Featured Post

Assalammualaikum. Posting yang padat dengan info dan selamba selalunya mampu menarik perhatian pembaca untuk terus membaca dan ...

Continue reading

Thursday, 4 May 2017

Persediaan Ujian Bertulis Penolong Pendaftar UiTM



Assalammualaikum.

Minggu yang lalu Mellya terima email dan sms daripada pihak UiTM. Awal tahun haritu ada mohon kerja dekat web UiTM. And sekarang baru ada panggilan ujian bertulis Penolong Pendaftar UiTM N41. Ujian bertulis ni kalau pass barulah akan dipanggil interview. Wah bab ujian ni Mellya memang rasa lemah semangat. haha Sebab tak tahu nak study apa. Search pulak tak banyak information terkini yang Mellya dapat. Tak ada post mengenai jawatan dan ujian bertulis ni. Lagi cuak la Mellya dibuatnya.

Lokasi exam Mellya, UiTM Shah Alam. Kalau ada yang nak exam situ juga ahad ni, good luck lah ye. Kita cuba jela, mana tau ada rezeki. Kalau tak dipanggil interview pun nanti, at least dapat pengalaman. So, Mellya nak kongsilah apa yang Mellya tengah study. 


Ni haa bukunya.... Buku Panduan Peperiksaan Am Kerajaan. haha pinjam buku kawan Mama Mellya. Soalan objektif or subjektif Mellya pun tak pasti jugak. haha Baca jela weh. Tapi Mellya tak baca satu buku ni, baca bab yang simple sikit jela. Agak-agak masuk bab yang mana. Bab yang Mellya rasa susah untuk faham memang tak sentuh dah. Sebab nak habiskan satu buku ni memang tak sempatlah, boleh jadi pening gak baca banyak sangat. Btw, buku ni pun silibus lama, jadi baca ala kadar jela. Kena Google juga. Pasrah jela.

So antara topic yang Mellya jumpa sorang sis ni suggest dekat web dia, Mellya lupa pula link blog dia but sokay lah, ada benda yang Mellya tambah-tambah juga ni dalam list. So masuk ke tidak tak pastilah ya, kalau tak masuk jangan marah, at least we try haha

  • Study web ini >> https://pendaftar.uitm.edu.my/
  • Lantikan, Gaji, Penamatan Kerja, Persaraan
  • Peranan/Tanggungjawab
  • Cuti, jenis-jenis cuti
  • Surat - Menyurat/ Pengurusan surat rasmi
  • Menulis minit
  • Fail-memail
  • Memelihara rekod-rekod kerajaan
  •  Akta 173 & Akta 153
Elaun, peraturan pegawai awam, kemudahan yang pegawai kerajaan dapat mcm perubatan, rumah, bangunan pejabat, OT, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, baca lah kalau rajin. Sebab tu antara topic yang ada jugak dalam buku ni. Kalau korang nak tanya mana nak dapatkan buku ni sorry la ya, Mellya tak pasti lah mana boleh dapat buku ni. Lagi pun buku ni outdated. Nanti try cari kedai buku yang besar-besar, maybe ada la kot. Tapi korang boleh je search dalam google topic-topic ni semua. Cari yang latest punya information. So good luck guys! Mellya pun tak tau nak study apa ni. huhu Mind to share apa yang korang search, kongsi la sikit dekat ruang comment. Boleh kita tukar-tukar info untuk Ahad ni. 

InsyaAllah dah settle nanti Mellya update soalan sebenar yang Mellya dapat sebab sharing is caring. haha lagipun, boleh jadi rujukan di masa hadapan. Doakan Mellya boleh jawab ya , sedih gak la sebab kena pass ujian bertulis Penolong Pendaftar UiTM N41 ni baru panggil interview huhu kalau interview teruskan senang untuk orang yang tinggal jauh ni..Kalau ada rezeki adalah kan ❤
Previous Post
Next Post

About Author

A Penang blogger, currently working as a freelance writer. For collaborations, feel free to contact me via email fhatinameliamusa@gmail.com. Leave some comments too ❤

29 comments:

  1. insyaAllah you can do it ^^

    ReplyDelete
  2. Good luck to you too. sy exam kat puncak alam.

    ReplyDelete
  3. Goodluck Mellya. Saya ujian dkt puncak alam. Huhu. Semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  4. goodluck mellya..tq for info apa yg ptt di study :)

    ReplyDelete
  5. Good luck mellya :) in shaa Allah:)

    ReplyDelete
  6. As salam, saya juga dapat panggilan untuk Ujian Bertulis ini. Good luck too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.Salam perkenalan. Ada yang tahu tak utk ujian bertulis ni, berapa jam dan berapa soalan ye utk sesi2 ujian. Goodluck semua

      Delete
  7. Sy dpt jgk 7 mei ni.. Kat shah alam.. X tau nk baca apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah tak tau jugaa :D good luck !

      Delete
  8. Same la kita attend exam tu. Saye pun xtau nak study ape. Thank you for your tips tu. Good luck lusa. ✌

    ReplyDelete
  9. Sama la kita dkt uitm shah alam. Thanks for your tips. Good luck! :D

    ReplyDelete
  10. kita sama exam esok dkt shah alam jugak. katanya 80 soalan objektif satu jam. goodluck :)

    ReplyDelete
  11. Tahu tak ujian ni berapa jam dan brpa soalan

    ReplyDelete
  12. Jumpa esok dkt puncak alam.. Xtau nk study apee..huhu

    ReplyDelete
  13. insyaAllah jumpa esok..tq for sharing..

    ReplyDelete
  14. see you tomorrow and GOODLUCK!

    ReplyDelete
  15. mcm kena baca buku tebal perintah am sahaja. all the best mellya!

    ReplyDelete
  16. Nak exam je, macam macam nak kena study kan mellya.. All the ebst..

    ReplyDelete