Bukan Senang Jadi Dewasa - A box of Crayon

Latest

Sunday, 19 November 2017

Bukan Senang Jadi Dewasa



Assalammualaikum.


Dulu masa kecik, masa sekolah... rasa tak sabar nak jadi dewasa. Nak masuk universiti... nak cari kerja... nak ada banyak duit... nak beli apa yang selama ni teringin nak beli.. nak kawin... nak ada anak dan seterusnya lah! haha  Tapi sekarang bila dah dewasa, rasa macam nak patah balik masa ke zaman innocent, zaman tak ada masalah dalam fikiran, nak minta apa pun dapat, tak payah nak fikir or cari jalan untuk dapatkan sesuatu. Hari-hari penat pergi sekolah and kelas tuisyen je kan. haha

Kenapa Mellya kata bukan senang nak jadi dewasa? 

Perkara pertama bagi Mellya ialah rasa tanggungjawab. Tanggungjawab pada diri, pada parents, adik-beradik dan keluarga. Ya, tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang kakak terutamanya. Sekarang dah hampir 6 bulan Mellya kerja dekat hotel, gaji pun tak seberapa. Nak tolong keluarga pun tak berapa nak mampu. Baru lah Mellya sedar susah jadi dewasa.

Berdikari. Susahnya jadi dewasa, kita terpaksa belajar berdikari. Mellya bersyukur sebab dapat parents yang tak nak anak dia tinggal jauh-jauh, hidup susah. Biarlah anak tinggal dekat, kerja biasa-biasa sementara tunggu kerjaya yang betul-betul stabil. Masa awal-awal tu, Mellya agak kecewa sebab parents tak bagi merantau, tapi bila difikirkan kerjaya tak menentu, gaji yang tidak tentu cukup untuk support sewa rumah, transport dan makan minum, ada betulnya bila permulaan ni tinggal di rumah je dulu. Tapi kadang tu terdetik juga rasa macam membebankan parents 😂


Fikir untuk masa depan. Dulu dapat duit belanja je, ada lah benda nak dibeli. Membazir ke arah yang tak sepatutnya. Bila dah dewasa ni baru sedar, wang ringgit tu penting. Tanpa benda ni apa pun tak boleh. Tak kan masih nak mengharapkan duit parents kan? Susahnya jadi seorang yang dewasa, kena belajar menyimpan untuk masa depan. 

Berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Bila dah dewasa ni, kena pandai mencari jalan untuk majukan diri. Tak boleh harapkan parents dan family sangat dah (Berdikari). Bukan senang nak cari peluang, peluang tak datang bergolek, tanpa usaha. 

Bagi mereka yang ingat jadi dewasa tu mudah, fikir-fikirkan lah ye. Ini bukan luahan dewasa yang sudah kahwin, kalau dah berkahwin lagi besar tanggungjawabnya kan? heheh Korang macam mana?  Macam mana korang sesuaikan diri? ❤ 



11 comments:

  1. semakin dewasa,fikiran semakin matang..ada anak lain pulak pemikirannya..hehe..

    ReplyDelete
  2. Feel you. And i think every young dude think a same problem.

    Kadang datang rasa biul dalam kepala nak jadi budak-budak je taknak membesar huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?? Haha kadang dok fikir betul ke aku ni dah 24. Rasa cepat betul 😂

      Delete
  3. betul apa yang mellya cakap ni....dulu tak sabar nak jadi dewasa sekarang rasa nak jadi budak-budak balik..

    ReplyDelete
  4. Bila usia nk masuk 30 ni rasa dah puas mcm2-perkara nak masa muda dah dpt..,contohnya nk genggam diploma, nk ada keluarga sndri..paling xpcaya dah ada anak..so prkara yg mrisaukan adalah nk mbesarkan anak ke masa hadapan.. nk jaga kesihatan supaya kekal cergas, amalan yg akan dibawa nanti..

    ReplyDelete
  5. Samalah Mellya, mula2 hairan kenapa masa belajar bagi pergi jauh, masa nak kerja dapat area Penang pun (dgn gaji level dip) abah kata tak baloi (padahal tak bagi pergi).. Tapi fikir balik ,betul la baiklah kumpul pengalaman dulu.

    Duit nak bayar sewa rumah tu boleh bagi parents, banyak sikit, hehe.

    ReplyDelete
  6. BETUL SANGAT. Nanti dah menikah, lagi banyak tanggungjawab. Semua nya, kita ambik jd kan pengajaran, syukur selalu =)

    ReplyDelete
  7. tu la dia., ssh kan jd dewasa ni.,
    kn bes klu leh jadi budak2 smula., huhu

    ReplyDelete
  8. hehe skrang da dewasa rasa jeles tengok kanak2 hidup takde masalah =')

    ReplyDelete
  9. Tanggungjawab makin banyak Dan hidup kena serius X boleh main2 dah

    ReplyDelete