Movie Review : Ghost House (2017) - A box of Crayon

Latest

Tuesday, 15 August 2017

Movie Review : Ghost House (2017)



Release date2017 (USA)
DirectorRich Ragsdale
ScreenplayJason Chase TyrrellKevin O'Sullivan
ProducersKevin RagsdaleVeronica Radaell
Cast by: Mark Boone, Scout Taylor, James Landry

Niat hati nak tengok Annabelle, tapi ramai pulak sampai tinggal seat betul-betul depan screen. End up tengok cita Ghosthouse yang pelakon dia entah sapa-sapa tak penah dengar haha Nasib baiklah jalan cerita masih boleh diterima. 

SYNOPSIS

Mengisahkan mengenai sepasang couple dari USA iaitu Jim and Julie yang datang melancong di Thailand. Julie sangat tertarik dengan fotografi dan sangat minat dengan tradisi ghosthouse yang dikatakan rumah kecil pemujaan roh atau hantu yang berfungsi untuk melindungi masyarakat di situ. Pada hari Julie menerima lamaran Jim, mereka ditemukan dengan dua orang lelaki Robert and Billy, yang berasal dari British. Mereka berjanji untuk membawa Jim dan Julie ke kawasan Ghosthouse. Ketika sampai berlaku perselisihan faham antara Jim dan Julie, Julie yang beredar ke arah kawasan ghosthouse yang diikat dengan scarf nya tergamam, keliru selepas melihatnya. Selepas Julie memegang patung yang diikat scarf nya itu, Robert dan Billy segera lari dan meninggalkan kawasan itu.

Ketika itu, Julie terlihat jelmaan seorang wanita yang sangat hodoh (hantu jepun yang mati terbakar selepas suaminya atau kekasih (tak ingat la pulak) curang. Pergh memang heart attack hehe lepas penat berjalan, and baru capai signal coverage, diorang dapat panggilan daripada Gogo (driver diorang) untuk fetch diorang kat perkampungan pelik tu.  Since then Julie asyik meracau and Gogo bawa Jim and Julie jumpa orang-orang kampung untuk dirawat. Punyalah kecoh masa tu, then depa dok kecek Thai, dalam dok kecek tu dia mention rupanya nama hantu tu, Watabe. hihi Watabe ni marah kalau wanita cantik kacau tempat dia, so Julie ni dihantui oleh hantu Watabe, sampailah diorang balik hotel.

Dekat hotel, dah ada gangguan tak henti-henti, si Julie ni pun dah macam meroyan, Jim terus bawa dia ke hospital. Jim pun segera cari Robert and Billy, and diorang inform yang dia kena jumpa dengan seorang lelaki bernama Reno. Menurut depa berdua jugak, Julie cuma boleh bertahan dalam 36 jam, dia boleh mati kalau dibiarkan macam tu sebab Watabe suka makan roh wanita cantik yang menggugatnya. So lepas dah jumpa Reno, Reno cakap kalau nak sembuh lakukan benda yang sama macam Robert and Billy buat, but for sure lah Jim ni tak sanggup. Tak semua orang jahat macam Robert and Billy tuh. Once again dia jumpa Reno dengan harapan ada solution lain. Lepas terima ugutan, Reno lah yang bawa diorang ni jumpa bomoh Thai yang entah dok hulu sungai mana. hihi but yang pasti, at the end of the story, waktu penghabisan, nak selamatkan Julie, Jim kena sacrifice, dia potong jari dia. And the curse is over. The End.

Actually cerita ni best, ada panjang lagi and tak semudah penceritaan Mellya, but Mellya just highlight yang main je. haha Yea yea im a spoiler. But at least korang rasa berbaloi nak tengok nanti muahaha ❤

9 comments:

  1. waa mcm best je citer ni.. thanks share review movie ni yer.. :)

    ReplyDelete
  2. cam menarik movie ni.
    sama la.nak tengok annabelle penuh memanjang

    ReplyDelete
  3. ok, macam lagi best dari annabelle je ni..

    ReplyDelete
  4. bestnya. my colleague cakap tak cukup seram tapi i suka jalan cerita dia.

    dah tengok Annabelle . best jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan cerita simple :D heheh nanti nak tengok annabelle jugak lah!

      Delete
  5. at least better dari annabelle. haha

    ReplyDelete
  6. Fuh nasib baik ada seat masa tengok Annabelle kat Aeon bukit mertajam. Haha.

    Not bad sinopsis ni.. Tp nk tunggu online je. Haha

    ReplyDelete