Tips Penjagaan Kuku Cantik, Sihat dan Berkilau Macam Pakai Nail Polish - A box of Crayon

Latest

Sunday, 24 September 2017

Tips Penjagaan Kuku Cantik, Sihat dan Berkilau Macam Pakai Nail Polish



Kuku panjang pastu celah-celah hitam. Pengotor betul. Boleh pulak makan nasi pakai tangan tu. hahaha Eh bukan kuku Mellya ye, entah sapa tah 😝 Kadang-kadang jealous tengok tangan model-model yang dok promote barang tu. Tangan halus, kuku pun lawa. Yang tangan cek ni nak photoshoot, bapa kali take kena amik sebab nak cari angle yang nampak tangan cam lawa sikit. So macam mana nak pastikan kuku kita cantik, sihat dan berkilau macam pakai nail polish? Baca tips bawah ni sampai habis okeh?


Tips Penjagaan Kuku Cantik, Sihat dan Berkilau Macam Pakai  Nail Polish


Sebelum memotong kuku, rendamkan tangan ke dalam air suam selama beberapa minit. Proses ini akan melembutkan kuku dan memudahkan kuku dipotong. Air terlalu panas akan merosakkan kuku.

Jangan potong kuku terlalu pendek, potong bersesuaian dengan jari. Selain untuk memastikan potongan kuku nampak lebih cantik, ia juga untuk mengelakkan kecederaan. 

Bersihkan dicelah-celah kuku selepas memotong kuku. Ia mengelakkan daripada jangkitan bakteria dan juga memastikan kuku bersih dan sihat.

Pakai losyen yang bersifat pelembap pada tangan dan kaki termasuk kuku selepas mandi dan sebelum tidur. Sapuan selepas mandi sangat efektif kerana ketika itu kulit dan kuku yang lembap dapat menyerap dengan baik. Vitamin C sangat membantu untuk mendapatkan kuku yang cantik. 

Lebihkan minum air kosong atau air putih membuatkan badan sihat dan kuku lebih kuat. Susu juga membantu pertumbuhan kuku.

Sapu juga olive oil setiap hari pada kuku untuk kuku yang sihat dan berkilau. Juga boleh memakai alat pengilat kuku. Selain itu, bagi yang tak menggemari olive oil, boleh juga sapukan petroleum jelly pada kuku.

Bawang putih juga boleh mengilatkan kuku. Gosok pada kuku sehingga berkilat.

Mudah bukan? Senang je nak buat, manicure pedicure kat rumah pun dah cukup. Semoga tips ringkas ni membantu korang mendapatkan hasil yang diingini. Good luck ❤

9 comments:

  1. nice tips mellya ^^ boleh cuba la lepas ni..

    ReplyDelete
  2. info yang berguna. selalu tak ambil kisah pun pasal kuku :)

    ReplyDelete
  3. tq tips..biasala tgn asik mengemas rumah lama2 keringkan..mmg malam sebelum tidur mesti kena pakai losyen ntk rehatkan tgn ni.. walaupon surirumah mesti kena kelihatan cantik lg2 kuku tu..malunya klu husband tegur tgn kasar.. rasa setepek kena kt muka :)

    ReplyDelete
  4. eh baru tahu bawang putih boleh kilatkan kuku. nice. nnti nak cuba la. hehe

    ReplyDelete
  5. menarik tips nih..boleh cuba nanti, tapi losyen tu kurang minat..

    ReplyDelete
  6. oooo gituuu. nnti Nisha buat . Thanks for sharing! ^^

    ReplyDelete