Featured Post

Assalammualaikum. Everyday is my lazy day. So I think I should just lay down in my room and relax, chilling… and update another r...

Continue reading

Saturday, 11 November 2017

Rutin Penjagaan Kulit dan Diet Sihat Masyarakat Korea Untuk Kulit Cantik dan Sihat

Assalammualaikum


Masyarakat Korea seringkali menjadi sebutan dalam kalangan wanita-wanita segenap dunia disebabkan oleh kecantikan dan kesihatan kulit wajah mereka yang tidak dapat dinafikan. Kebanyakan beauty guru's sendiri juga telah mencadangkan dan mempraktikan 10 langkah penjagaan kulit masyarakat Korea untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat seperti wanita Korea. Selain daripada itu, masyarakat Korea juga mengamalkan diet sihat yang sememangnya membantu mengekalkan keremajaan kulit mereka!

10 langkah ajaib penjagaan kulit harian masyarakat Korea !


Cleansing Water atau Cleansing Oil

Dua bahan ini berfungsi untuk membersihkan wajah daripada sisa makeup. Masyarakat Korea sangat mementingkan konsep double cleansing, ( iaitu dua cucian, menggunakan cleansing water/oil dan seterusnya pembersih wajah). Keliru nak pilih cleansing water atau cleansing oil untuk kulit? Baca sini.

Foaming Cleanser/Pembersih Wajah

Selepas menanggalkan makeup menggunakan cleansing oil/water, adalah lebih baik untuk mencuci wajah daripada sisa yang tertinggal menggunakan cleanser yang sesuai dengan jenis kulit.

Scrub

Pastikan korang scrub wajah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk mengelakkan daripada pori tersumbat. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menanggalkan sisa kotoran, sel kulit mati dan sisa makeup yang terperangkap didalam liang pori.


Toner

Pilih toner yang bersesuaian dengan wajah untuk stabilkan atau mengembalikan pH kulit korang.


Essence dan Serum

Sebelum serum, gunakan essence (lebih ringan, kurang pekat sesuai untuk merawat kulit dan mengembalikan sel kulit) terlebih dahulu. Ia juga membantu untuk melembapkan kulit. Serum kandungan lebih thick membantu untuk mengecilkan pori, mengurangkan kemerahan pada kulit, mengurangkan kedutan dan juga merawat jerawat. 

Mask

Gunakan mask sekurang-kurangnya 2 kali seminggu selama 15 minit. Ia membantu untuk melembapkan dan menegangkan kulit. 

Krim Mata 

Penting untuk melindungi kawasan paling sensitif pada wajah. Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata dan sembap.

Krim Muka atau Pelembap, SPF

Krim muka, pelembap dan SPF untuk maintain kelembapan kulit, dan melindungi daripada sinaran UV. Kulit terlalu kering boleh menyebabkan jerawat.

Bukan je dari segi penjagaan kulit, diet pun orang Korea jaga tau ! Antara hidangan yang orang Korea suka makan ialah:


Kimchi

 "Kimchi is a fermented Korean dish made of cabbage and seasoned with garlic, sugar, hot pepper and salt."

Kebaikan: Mengandungi lactic acid, lactobacillus (bacteria sebagus bacteria dalam yogurt yang baik untuk digestive system), vitamin C dan beta carotene yang baik untuk skin elasticity, mengurangkan jerawat, melambatkan penuaan dan melembapkan kulit. 

Boricha

"Barley tea, or boricha, as Koreans call it, is made by adding roasted barley to water and bringing it to a boil."

Kebaikan: Mengandungi antioxidant yang boleh melambatkan proses penuaan. Menghalang gigi rosak dan mulut berbau.

Seaweed Soup

"It's made by soaking seaweed in beef or seafood stock, and seasoned with soy sauce, salt, garlic and sesame oil. "

Kebaikan: Kandungan Omega 3 yang sangat baik untuk kulit.

Banyak sebenarnya tips orang Korea ni. Diorang dari kecil lagi dah diasuh and dididik untuk jaga penampilan diorang. Harap-harap lepas cuba tips ni muka I flawless macam orang Korea. haha ❤

Previous Post
Next Post

About Author

A Penang blogger, currently working as a freelance writer. For collaborations, feel free to contact me via email fhatinameliamusa@gmail.com. Leave some comments too ❤

7 comments:

  1. wah! lepas ni boleh amalkan rutin ni, baru cantik macam artis kpop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom heheh tapi mellya bila rajin je 😂

      Delete
  2. suka tengok muka orang koreaa ... cantik kulit diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Kulit cantik sihat je pun dah syukur , ni jerawat sampai ke skrg dok tumbuh lagi heheh

      Delete
  3. Hahahha tak sangka kimchi tu banyak khasiat sebab tak suka makan kimchi. cuka dia banyak sangat

    ReplyDelete
  4. Penjagaan wajah di atas semua sis amalkan kecuali toner sebab allergic tapi kulit x gebu spt mereka sebab terdedah panas matahari 😥..

    Kimchi pun sis suka 😋😉

    ReplyDelete