Cara Mengurangkan Lengan Menggelebeh, Flabby Arms atau Lengan Batwing - A box of Crayon

Latest

Saturday, 30 September 2017

Cara Mengurangkan Lengan Menggelebeh, Flabby Arms atau Lengan Batwing


Assalammualaikum.

Cara Mengurangkan "Flabby Arms" atau "Lengan Batwing"

Sapa tahu flabby arms atau lengan batwing macam mana? hehe It was actually your lemak dekat bawah lengan tu. Kenapa flabby/batwing? Sebab lemak dekat area tu usually macam jeli , berbuai-buai gitu. Haha kalau yang kurus tak payah tengok la lengan korang tu, tapi ada je yang kurus pun ada batwing. Why? Sebab tak bersenam la tu. Yang jenis bersenam CONFIRM tak ada kan. Lemak yang terbuai tu menunjukkan isi anda tidak kejap atau firm.

KENAPA? Punca flabby arms :

Antara punca utama flabby arms ialah terlalu banyak makan manisan & carbs. Kalau berat badan naik, bagi perempuan, mostly effect dekat lengan and peha. Lebihan lemak lebih cenderung terkumpul di bahagian lengan. Sebab tu lah tangan korang menggelebeh tu hehe 

Selain itu, factor lain yang boleh menyebabkan lengan batwings ialah factor genetic, obesiti, and kekurangan mass otot. Also, ia juga boleh berlaku as a result of aging. Lost weight juga boleh menyebabkan flabby arms, sebab korang tak exercise bahagian lengan. Jadi bagaimanakah cara untuk mengurangkan flabby arms atau lengan batwings ini?

Cara Mengurangkan Lengan Menggelebeh, Flabby Arms atau Lengan Batwing


Lost weight focus on all area : Jika korang dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, focus pada setiap kawasan badan. Exercise bahagian tangan, dan peha atau kawasan yang cenderung untuk menjadi menggelebeh jika berat badan korang turun.

Pemakanan yang sihat: Kurangkan makan makanan manisan dan carbs serta yang berlemak untuk mengelakkan flabby arms. Lebihkan makanan berprotein dan banyakkan minum air bersih. 

Lakukan senaman tangan: Arm circles (30 saat), Knee Push Up (30 saat), Overhead Press (30 saat), Floor Tricep (30 saat) dan Bicep Curl (30 saat).

source from http://backonpointe.tumblr.com/post/101265043116 

So macam mana? Waktu hujung minggu ni sesuai sangat untuk korang amik masa untuk bersenam sikit. hehe Semoga berjaya! ❤

4 comments:

  1. fuhhh! susahnya nak exercise..hahahaha..ok, bukan susah..malas!

    ReplyDelete
  2. Alamak! Mai ada la, ahahahahahaha, kena bersenam ni!

    ReplyDelete
  3. wah senaman yang mudah, tapi macam malas nak buat.. hahaha.. lari ja yang rajin.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. kena rajin lebih ni nak buat. haha

    ReplyDelete