What's Hot

Sunday 22 April 2018

Coco2u : Skincare Berasaskan Minyak Kelapa Dara


Assalammualaikum.


Hi peeps. Thanks sebab tak jemu-jemu menyinggah blog Mellya ni. Yes, kalau ikutkan banyak betul entry yang Mellya tak share dengan korang lagi due to kekangan masa sejak akhir-akhir ni. Balik keja pun macam dah letih, muka pun dah tak terjaga. Untunglah ada Coco2u. muahaha (tak da kena mengena pun rasanya)

Oh ya before that, korang actually penah dengar pasal Coco2u tak? Mesti ramai yang tak pernah dengar, sebab Mellya pun sebelum ni tak tau pun pasal Coco2u ni. Then now i know, memang banyak kebaikan Coco2u nih sebab product yang dihasilkan semuanya berasaskan minyak kelapa dara (virgin coconut oil bagi mereka yang tak faham kalau translate bahasa haha)

Ada apa dengan "Virgin Coconut Oil" & "Natural Botanical Active Ingredients"?


Tahu tak ia sebenarnya sangat membantu kulit kita? Anti oxidant yang menghalang radical bebas yang mempercepatkan proses penuaan. Selain itu, "virgin coconut oil" juga melembapkan kulit wajah. Jom tengok antara bahan aktif natural yang ada dalam product Coco2u ni.

Coco2u berjaya menghasilkan skincare lengkap mereka yang sesuai untuk semua jenis kulit iaitu Coco2u Hydrating Cleanser, Coco2u Cleansing Gel, Coco2u Pore Refining Tonique, Coco2u Bioactive Day Moisturiser, Coco2u Bioactive Night Moisturiser, dan juga Coco2u Luminous Serum.

Hydrating Cleanser (100ml) RM 70.00

Mengandungi organic virgin coconut oil, aloevera dan aquacacteen yang membantu meredakan dan menghidrasi kulit sambil membersih. Lembut pada kawasan mata dan boleh remove makeup dengan baik.

Kandungan: Aqua, Glycerin, Lauryl Glucoside, Stearic Acid, Cocos Nucifera (Coconut) Oil*, Ethylhexyl Stearate, Sodium Lauryl Sulfoacetate, Sodium PCA, Sorbitan Caprylate, Propanediol, Sodium Hydroxide, Guar Hydroxylpropyltrimonium, Chloride, Benzoic Acid, Opuntia Ficus-Indica Stem Extract, Rose Flower Oil, Aloe Barbadensis Leaf *Certified Organic

Deep Cleansing Gel (100ml) RM 70.00

Virgin Coconut Oil + Multi fruits antioxidants untuk melembapkan kulit sambil membersih. Bezanya dengan hydrating cleanser, yang ni dalam bentuk gel, and tak remove makeup ianya sekadar untuk membersihkan kulit tanpa mengeringkan wajah. So macam korang rasa muka melekit tu, boleh la cuci dengan gel ni. 

Kandungan: Aqua, Lauryl Glucoside, Glycerin, Sodium Lauryl Sulfoacetate, Coco-Glucoside, Glyceryl Oleate, Sorbitan Caprylate, Propanediol, Cocos Nucifera (Coconut) Oil*, Vaccinium Myrtillus Fruit/Leaf Extract, Saccharum Officinarum (Sugar Cane) Extract, Acer Saccharum (Sugar Maple) Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Fruit Extract, Citrus Medica Limonum (Lemon) Fruit Extract, Guar Hydroxylpropyltrimonium Chloride, Benzoic Acid, Rose Flower Oil, Sodium Hydroxide *Certified Organic

Review


Hydrating Cleanser: Bau seakan rose, muka rasa lebih licin dan lembut lepas pakai hydrating cleanser ni. Tak mengeringkan kulit and muka tak lagi rasa berminyak. Tekstur cream yang sangat lembut.

Deep Cleansing Gel: Bau ros jugak, yang ni a bit cair (gel) and tekstur lembut, ringan. Best jugak pakai yang ni. I dont know why tapi Mell lagi suka yang ni berbanding hydrating cleanser. Cumanya untuk lebih selamat and nak makesure makeup fully removed, Mell combine both cleanser and gel. Boleh je sebab both hydrating.

Cara penggunaan Hydrating Cleanser + Deep Cleansing Gel: Basahkan telapak tangan dan wajah, picit sedikit dan massage ke seluruh muka in circular motion. Bilas bersih dengan air suam, gunakan pagi dan petang.

So next skincare step is the toner. Tak lengkap skincare routine kalau tak da toner sebab ianya bantu neutralize kan skin kita. So here's come the toner!

Pore Refining Tonique (100ml) RM 70.00

Hasil kombinasi virgin coconut oil dan extract cendawan dan timun yang membantu mengecilkan saiz pori dan improve tekstur serta tona kulit.

Kandungan: Aqua, Hamamelis Virginiana Water, Caprylyl/Capryl Glucosides, Sodium Cocoyl Glutamate, Polyglyceryl-5 Oleate, Glyceryl Caprylate, Citric Acid, Cucumis Sativus (cucumber) Extract, Sodium Citrate, Polysorbate 20, Ethylhexylglycerin, Butylene Glycol, Fomes Officinalis (Mushroom) Extract, Glycerin, Citrus Paradisi (Grapefruit) Fruit Extract, Cocos Nucifera (Coconut) Oil*, Mentha Piperita (Peppermint) Oi, Rose Flower Oil, Ascorbic Acid, Dextrose *Certified Organic

Review


Yessssss suka gila sebab ia nya dalam bentuk spray. hehe so senang pakai, just spray dan dab je seluruh muka. Yang ni bau peppermint, memang rasa sangat refreshing and sejuk. rasa kulit lembut je pas pakai. hehe In love !

Cara penggunaan: Lepas cleansing, spray secukup nya pada kapas muka and sapu seluruh wajah pagi dan petang.

Next step in my Coco2u skincare routine, the serum. Yang ni step paling i like. hehe

Luminous Serum (30ml) RM 90.00

 Instant radiance and softness. Kandungan virgin coconut oil, vitamin c, niacinamide dan tropical oil yang membantu "revive" semula wajah kita yang kusam and tak bermaya.

Kandungan: Aqua, Glycerin, Cocos Nucifera (Coconut) Oil*, Glycereth-26, Niacinamide, Ceramide III, Sodium Acrylates Copolymer, Sorbitan Caprylate, Propanediol, Benzoic Acid, 3-0-Ethyl Ascorbic acid, Panthenol, Rose flower oil *Certified Organic

Review

Bau minyak kelapa, serum ni meresap dengan cepat dan tak meninggalkan kesan lekit atau berminyak. Muka lebih glowing dan sekata. Pori pun makin mengecil. Thumbs up!

Last step dalam Coco2u is moisturiser. Coco2u ada dua moisturiser untuk pagi dan malam.

Bioactive Day Moisturiser (30ml) RM 80.00

Mengandungi bahan utama Coco2u, olive leaf extract, grapeseed dan vitamin E yang membantu mengekalkan ketegangan kulit dan membuatkan kulit nampak lebih muda dan glowing. Spf 20.

Kandungan: Aqua, Glycerin, Methylene Bis-Benzotriazolyl Tetramethylbutylphenol, Cocos Nucifera (Coconut) Oil*, Titanium Dioxide, Isononyl Isononanoate, Glycereth-26, Ceramide III, Cetearyl Olivate, Sorbitan Olivate, Sodium Acrylates Copolymer, Vitis Vinifera (Grape) Seed Extract, Cetearyl Alcohol, Ceteareth-20, Sorbitan Caprylate, Propanediol, Benzoic Acid, Olea Europaea (Olive) Leaf Extract, Tocopheryl Acetate, Rose Flower Oil *Certified Organic

Bioactive Night Moisturiser (30ml) RM 80.00

Kandungan argan oil, yam bean extract, and hyaluromic acid yang membantu mengekalkan kelembapan kulit and  melambatkan proses penuaan.

Kandungan: Aqua, Cocos Nucifera (Coconut) Oil*, Glycerin, Isononyl Isononanoate, Glycereth-26, Dimethylsilanol Hyaluronate, Cetearyl Olivate, Sorbitan Olivate, Ceramide III, Sodium Acrylates Copolymer, Cetearyl Alcohol, Ceteareth-20, Sorbitan Caprylate, Pachyrrhizus Erosus Root Extract, Propanediol, Benzoic Acid, Argania Spinosa Kernel Oil, Rose Flower Oil, Sodium Hyaluronate *Certified Organic

Cara penggunaan Bioactive Day & Night Moisturiser: Pakai selepas toner dan serum. 

Review


Tekstur dua-dua nya berbeza, day moisturiser lebih thick, night lebih light. However both works wonder to my skin. Memang best especially night cream sebab mengandungi hyaluronic acid.


So Coco2u ada provide starter kit kalau korang nak try. Dalam starter kit ni ada cleanser, toner and 2 moisturiser day and night. Boleh didapati dengan harga RM90 sahaja. 


Overall review: Best sebab natural products. heheh And Coco2u juga sesuai untuk semua jenis kulit, so korang tak perlu risau kalau kulit korang kombinasi, berminyak, kering atau natural, semua boleh pakai. Harga pun boleh tahan affordable, and product tahan lama. However packaging dia agak menakutkan sebab diperbuat daripada kaca. Kalau jatuh atas kaki ni mau nangis pecah plus injuries hahah

Kalau uols nak try jugak, boleh lah beli sekarang sebab starting from 1st April 2018 until 30th April, ada discount RM 30 kalau you guys guna code "COCO2UFA30" dekat website COCO2U masa checkout okay. No minimum purchased required. ❤

For more info:

COCO2U Nature's Miracle 


Website: COCO2U
WhatsApp: +6018.972.4976
Email: cs@coco2u.com

2 comments:

  1. skrg senang dh nak cr product kecantikan yang organic..selamat utkkulit dan makin cantik la nanti

    ReplyDelete
  2. bagus produk yg letak minyak kelapa dara ni.. makin berseri-seri la cik mellya kita. hehe

    ReplyDelete