Featured Post

Its time for giveaway! Kali ini Mellya ,  Mrs Pip , Shafyqah , Aira ,  SyahirahValiant , dan  Siqahiqa  nak cari seorang pemenang beau...

Continue reading

Sunday, 23 July 2017

Movie Review : Wish Upon (2017)



Release date: July 14, 2017 (USA)
Director: John R. Leonetti
Music composed by: Tomandandy
Distributed by: Broad Green Pictures, Orion Pictures
Cast by: Joey King, Ki Hong Li, Gary Philippe

Lama gila tak tengok wayang huhu kalini tengok Mellya pilih Wish Upon sebab kempunan tengok movie hantu. Actually tak ada hantu pun dalam movie ni, cuma ada wishing pot, yang kita boleh buat 7 wishes but semuanya ada bad consequences.

SYNOPSIS

Mengisahkan tentang seorang gadis remaja Clare Shannon (Joey King) yang sering dibuli di sekolah disebabkna oleh ayah nya yang bekerja sebagai seorang pengumpul barang terpakai di tong sampah. Berkawan dengan dua orang rakan yang sangat memahaminya iaitu Meredith dan juga June. Permulaan cerita, ketika kecil Clare telah melihat sendiri ibunya membunuh diri di loteng tanpa sebab yang pasti.

Satu hari, ayahnya membawa pulang sebuah peti muzik yang diukir dengan tulisan cina. Menyatakan ia akan menunaikan 7 hajat pemilik wishing pot itu. Clare pun membuat hajat yang pertama iaitu untuk membalas dendam terhadap pembulinya disekolah iaitu Darcie Chapman dan ianya berhasil. Tidak berapa lama kemudian, anjing kesayangan Clare, iaitu Max telah mati dimakan tikus. Sedih dengan apa yang berlaku pada Max dan disekolah, dia membuat hajat kedua. Hajat keduanya ialah untuk membuatkan crushnya, Paul Middlebrook agar tergila-gilakan nya dan sekali lagi ia berhasil. Tapi ada bayarannya, Uncle August nya yang sangat kaya raya mati terjatuh di dalam bathtub. Sekali lagi membuat hajat supaya segala harta peninggalan diserahkan kepadanya. Clare dan ayahnya akhirnya berpindah ke rumah Uncle August dan bahagia sementara.

Tanpa disedari, ketika pergi bershopping, Mrs Deluca merangkap jiran, dan juga ibu angkat nya telah mati. Dalam kegembiraan, Clare masih curiga dengan wishing pot tu, sebab masih ada banyak wording yang tidak dapat dirungkainya. Jadi dia meminta tolong temannya iaitu Ryan Hui untuk meminta tolong sepupunya untuk mentafsirkannya.  Kemudian mereka pun pulang sementara Gina mencari makna perkataan yang tertera di pot itu. Clare membuat hajatnya yang keempat agar ayah nya tidak lagi mengorek sampah dan ketika itu lah nyawa Gina diragut.

Sebelum maut, Gina sempat memesan kepada Ryan yang setiap hajat yang dibuat perlu dibayar dengan nyawa. Ryan cuba sampai kan kepada Clare dan bertanya jika dia ada membuat hajat sebelum ini, tapi Clare tidak mengaku dan cuba menjauhkan diri. Dia yang ketakutan menceritakan nya kepada June dan Meredith dan mereka pun menasihatinya so that buangkan je wishing pot tu. Tapi Clare tak nak disebabkan oleh segala hajat nya akan terbatal kalau dia buang wishing pot tu. Sekali lagi, hajat  kelima untuk menjadi paling popular di sekolah. Secara official, Paul dan dia berdating namun tidak kekal lama, sebab Paul dah boleh dikatakan terlalu obses sehingga datang menyelinap ke rumah Clare. Clare yang ketakutan memutuskan hubungan mereka. 

June hampir maut tetapi dihalang Meredith ketika patung yang dibakar hampir jatuh ke atasnya. Kemudian mereka ke mall kalau tak salah sebelum Meredith maut cable lift terputus dan menghempapnya. Pada masa yang sama ayahnya juga hampir maut di hempap tayar.

Ryan juga berpesan yang jika hajat ketujuh dibuat, nyawa pemilik tersebut akan diambil oleh penjaga wishing pot itu sebagai bayaran. Clare pun membuat keputusan untuk menyorok pot itu ditempat yang selamat. Tetapi akhirnya hilang. Bengang dengan kejadian itu, June telah mengambilnya dan menyembunyikan wishing pot tu, untuk mengelakkan perkara buruk berlaku lagi. Clare yang kembali hidup susah dan dibuli, sangat kecewa dengan dirinya sehinggalah dia ternampak wishing pot itu didalam locker Jane. Dia merebut wishing pot itu dan menolak Jane jatuh dari tangga. Ryan menegurnya dan Clare mengugut untuk menggunakan hajat tersebut terhadapnya.

Clare bergegas pulang dan membuat hajat agar ibunya tidak membunuh diri. Tiba-tiba ibunya datang memanggilnya bersama dua orang kanak-kanak yang mungkin adik perempuan nya. Mereka menyambut birthday nya, dan sehinggalah Clare ke loteng tempat lukisan ibunya, dia terlihat satu lukisan yang menggambarkan wishing pot itu, jadi dia akhirnya tahu punca kematian ibunya ialah disebabkan oleh wishing pot itu. Tiba-tiba dia tersedar ayahnya akan menerima balasan nya, dia bergegas untuk selamatkan ayah nya namun terlambat. Menyesal dengan apa yang berlaku, dia menggunakan hajat terakhirnya untuk batalkan segala yang dihajati sebelum ini dan semuanya kembali ke hari yang dia menerima wishing pot itu. Clare memasukkan pot itu ke dalam beg dan menyuruh Ryan menanamnya tanpa membukanya sebelum maut dilanggar kereta di depan teman-temannya.


Best ke tidak? Boleh la. Tak ada hantu but cara mati tu agak gerun jugakla kalau bagi orang yang tak tahan sakit haha ❤

Previous Post
Next Post

About Author

A Penang blogger, currently working as a freelance writer. For collaborations, feel free to contact me via email fhatinameliamusa@gmail.com. Leave some comments too ❤

18 comments:

  1. jalan ceritanya best gak, lain dari yang lain..

    ReplyDelete
  2. Beg tahan juga cerita ni. Ngeri pun ngei takut pun takut gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. scary time diorang suma mati tu. Nampak macam sakit gila haha

      Delete
  3. menarik dan mesti rasa berdebar kot kalau ditonton..mungkin boleh letak dalam #tontonbucketlist Umi jugak nii ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berdebar masa bahagian ayah dia and Meredith. Kita nervous tak tau sapa yang mati heheh

      Delete
  4. baca sini je dah tahu dah the whole story so tak payah tengok dah. lemah semangat dah sekarang ni ;P

    ReplyDelete
  5. menarik cerita nih.. jarang tengok cerita seram atau seumpamanya sebab tak ada geng..

    ReplyDelete
  6. Cara mati tu yang menyeramkan dan suspen.

    ReplyDelete
  7. dh mcm ala2 cite final destination lak, sorang2 mati dlm keadaan ngeri, klu akak mmg tak sanggup nk tgk filem mcmni...

    biarlah cite lawan2 dr cite mati ngeri2 gini.... akak ni udahla penakut, kang teringat2 naya je

    ReplyDelete
  8. huyooooh boleh tahan saspen.. and ending tu aaaiseh. naseb dialah gitu.. seram2 akak suka citer comel2 heheh..

    ReplyDelete
  9. Uiksh cerita ngeri, sis tak boleh tengok cerita ngeri2 mati, bunuh diri etc nanti 40 hari 40 malam terbayang2 dalam fikiran.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. Ala-ala final destination la ni...huhuhu bab2 sakit ni mai lemah sikit :P

    ReplyDelete
  11. Terrbaca sampai habis. hahaha. ada spoil rupanya. alang2 dah tahu crita, jd time dia wish semua kembali kepada hari dia menerima wishing pot tu mmg dia kembali ke waktu tu ke? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan spoiler gila. yes back to the day dia dapat pot tu.

      Delete