegilaan Gaston, seorang jejaka kacak tetapi narcissist yang merupakan seorang bekas captain perang, dibantu oleh LeFou, assistant nya.

One day, Maurice ingin ke bandar untuk menjual music box nya. Belle memohon untuk dibelikan sekuntum bunga mawar, seperti selalu. Dalam perjalanan di hutan, Maurice diserang sekumpulan serigala. Dia akhirnya berlindung di sebuah castle lama milik Beast. Pelik dengan suasana dalam castle (cawan bergerak, makanan terhidang), Maurice cuba melarikan diri sebelum memetik sekuntum mawar untuk anaknya. Tapi ketika itu dia diserang Beast kerana mencuri bunga tersebut lalu berjaya ditangkap Beast. Philip, kuda milik Maurice melarikan diri pulang kepada Belle. Belle yang menyedari sesuatu telah berlaku pada bapanya segera menunggang Philip untuk menyelamatkan Maurice.

Ketika ingin menyelamatkan Maurice, Belle bertemu dengan Beast. Dia meminta Beast mengizinkannya bertemu ayahnya lalu menolak keluar bapanya daripada penjara. Ayah nya bebas dan berjanji akan kembali untuk selamatkannya. Belle bertemu dengan Lumiere dan Cogsworth, mereka ialah manusia sebelum bertukar menjadi lilin dan jam. Mereka membawa Belle ke sebuah bilik dan mengatakan Belle ialah tetamu istimewa. Selepas makan malam, Belle pergi ke bilik Beast dan melihat sekuntum mawar merah yang semakin layu. Beast yang terkejut dengan kehadiran Belle segera memarahi Belle. Belle ketakutan, lalu melarikan diri dan mendapatkan Philip sebelum menunggangnya ke hutan. Tapi ketika perjalanan, dia diserang serigala, Beast datang dan menyelamatkan Belle. Beast yang tercedera segera dibantu Belle. Belle membawanya pulang ke castle Beast, lalu merawatnya. Sejak itu mereka berbaik.

Maurice cuba meminta prtolongan penduduk, tapi cuma Gaston sahaja yang ingin membantu. Dalam perjalanan, tempat untuk ke Castle itu telah ditutup, Gaston yang marah mengikat Maurice dipokok agar dimakan serigala. Maurice diselamatkan seorang perempuan pengemis bernama Agathe. 

Maurice kembali ke tavern dan mengadu kepada semua penduduk yang Gaston cuba untuk membunuhnya. Tapi tak dipercayai oleh penduduk disitu, Gaston cuba menghantar Maurice ke pusat sakit jiwa, Belle yang kebetulan melihat ayahnya yang dalam kesusahan melalui cermin yang diberi Beast segera kembali untuk menyelamatkan ayahnya. Beast sedih, kerana menyangka Belle tak mungkin akan kembali ke situ lagi. 

Ketika Belle cuba selamatkan ayahnya, Gaston merampas cermin tersebut dan mengurung Belle dengan ayahnya. Disertai oleh penduduk kawasan tersebut, mereka pergi ke Castle Beast untuk membunuh Beast yang dikatakan bakal membawa kecelakaan kepada penduduk kampung itu.

In the end, Belle berjaya kembali kepada Beast dan selamatkan Beast daripada mati selepas terkena tembakan Gaston. Agathe sebenarnya ialah enchantress yang telah menyumpah Beast, lalu menyelamatkan nya selepas melihat Belle menangis disisi Beast. That's mean true love yang dicari !

Ending, semua orang happy. hahaha 

Best cerita ni, actually Mellya ada banyak bahagian yang di"skip". Tak full synopsis sebabnya nak korang tengok sendiri. Memang bestlah jugak, boleh la. not disappointing.


Reminder: Filem Disney macam ni usually musical, banyak nyanyi-nyanyi haha but still its good. Tak delah membosankan, quite entertaining, sangat sesuai untuk bawa family tengok Beauty & the Beast.




11 comments:

  1. Ok memang nak sgt tngok cerita ni, tapi belum ada peluang lagi.. Q_Q

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha tak pe nanti download je free :D

      Delete
  2. Replies
    1. aah sis sama je :D hehe tak de tokok tambah

      Delete
  3. Macam menarik ja! tapi takda masa pula nak tengok huaaaa. kena tengok juga cerita ni! :)

    ReplyDelete
  4. Terperincinya sinopsis! Hahahahaha thank youuuu... Nak sangat tengok, tapi macam tak berkesempatan pun. Yang pasti, tak sabar tunggu nak pi tengok Fast & Furious 8! Yeaayyy haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaaa ! tak sabar jugak nak tengok fast & furious haha fav tuh !

      Delete
  5. Nasib baik lah elsa tak minat cerita nie kalau tidak elsa dah ponteng dah untuk tengok hahahaha

    ReplyDelete
  6. Mai tengok dengan anak buah haritu, tapi tertidur, hehehehe. Agaknya dh terlalu kerap tgk cerita action, pastu bosan dgn cerita sweet2 comel gini,haha.

    ReplyDelete
  7. memang nak tgk cita ni..but belum lagi. tunggu cd jer la nampak gaya ni

    ReplyDelete