Menabung ASB Secara Online Guna Maybank2u - A box of Crayon

Latest

Sunday, 4 March 2018

Menabung ASB Secara Online Guna Maybank2u


Asalammualaikum.


Hi semua. Haritu Mellya ada share cara menabung dengan money checklist. Alhamdulillah walaupun tak konsisten, (Hanya Allah yang tahu betapa susah nya nak menabung ni) Mellya dah berjaya practice money challenge tu. Yeay hahah Mellya menabung bila Mellya ada extra money je but still according to the amount needed. So disebabkan keinginan nak menabung membuak-buak sejak akhir-akhir ni, Mellya main "duit kutu" dengan kawan, dan juga menabung ASB secara online guna Maybank2u. haha banyak method sebenarnya kalau betul-betul korang nak menyimpan.

Sebelum daftar ASB/ASNB dalam Maybank2u, korang kenalah ada akaun ASNB/ASB dengan Maybank2u. Hehe Dah ada dua tu, boleh la login Maybank2u korang tu. Done login, Buka bahagian "Investment"

Pilih "ASNB Unit Trust"


Click "Add" Tick pada bahagian "Declaration"


Pilih "ASB"

Then korang isi apa yang patut. Ada yang tak tahu membership id atau membership no? Kalau dah lama tak update buku ASB, silalah pegi ASB and update, daftar secara online pun boleh. Macam Mellya tak bapa reti ni, pegi lah dekat ASB, makcik security guard tu ajar guna computer dekat ASB tu utk daftar. hahah balik, just login dekat rumah. After dah isi segala mak nenek, relax sat. Lepas step ni, dia akan tanya TAC no yang dihantar ke phone korang, and tunggu 3 hari bekerja sampai keluar status "ACTIVE", korang dah boleh mula menabung ASB secara online. 


Lepas ni, kalau nak transfer duit ke ASB, buka je bahagian "Investment" > "ASNB Unit Trust" > Pilih account korang yang dah didaftar tu. Dia akan tanya berapa nak transfer lah, tac no lah.. macam biasa.. Nak tahu berapa balance ASB korang, boleh check secara online guna ASB Online atau bawa je buku ASB ke counter ASB yang terdekat. 


Sekian entry ringkas malam ini. Selamat menabung ! ❤

10 comments:

  1. yes
    saya pun buat benda yang sama
    senang
    hehe

    ReplyDelete
  2. Taksempat lg nak bukak akaun asb.

    ReplyDelete
  3. Tak penah try lagi... nty nak try gak...

    ReplyDelete
  4. Sha buat ini.. Sekarnag lagi mudah.. lepas transfer boleh check ASB online..

    ReplyDelete
  5. mudah sekali yahh sekarang sudah online

    ReplyDelete
  6. mmg senang guna maybank2u ni. nice sharing mel.. busyra mmg selalu guna. setiap hari confirm buka..

    ReplyDelete