Tujuh Rutin Sebelum Tidur Untuk Hari Yang Produktif - A box of Crayon

Latest

Sunday, 1 October 2017

Tujuh Rutin Sebelum Tidur Untuk Hari Yang Produktif




Assalammualaikum.

Rutin Sebelum Tidur Untuk Hari Yang Productive


Ada yang bekerja 5 hari seminggu, ada juga yang berkerja 6 hari seminggu.. ada juga yang "on call" setiap masa. Rehat dan persediaan yang tak mencukupi memang akan menyebabkan focus kita terganggu di tempat kerja. Apakah rutin sebelum tidur yang harus kita lakukan untuk hari yang produktif?

Tujuh Rutin Sebelum Tidur Untuk Hari Yang Produktif


Plan for tomorrow.

Setiap orang yang ingin kan hari yang produktif wajar ada sebuah buku planner. Plan apa yang nak dibuat keesokan harinya, siapkan pakaian dan barang keperluan untuk hari esok. Barulah tak kelam-kabut.

Relax kan diri, rehatkan minda dengan rutin penjagaan diri

Selepas seharian penat berkerja, pakai pulak makeup seinci, eloklah buat penjagaan muka before tidur ni. Cuci muka (cleanser n scrub), massage sikit muka tu yang letih exercise senyum hehe Toner untuk kembalikan ph kulit wajah, mask untuk relaxkan diri, sambil dengar lagu @ baca buku. 

Technology Off | Charging

Usaha menjauhkan phone. Charge phone kat luar or tempat tinggi sebab phone kalau dekat dengan kita memang susah nak dipisahkan. haha 5 minit bangun tengok phone pulak.


Reading any kind of reading materials that you like ❤

Membaca. Baca 2 page pun jadilah. Orang yang berjaya selalunya habiskan masa sebelum tidur dengan membaca. haha kadang-kadang phone berguna juga saat macam ni, dok baca news dalam phone. (News ke gosip dalam fb?) Lepas tu, review journal, review apa yang nak buat esok.

Yoga atau senaman ringan sebelum menutup mata

Step simple je. Bukan yang pelik-pelik. Contoh cat-cow, child pose, dan spinal twist. Ni antara yoga yang paling mudah untuk dibuat waktu atas katil. 


Set Alarm

Set jam untuk bangun esok. Sebenarnya set dalam hati pun dah cukup, set jam nak bangun pukul berapa InsyaAllah esok mesti bangun. 

Ketuk bantal dan Doa

Bismika Allahumma' ahya wa amutu
Dengan namamu Ya Allah aku hidup dan mati

Yang penting bila dah malam, kalau boleh relax je kot. Spend quality time dengan family. Hal kerja tak sepatutnya dibawa pulang. Orang yang pandai mengatur masa memang productive. ❤

6 comments:

  1. betul...setuju bab menjauhkan diri dari handphone...semakin jauh semakin tenang....

    ReplyDelete
  2. Nak jadi produktif juga tapi kalau dah hari2 kerja 12 jam, semua terbang entah kemana, hanya balik terbongkang penat je, aduhai

    ReplyDelete
  3. Yg skincare routine tu mek cam mls btol --' tp sebok pulak cari facial. Klau la buat cm mellya bgthu tu, at least tk pegi facial pn tk pe dh :)

    ReplyDelete
  4. Phone tu susah nak menjauh tuuu.. Hehehe

    ReplyDelete
  5. Ketuk bantal Tu dah lama mama.amalkan sejak sekolah hihi

    ReplyDelete
  6. tepon tu selalu ada kat sebelah, sebab charger sebelah katil.. bab membaca tu biasanya baca status di fb jelah.. hehehe..

    ReplyDelete