What's Hot

Sunday 29 April 2018

4/29/2018 01:21:00 pm

Glass Skin Goals : Althea Korea Bare Essentials


Assalammualaikum.


Hey readers! Ingat tak Mellya ada post pasal gosip baik Makcik Bawang? Ala tak ingat la tuuuu... Sebab korang belum follow makcik baek dekat FB lagi kan hehehe Dah dekat sebulan makcik pakai benda gossip ni tau, so sekarang dah tiba masanya untuk makcik bongkarkan rahsia lawooo makcik (lawo ke? aiseh prasan gilos) oh and excuse my messy room ah hahaha


So back to the main purpose, Mellya nak share yang Althea Korea dah berjaya melahirkan 3 ketul baby nya yang terbaru. Yeay! And 3 baby ni actually a new skincare line by Althea. Wah masa first terdengar gossip liar pasal Althea bakal melahirkan baby-baby ni, Mellya memang excited gila lah sebab last time Mellya dah cuba Althea's Petal Velvet Powder memang superb (memang best and harga pun murah!) Apakah tiga baby yang dimaksudkan?

Althea Bare Essentials, Experience the Simplicity of Beauty


The Contour Cleanser 150g (RM23)
Mengandungi bahan penting Ice Plant dan Lemon Myrtle extract dengan kuasa micro capsules yang bila digosok pada wajah dengan air untuk membersih, exfoliate dan detox kulit wajah. Selain tu, membantu melancarkan perjalanan darah, mengurangkan bengkak dan membentuk wajah lebih slim.

  

Dalam bentuk tube, cream berwarna putih yang halus dengan micro capsules.  Seriously refreshing and bau dia bukan wangi, tapi bau yang menyenangkan tak pasti bau apa. Hampir sebulan pakai muka terasa lembap and dah tak berminyak macam dulu!



The Primer Water 200ml (RM43)
2 in 1, Toner + Primer dalam satu botol mengandungi snow lotus dengan menggunakan dewdrop technology (memenuhi ruang atau gap antara pori-pori dan melembapkan kulit. Membuat kulit rasa lembut dan lebih glowing.



Botol nya sangat comel dan elegant, dengan konsep minimalist. Seriously Mellya suka primer water ni sebab rasa "rich". Each drops of it buat wajah kita rasa lebih moist, licin and bersih. Texture pun ringan mudah meresap ke dalam kulit.


The Fixer Cream 50g (RM50)
Kulit rasa lembap sehingga 24 jam. Tidak berminyak dan mudah serap. Mengandungi Trehalose (cactus plant) yang mencegah kulit hilang lembapan. Juga mengandungi green tree seed oil & Baobab Tree extract yang menggalakkan penghasilan collagen.



Agak susah nak buka penutup nya (sampai kena rendam dengan air panas 3 kali sebab ketat sangat) haha However the product is marvelous!  Muka rasa lembap selembapnya and rasa halus je lepas apply tau! Tak pakai serum apa kebenda pun dah okay sebab tiga product ni dah meringkaskan step skincare yang banyak tuuu. heheh


Nilah hasil selepas 1 bulan penggunaan. hihi Runcing kan dagu itew? hehe Best sangat pakai Althea Bare Essentials sebab bila balik keja, pakai dia rasa muka fresh sangat. 

Why Bare Essentials is the Best:

Hypoallergenic products
Sesuai untuk semua jenis kulit
Dermatologist tested
3 steps - Cepat & Mudah
Glass Skin!

Oh ya korang boleh dapatkan ketiga-tiga product ni dengan harga RM 116 sahaja, yang cepat korang akan dapat free special edition mirror and 10% discount! So head on over to www.althea.kr sekarang okeh! ❤

Althea Korea

Saturday 28 April 2018

4/28/2018 09:55:00 am

Menghayati Panorama Indah di The Habitat, Penang Hill


Assalammualaikum.


Penang Hill atau Bukit Bendera. Sapa yang tinggal di Penang kalau tak pernah pegi sini memang rare sangat. Sebab Penang Hill ialah salah sebuah tempat menarik di Pulau Mutiara ni. Oh ya Mellya pun memang pernah datang sini, tapi waktu tu masih zaman muda remaja lah. haha Time tu tak banyak tarikan dekat Bukit Bendera tu, adalah tempat Love Chain tu. So, baru-baru ni sempat lah Mellya jejakkan kaki kat sana sebab dah lama teringin nak melawat salah satu tarikan baru dekat Penang Hill ni, which is known as The Habitat


Okay memandangkan kami memang dah plan nak ke The Habitat, so lepas sampai (kami naik train okayyy, nasib la awal hampir-hampir kena queue panjang) kami pun terus pegi dekat booth The Habitat. Untuk sementara waktu, entrance masuk The Habitat ditutup. Jadi, diorang ada buka booth untuk beli tiket di area Astaka Penang Hill (Penang Hill Square). Dari situ akan ada free shuttle yang akan hantar kita ke The Habitat tau. Ada 4wd dengan buggy car nanti korang naikla mana yang ada haha

The Habitat

Berusia lebih 130 juta tahun, hutan ni antara hutan yang masih belum disentuh atau dicemari dengan pembangunan pesat di Penang. Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 7 malam. Tiket terakhir jam 7 malam dan taman ditutup selepas jam 8, iaitu selepas Sunset Walk. Waktu kami pegi tu memang awal lagilah, disebabkan masalah tertentu kami naik ke Habitat hampir pukul 11 pagi. Memandangkan pintu utama masih belum siap jadi kami masuk terus melalui Cafe dan Souvenir Shop (sepatutnya ini lokasi akhir atau exit the Habitat). Tapi disebabkan diorang masih tengah dalam proses pembinaan jadi laluan belakang dibuka.

      
Buggy ride untuk ke The Habitat. Nak berjalan boleh tapi agak jauh lah haha
     

Lebih kurang 5 hingga 7 minit perjalanan dengan buggy ride akhirnya kami sampai di The Habitat. Benda pertama yang kami nampak ialah Cafe dan Shop on the Hill. Ada rupanya yang tengah melepak dekat atas ni. Dengar bu yi cengkerik dan riang-riang, seriously buat rasa tenang, memang back to nature sangat !

credit: http://penanghill.gov.my/index.php/ms/attractions/dining-beverages.html

Ini ialah kawasan Cafe, dan sebelah ialah Shop on the Hill, tempat menjual cenderahati. Antara cenderahati yang ada ialah buku mengenai Penang, baju Batik, terrarium plant dan postcard.

    

Buat masa sekarang disini juga tempat masuk ke The Habitat. Sebelum masuk, kena gunakan ticket untuk melalui kawasan scan card ni. Yang penting simpan card ni elok-elok, sebab kita kena guna ticket tu untuk in and out.

Scan tiket before masuk ke Habitat

Platform atas pokok
credit: Kak El

So perjalanan kami diteruskan. First pit stop, the Climber Corner. haha Coming soon nak buka Ratufa Tree Climb kita tunggu dan lihat jela. Okay zone ni buat masa sekarang cuma buka pada waktu weekend sahaja. Atas pokok tu ada platform yang kita boleh tengok view dari atas pokok. (Mellya tak berkesempatan nak mencuba tapi adalah yang tengah memanjat waktu kami lalu dekat sini. Unfortunately, tak sempat nak ambil gambar dia dah turun. I is kecewa gila) Ada climber guide yang akan ajar kita panjat pokok tu dengan bantuan tali. Tengok tinggi jugak tu haha bagi yang berjiwa kental, wajib try ok! 

    

Sempat dengar trail guide kami berceloteh, Encik Nazrul, dialah yang guide sepanjang perjalanan kami kat sini. Selesai di climber zone, kami jelajah Orchid Pavilion pulak, dekat sini ada guide yang mengajar cara buat terrarium plant. Ada bayaran asing ya, tapi terlupa pulak berapa price nya haha

Antara hasil tangan pelancong , terrarium plant  

Perjalanan diteruskan lagi ke Squirrel Circle. Mellya nampak Langur dan tupai yang besar tu, tapi tak berjaya nak ambil gambar sebab jauh sangat. Nak ambil gambar pun belum tentu korang nampak haha Berdekatan dengan sini ada satu tree swing, iaitu Macky Swing. Ada lagi satu swing, Dusky Swing. hehe memang cantik kalau amik gambar dekat sini.


Dah sampai ke Langur circle. Kami teruskan perjalanan ke Langur Way Canopy Walk, two-span stressed ribbon bridge terpanjang didunia iaitu sepanjang 230 meter (ada bahagian yang masih dalam construction, tak pasti berapa panjang asal nanti)


Kami kemudiannya sampai di kawasan Andaman Tents. Sesuai kalau nak buat aktiviti team building dekat sini.Tengok ada TV, kerusi and kelengkapan untuk aktiviti kat sini. 



Ada kemudahan bilik air. Bersih and tak scary sangat macam bilik air kat hutan di tempat lain hahaha Actually banyak juga bilik air kalau tak salah. Seingat Mellya dekat area Cafe ada satu.


Jalan sikit je dari area Andaman Tent, korang akan sampai dekat Curtis Crest.






Nah akhirnya kami sampai di Curtis Crest di ketinggian 800meter dari aras laut ! Muka berkerut sebab panas atas tu. Yela dah tengahari waktu sampai tu hahaha Kat sini memang korang boleh tengok panorama Penang 360. haha Cantik! Nampak laut... nampak jambatan Pulau Pinang. bukit-bukit dan Penang secara keseluruhan. 


Penat jugala berjalan dalam ni jadi pakai lah kasut yang sesuai ya (maksud nya high heels tu jangan lahh memang cari pasal la hahaha) Banyak sebenarnya binatang and serangga yang kita boleh jumpa tapi waktu kami pergi tu tak da pulak yang jelmakan diri secara rela hati. Semuanya dok menyorok ja. haha sedih betul tengok dari kejauhan je. Tapi at least nampak la jugak kan. Mellya memang teringin nak tengok langur tapi kata En Nazrul langur ni penakut and pemalu.

    

Macam mana nak ke sini dan Harga Tiket?


Boleh je nak naik ke atas ni dengan hiking, atau by road (naik kereta 4wd tuh) tapi bagi Mellya lagi best kalau naik funicular train nih. hehehe First tu nak kenala bayar untuk tiket train. Kalau korang datang before jam 9 pagi, boleh dapat tiket RM 3 je tau sooo datanglah awal. hihi Btw, kalau The Habitat pulak, harga tiket pun kalau pemegang MyKad cuma RM 50 , students RM 30 cam tu je. Tapi yang bestnya, last Sunday every month akan ada penjimatan sehingga 50% tau!


Amacam? Best tak? Kalau datang Penang, tak singgah sini memang rugi besar. Selain menjadi tempat para pencinta alam untuk menikmati panorama indah sekitar Penang, The Habitat juga sesuai untuk menjadi lokasi untuk aktiviti-aktiviti team building, MICE, cocktails, wedding, private party dan juga seminar. Banyak je company and pasangan pengantin buat photoshoot kat sini. Serious cantik! So kalau korang nak cari tempat yang boleh relax and chill tengok benda hijau, mai la sini ! ❤

       

Bukit Bendera, 11300
Penang, Malaysia.
t: 604 - 826 7677

Wednesday 25 April 2018

4/25/2018 11:39:00 pm

Nikmati Citarasa Semenanjung Buffet Ramadan @Olive Tree Hotel Penang


Assalammualaikum.

Dah hampir sampai ke penghujung bulan April, tak berapa hari lagi dah nak sambut Ramadan. Mesti ramai yang tertanya-tanya tahun ni "makan besar", nak makan special sikit dengan family dekat mana kan? Yelah mestilah one day nak pi buka posa dekat luar kan? Haa nak makan satu family mestilah nak cari tempat yang menarik, menu tiptop dengan harga yang berpatutan. So meh tengok apa yang ada untuk Ramadan tahun ni di Olive Tree Hotel Penang. Mana tahu memenuhi citarasa and selera anak tekak haha.

Terletak berhampiran SPICE

Sampai je sini, nak cari parking mudah je sebab ada multi level parking. Venue untuk Ramadan buffet dekat dengan lobby Hotel iaitu Selah. Cantik sungguh hotel ni and ni first time Mellya menjejakkan kaki ke Olive Tree Hotel Penang. 


 Hiasan meriah macam dah bulan puasa je rasa. Tema Buffet kalini ialah Citarasa Semenanjung, Seronoknya dapat rasai pelbagai hidangan dan manisan dari utara ke selatan yang disediakan oleh chef-chef disini. Banyak hidangan yang menarik perhatian Mellya. Time ni memang masing-masing dah tak sabar nak ambil gambar juadah yang ada. Nak tengok menu apa yang ada? Teruskan membaca. Antara hidangan yang ada:

Chicken Varuval

Sambal Udang Petai

First time makan oxtail, serious sedap. Daging dia lembut! Oxtail Osso Bucco

Yang ni pun sedap gilos. Mantis Prawn with Salted Egg

Taukua, Gulai Nangka dan Braised Mushroom

Ulam-ulaman

Rojak buah , Keropok Lekor dan lain-lain.

Hidangan utama kat sini; Daging Rendang Tok, Chicken Varuval, Sambal Udang Petai, Kambing Kurma, Tempe Tumis Kicap Manis Pedas, Gulai Ikan Lemak Merah dan Nasi Briyani Kambing.

Daging Rendang Tok tak dilupakan ketupat lemang

Hmm tengok kambing ni tak berkelip mata dah

Nasi Briyani


Action stall memang wajib ada bagi kebanyakan hotel. Di Olive Tree, ada banyak action stall jugak, antaranya ialah ais kacang, satay, goreng cucur corner, shawarma, bubur lambuk dan sebagainya. Mellya sempat tengok Chef ni buat Thai Pataya Kebab. hehehe

Char Koay Teow & Mee Rebus Stall

Pemanis mulut

Sago Gula Melaka

Kuih- muih

Ais Kacang & Side dishes

Apa yang best?

A lot of choices! By the way, Ada bilik air yang berdekatan and kalau nak berhenti solat, boleh solat di level 8. Dah disediakan surau untuk kegunaan tetamu hotel. Parking pun senang, and tak lah mahal mana. Lebih menarik lagi, adanya persembahan "Islamic Buskers" dari Pertubuhan Permata Al-Mahabbah (sebuah pertubuhan anak yatim dan fakir miskin)  Sambil-sambil makan ni memang happening dengar nyanyian diorang.


Ramadan Buffet "Citarasa Semenanjung" Olive Tree Hotel Penang  bermula 21 May 2018 hingga 13 June 2018 dari jam 7 malam hingga 10 malam. Harga pun sangat berpatutan, untuk dewasa cuma RM 89 dan bagi kanak-kanak RM 49. Oh ya! Lagi best kalau datang satu family atau in group. 10 orang dewasa percuma 1 dan untuk 4 orang dewasa percuma 2 kanak-kanak. Memang berbaloi lah kalau datang dalam group!



SPECIAL OFFER!

10 DEWASA PERCUMA 1 DEWASA/KANAK-KANAK
4 DEWASA PERCUMA 2 KANAK-KANAK



Untuk tempahan, boleh hubungi mereka di: 


Olive Tree Hotel Penang
Alamat: 76, Jalan Mahsuri, 11950 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
No tel: +604 6377777
Email: life@olivetreehotel.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/olivetreehotelpenang/
Instagram: https://instagram.com/olivetreehotelpenang