What's Hot

Tuesday 23 May 2017

Hadiah Untuk Girlfriend Yang Memang Tak Mengecewakan



Assalammualaikum.

FOR HER

Tiba-tiba bercerita pasal hadiah untuk girlfriend. Adakah ini tanda-tanda Mellya sudah berpunya and ini ialah entry request hadiah? hahaha Eh tak.. Mellya memanglah, pernah lah kot ada kisah cinta beruk tapi cinta mati memang tak ada lagi buat masa sekarang. Nak cakap tak ada pengalaman tu macam menipu sangat lah. Salah satu benda yang paling Mellya tak suka waktu "berkaseh" ialah time nak beli hadiah birthday ( Mellya bagi hadiah time birthday je, kalau saja-saja nak bagi hadiah memang tak la, i'm not jenis sweet-sweet okay... ). Mellya memang tak pandai langsung pilih hadiah. Of course lah hadiah untuk lelaki, tak kan perempuan pulak kan. Kalau perempuan senang sangat, apa yang Mellya suka, mustahil depa tak suka.. nama pun sama-sama perempuan.

So dulu, time nak bagi hadiah dekat lelaki memang sangat confused. Pernah je Mellya pegi belikan teddy bear dekat ex masa sekolah dulu. hahah What the heck?? Bila fikir balik sekarang patutnya dia belikan aku teddy bear, aku belikan dia jam. Ni tak, terbalik masa tu. Aku dapat jam dia dapat teddy. Entah apala nasib bebear yang aku bagi dekat dia tu hahaha dengar cita ada lagi. 

Memandangkan Mellya tak nak lah orang buat kesalahan membeli hadiah ni, baik Mellya share hadiah untuk girlfriend yang guarantee tak akan mengecewakan. haha Yang lelaki i don't know, but this one for sure ladies confirm suka sampai guling-guling.

Hadiah Untuk Girlfriend Yang Memang Tak Mengecewakan 

Hadiah Untuk Girlfriend Yang Memang Tak Mengecewakan

#1 Make up or Shopping !

Rasanya kalau dapat make up jarang orang perempuan bersedih kecewa. Bersedih nangis kegembiraan banyak agaknya haha But the problem is ada setengah cerewet, so better kalau nak bagi hadiah make up apa kata bawak dia pegi shopping sekali, biar dia pilih. Yang ni confirm tak kecewa! 

#2 Teddy bear

Yea right, perempuan suka sungguh benda comel and fluffy. Jarang perempuan tak suka teddy ni. Mellya tak dela peminat teddy, but kalau orang bagi teddy i might be the happiest person too. haha Okay tiap malam tido peluk, gusti and terajang teddy tu haa. 

#3 Bunga

Cliche sangat bagi bunga. Tapi apa boleh buat, perempuan memang suka bunga. Kalau nak lagi best, hubungan erat, sweet sawit muwit, bukan birthday pun bagi jugak. Memang berbunga jugak lah hati girlfriend. haha

#4 Perfume atau set penjagaan diri

Yang ni Mellya memang selalu lah hadiahkan dekat Mama time birthday or Mother's Day. Tapi tengok jugak, kalau setiap kali sambut beli, yang lelama tak habis lagi.. Macam mana pulak haha 

#5 Chocolate

Chocolate ni bukan chocolate yang berharga singgit dua tu tau. Yang ni yang berpuluh ringgit haha Kalau orang yang jenis suka makan macam Mellya ni elok sangat lah. Bagi chocolate pun dah cukup bahagia dah. 

Actually, lima contoh ni tak bermakna ini je apa yang perempuan mahukan. Perempuan sebenarnya nak rasa dihargai, diorang bukannya nak sangat hadiah tu. haha So conclusion is Perhatian and Ambil Berat ialah Hadiah TERBAIK untuk seorang perempuan. 

Tanda Perhatian : Ayat bunga-bunga and ingat tarikh penting

Hahah this one rasa nya typical girls memang particular bab ni. Tapi bagus jugak kan, asalkan ayat bunga ada, ingat tarikh penting tu dah cukup membahagiakan hati seorang perempuan. So Good luck ! ❤

12 comments:

  1. Rasanya nk bg jadiah kat perempuan sng sikit kan. Nak bagi kat lelaki tu payah. Xde idea. Lepas ni mellya share idea2 untuk lelaki plak ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tula, complicated betul bab lelaki ni 😅

      Delete
  2. Yessssss the truely is perhatian dan ingat tarikh penting pun dah buat kami perempuan bahagia gia giaaa hehe

    ReplyDelete
  3. eleh penat bagi hint dekat dia yang elsa nak hadiah, last last tak dapat apa pun hahaha. boys!!! tengok nie. hahaha

    https://elsaalicious.blogspot.my/2017/05/template-baru-blog-elsaalicious.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha yeke 😑 cis nak kena ni 😂

      Delete
  4. kak ana vote for shopping dan perfume :)

    ReplyDelete
  5. Ish kena shareeee ni , hahahha, maklumlah birthday dah dekat :P

    ReplyDelete
  6. kalau lelaki diorg tak kisah nak bagi apa, janji ikhlas..diorang cakap la..bestnya kalau dapat hadiah, lama tak dapat, huhu

    ReplyDelete
  7. kalau lelaki diorg tak kisah nak bagi apa, janji ikhlas..diorang cakap la..bestnya kalau dapat hadiah, lama tak dapat, huhu

    ReplyDelete