Featured Post

Its time for giveaway! Kali ini Mellya ,  Mrs Pip , Shafyqah , Aira ,  SyahirahValiant , dan  Siqahiqa  nak cari seorang pemenang beau...

Continue reading

Tuesday, 17 October 2017

AZTEC HEALING CLAY MASK GOES VIRAL REVIEW !



Assalammualaikum.


Sejak akhir-akhir ini, viral pasal product clay mask yang mampu menyelesaikan masalah jerawat. Biasalah, orang semua berlumba-lumba nak kulit cantik. And bukan orang lain saja, Mellya pun tak terlepas daripada terjebak dengan clay mask viral tu. haha As soon as i saw the FB post (entahlah post sapa entah, baca je terus excited nak cuba) , terus buka instagram and search pasal clay mask ni,  nak tau clay mask apa, nama nya tak lain tak bukan, Aztec Healing Clay Mask !



Yang Mellya beli ni yang repack size punya. 100ml Raw Apple Cider and 100g Aztec Healing Clay. Since dengar banyak sangat feedback 'terbaik' dekat online, terus Mellya beli. hehe

'Feel your face pulsate
Facials, acne, body wraps, clay baths, foot soaks, chilled clay for knee packs and insect bites. Enjoy the benefits of clay in your own home. Beautify & Refresh.'

Aztec Healing Clay Mask ni dalam bentuk powder, so sangat jimat. Rasa 100g ni boleh je tahan 2 bulan or more depends on usage. Macam Mellya, maybe cepatlah habis sebab share dengan adik pastu one week pakai dalam 3 kali atau lebih hahaha seronok pakai ni sebabnya. Clay mask ni mesti combine dengan raw apple cider tau, untuk balance kan pH dia, so that sesuai untuk pakai dekat muka. 

Cara penggunaan: Jangan gunakan metal untuk bancuh tau. Guna kan mangkuk plastic and sudu plastic, even nak sapu dekat muka pun guna kan alat plastic tau sebab kalau guna besi nanti semua zat, nutrient or what ever goodness yang ada dalam clay tu akan hilang.


Nanti lepas letak apple cider tu, clay tu macam meletus tau haha pop pop gitu. tak da meletup gila-gila just bubble-bubble ja. Then kacau, jangan terlalu cair and terlalu pekat tau !


Boleh lah sapu dekat muka lepas tu. But makesure cuci dulu makeup or whatever, bagi muka bersih dulu. Then only pakai. Pakai ni depends on kulit tau, Jangan pakai lelama sangat nanti muka merah gila haha Masa pakai ni memang rasa muka tegang gila, sampai nak senyum pun tak boleh tau ! Abaikan sapuan tidak rata tu hahaha

My Opinion:

Best gila ! Pakai rasa tegang ja kulit. Boleh rasa tau, ketat ja muka.  Jerawat yang ada semua "masak" hahaha Setakat ni parut ada la lagi, sebab pakai pun baru 4 kali. Muka dah kurang berminyak lepas amalkan Aztec Healing Clay Mask ni.  Kalau nak suruh rate obviously 5/5 !

So korang yang ada masalah jerawat, berminyak dan lain-lain masalah kulit, better try clay mask ni. Memang best. Rasanya memang ramai dah cuba ni. hihi Good luck guys ! ❤

*Disclaimer: This is my personal opinion and humble review based on my experience. I am not paid for this review and I spent my own money on this product. Result may be vary depends on your skin conditions. I am not liable for any problems that might arise from trying out the product I review here.



Saturday, 14 October 2017

Giveaway Besar Besaran By Intan Saffyna (08112017)



Assalammualaikum.


Jom join giveaway sis Intan Saffyna ni. Hadiah semua letup-letup. hehe Tak caya boleh tengok dekat Senarai Hadiah. Pastu bila dah rasa nak join, boleh la singgah entry Sis Intan Saffyna tentang Giveaway Besar Besaran By Intan Saffyna tu. Saya tag kalian untuk turut serta giveaway ni ya, Etuza dan Budak Vanilla. Good luck ladies ❤

Tuesday, 10 October 2017

Kenapa Perempuan Suka Suami Orang?



Assalammualaikum.


Malam-malam ni tiba-tiba rasa macam nak update blog. hehe topic apa? entahlah tiba-tiba je dapat tajuk ni. Ingat lagi tak, few months ago,  kecoh tentang kes seorang bini artis dikasari oleh suaminya sendiri lepas kantoi dating dengan perempuan lain? Ingatkan? Dahla dicurangi, pastu dikasari pulak. Hmm sedih betul haa. Mellya penah juga diganggu lelaki yang bergelar suami orang. Ya, memang kalau kita jenis bukan yang melayan and mudah ter"cair" ni, tak pa takkan terjadi lah benda-benda yang tak diingini tu. Yang menjadi tanda tanya, mereka yang kecundang dengan cinta si suami orang ni.. agaknya kenapa perempuan suka suami orang ek?

Kenapa Perempuan Suka Suami Orang?

Soalan ni selalu sangat muncul dalam kalangan perempuan-perempuan bersuami heheh tapi Mellya yang tak bersuami pun musykil jugak. haha so.. ni adalah kemungkinan penyebab kenapa perempuan lebih suka suami orang berbanding lelaki lain yang sememangnya solo. 

Suami orang pandai mengayat?

Suami orang ni pandai bodek, mengorat. haha dia tau weakness point si perempuan. 

Suami orang sangat memahami kehendak wanita?

Nama pun suami orang. Pengalaman banyak, asam garam bercinta semua dia dah ada. Yang perempuan pun mudahlah cair. haha

Suami orang lebih penyayang?

Ada sesetengah perempuan suka pada suami orang yang ada ciri-ciri kebapaan. Biasalah, yang muda-muda tak kahwin lagi tu tak nampak lagi ciri penyayang tu.

Suami orang lebih bertanggungjawab?

Selalunya suami orang ni lebih bertanggungjawab dan caring berbanding jejaka bujang. Sebab diorang ni dah terbiasa dengan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. 


Suami orang lebih matang, tak cepat melatah bila selisih faham

Suami orang ni tak da masa nak gaduh hal-hal remeh. Cemburu buta tu memang tak da rasanya 
(ek.. betul ke?) haha rasanyalah kan. nama pun kemungkinan (pendapat).

Suami orang mempunyai pekerjaan dan kewangan stabil?

Tak semua kan suami yang macam ni? Tapi boleh juga jadi salah satu sebab kenapa perempuan suka. Terutama yang datuk-datuk millionaire tu.

So rasa-rasa betul tak sebab-sebab ni? Haha entahla kan, mungkin ada sebab lain lagi yang tak terfikir waktu ni. Apapun jodoh di tangan Tuhan. Harap-harap si perempuan fikir lah sebaik mungkin sebelum buat keputusan dalam hal-hal macam ni.  Adios ❤

Sunday, 8 October 2017

Blog Monthly Maintenance - October 2017



Assalammualaikum.


So last month i was planning for few changes on my blog. And as you all know, i also organized a beauty box giveaway, yang akan tamat this month. So those yang masih belum join, you are invited to do so okay? This month, my October's blogging goals:

October's blogging goals:

  • Instagram for my dearest blog, Mellya Crayola
  • Publish at least 20 posts for this month
  • More product reviews
  • To clear my draft box (banyak post yang tergendala separuh jalan, need to clear them)
  • Track my Ad Revenues and Blog Expenses
  • Check Sidebar Links and Blogrolls for Dead Links, Outdated Blogs and Better Links

Harap-harap tercapai lah blogging goals bulan ni. 20 posts tu kira sikit lah kan hahaha but still i'm not sure i can make it. But akan cuba sebaik mungkin , fighting ! Oh ya I am also currently writing in Zalora Zcoop Malaysia, if you are interested to join me, you can contact me via email fhatinameliamusa@gmail.com. Adios ❤

Sunday, 1 October 2017

Tujuh Rutin Sebelum Tidur Untuk Hari Yang Produktif




Assalammualaikum.

Rutin Sebelum Tidur Untuk Hari Yang Productive


Ada yang bekerja 5 hari seminggu, ada juga yang berkerja 6 hari seminggu.. ada juga yang "on call" setiap masa. Rehat dan persediaan yang tak mencukupi memang akan menyebabkan focus kita terganggu di tempat kerja. Apakah rutin sebelum tidur yang harus kita lakukan untuk hari yang produktif?

Tujuh Rutin Sebelum Tidur Untuk Hari Yang Produktif


Plan for tomorrow.

Setiap orang yang ingin kan hari yang produktif wajar ada sebuah buku planner. Plan apa yang nak dibuat keesokan harinya, siapkan pakaian dan barang keperluan untuk hari esok. Barulah tak kelam-kabut.

Relax kan diri, rehatkan minda dengan rutin penjagaan diri

Selepas seharian penat berkerja, pakai pulak makeup seinci, eloklah buat penjagaan muka before tidur ni. Cuci muka (cleanser n scrub), massage sikit muka tu yang letih exercise senyum hehe Toner untuk kembalikan ph kulit wajah, mask untuk relaxkan diri, sambil dengar lagu @ baca buku. 

Technology Off | Charging

Usaha menjauhkan phone. Charge phone kat luar or tempat tinggi sebab phone kalau dekat dengan kita memang susah nak dipisahkan. haha 5 minit bangun tengok phone pulak.


Reading any kind of reading materials that you like ❤

Membaca. Baca 2 page pun jadilah. Orang yang berjaya selalunya habiskan masa sebelum tidur dengan membaca. haha kadang-kadang phone berguna juga saat macam ni, dok baca news dalam phone. (News ke gosip dalam fb?) Lepas tu, review journal, review apa yang nak buat esok.

Yoga atau senaman ringan sebelum menutup mata

Step simple je. Bukan yang pelik-pelik. Contoh cat-cow, child pose, dan spinal twist. Ni antara yoga yang paling mudah untuk dibuat waktu atas katil. 


Set Alarm

Set jam untuk bangun esok. Sebenarnya set dalam hati pun dah cukup, set jam nak bangun pukul berapa InsyaAllah esok mesti bangun. 

Ketuk bantal dan Doa

Bismika Allahumma' ahya wa amutu
Dengan namamu Ya Allah aku hidup dan mati

Yang penting bila dah malam, kalau boleh relax je kot. Spend quality time dengan family. Hal kerja tak sepatutnya dibawa pulang. Orang yang pandai mengatur masa memang productive. ❤

Saturday, 30 September 2017

Cara Mengurangkan Lengan Menggelebeh, Flabby Arms atau Lengan Batwing


Assalammualaikum.

Cara Mengurangkan "Flabby Arms" atau "Lengan Batwing"

Sapa tahu flabby arms atau lengan batwing macam mana? hehe It was actually your lemak dekat bawah lengan tu. Kenapa flabby/batwing? Sebab lemak dekat area tu usually macam jeli , berbuai-buai gitu. Haha kalau yang kurus tak payah tengok la lengan korang tu, tapi ada je yang kurus pun ada batwing. Why? Sebab tak bersenam la tu. Yang jenis bersenam CONFIRM tak ada kan. Lemak yang terbuai tu menunjukkan isi anda tidak kejap atau firm.

KENAPA? Punca flabby arms :

Antara punca utama flabby arms ialah terlalu banyak makan manisan & carbs. Kalau berat badan naik, bagi perempuan, mostly effect dekat lengan and peha. Lebihan lemak lebih cenderung terkumpul di bahagian lengan. Sebab tu lah tangan korang menggelebeh tu hehe 

Selain itu, factor lain yang boleh menyebabkan lengan batwings ialah factor genetic, obesiti, and kekurangan mass otot. Also, ia juga boleh berlaku as a result of aging. Lost weight juga boleh menyebabkan flabby arms, sebab korang tak exercise bahagian lengan. Jadi bagaimanakah cara untuk mengurangkan flabby arms atau lengan batwings ini?

Cara Mengurangkan Lengan Menggelebeh, Flabby Arms atau Lengan Batwing


Lost weight focus on all area : Jika korang dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, focus pada setiap kawasan badan. Exercise bahagian tangan, dan peha atau kawasan yang cenderung untuk menjadi menggelebeh jika berat badan korang turun.

Pemakanan yang sihat: Kurangkan makan makanan manisan dan carbs serta yang berlemak untuk mengelakkan flabby arms. Lebihkan makanan berprotein dan banyakkan minum air bersih. 

Lakukan senaman tangan: Arm circles (30 saat), Knee Push Up (30 saat), Overhead Press (30 saat), Floor Tricep (30 saat) dan Bicep Curl (30 saat).

source from http://backonpointe.tumblr.com/post/101265043116 

So macam mana? Waktu hujung minggu ni sesuai sangat untuk korang amik masa untuk bersenam sikit. hehe Semoga berjaya! ❤

Beauty Box Revealed !



Assalammualaikum.


First Beauty Box by Us revelation. Mesti ternanti-nanti apa content beauty box giveaway kali ini kan. Entry ini akan diupdate dari masa ke semasa in case ada penambahan hadiah. Sebab Mellya sendiri tengah dok pening lagi nak tambah apa lagi dalam box ni. hihi Ni semua adalah hasil sumbangan  Mellya, Mrs Pip, Shafyqah, Aira, SyahirahValiant, Siqahiqa dan Sis Ana Suhana tau ! So follow lah blogger ni semua ye. Pastikan semua syarat dipenuhi.

  1. 1x Good Virtues Co Glowing & Goodness Refreshing Deep Cleansing Foam 100ml
  2. 1x Witch Hazel Aloevera Formula 355ml
  3. 1x Facial Brush
  4. 1x Sendayu Tinggi Herbal Bath Treatment
  5. 1x Nivea Oil in Body Milk Skin Delight Relaxing Lavender 250ml
  6. 1x Dinoplatz Dear Brachiosaurus Blotting Paper
  7. 2x Ellips Vitamin Hair Mask Smooth & Shiny 20g
  8. 4x Mentholatum Botanics Facial Mask 22ml 
  9. 1x Ferment Water Facial Mask 30ml
  10. 1x Maybelline Superfresh Liquid Powder Spf 50 25ml and
  11. 1x Maybelline Color Show 101 Pink Avenue
  12. 1x Bio Aqua Aloevera Emulsion 92%
  13. 1x One Spring Banana Hand Cream
Ini antara barangan yang ada dalam beauty box ni. Mellya masih dalam process shopping untuk penuhkan box ni. Harap-harap tak pecah la box nya haha InsyaAllah Mellya akan tambah lagi hadiah dalam box ni. So make sure lebih ramai yang join ya ! Yang nak join boleh join di SINI


Wednesday, 27 September 2017

Kenapa Pakai Makeup Fake Sangat Bahaya?



Assalammualaikum.


Krim muka kilo yang berlambak dipasaran Malaysia, sampai sekarang masih ada yang berani menjualnya walaupun dah tertulis benda tu tak selamat digunapakai. Dan si pembeli pula sanggup memasarkan produk yang tidak tahu asal-usul dan keselamatannya tu pulak kepada pengguna. Kononnya formula buatan sendiri padahal entah dari mana dikutipnya. Yang si pengguna, mudah sangat terpengaruh dengan iklan-iklan, walaupun banyak berita mengenai produk berbahaya di media. Tak cukup dengan skincare, makeup pun di "fake" kan. Haih!

Fake up atau makeup fake ialah produk makeup yang diciplak, selalunya datang daripada negara jiran. Lipstick Kylie RM5, Palette Morphe RM 50.. Dari segi harga pun kita boleh tahu produk itu bukan asli. Tapi kenapa masih membeli? Jawapannya, harga product asal yang mahal menyebabkan pembeli memilih untuk membeli fake up product.

Kenapa product asal lebih mahal:

-Kualiti
-Brand
-Safe
-Cruelty Free

Kenapa product fake lebih murah:

-Kualiti rendah
-Brand ciplak, dari segi packaging ada kekurangan
-Bahan tidak selamat, mengandungi kandungan kimia yang tinggi


Obviously, beza Fake/Not original dengan yang Original usually dari segi bau, texture, effect pada kulit, tahap ketahanan makeup tu. Ada yang mengeringkan kulit, tumbuh biji-biji halus, jerawat, jeragat dan macam-macam lagilah. Sangat lah bahaya, tu belum lagi ada yang terkena kanser kulit sebab product-product tak original ni!


Macam mana nak tahu product tu original atau tak before beli?


 

CREDIT: http://www.mtv.com.au/sites/default/files/styles/image-w-1050-h-1050-scale/public/mtv_au/galleries/large/2016/09/13/mac-bullet-1024x945.jpg?itok=FW-q67Ze

  1. Harga paling nyata ! Mana ada branded items jual murah. Selalunya lebih mahal.
  2. Tempat Dijual. Original dijual di tempat yang boleh dipercayai atau dealer sah. Contoh Watson, Sephora.. Tak kanlah diorang nak jual tak original.
  3. Next , Check dalam internet brand tu wujud tak product tu. Ada setengah tu product tu tak wujud pun. Konon set, padahal tak ada pun.
  4. Penjual sendiri pakai. Kalau dah dia pakai takkanlah dia nak menipu. Lainlah kalau dia memang tak sayang muka.
  5. Review. Kalau beli melalui online boleh lah survey review orang dulu.
However, depends on masing-masing untuk decide , nak beli atau pun tidak. Tak ada yang memaksa, and tak perlu dipaksa haha Tapi kalau nak tengok effect menggunakan fake makeup ni, banyak video-video di Youtube yang boleh korang tengok. Mostly vloggers luar negara yang buat review tentang bahayanya product celup ni ❤

Tuesday, 26 September 2017

Cara Semak Hutang PTPTN secara Online



Assalammualaikum.


Kebanyakan pelajar di IPTA telah menggunakan PTPTN untuk menyambung pelajaran. Bagi peringkat diploma, korang tak dapat jadikan pinjaman tersebut sebagai biasiswa ya, cuma peringkat degree sahaja boleh ditukarkan kepada biasiswa, itu pun jika korang score 3.5 keatas. Tamat belajar, korang wajib check status pinjaman korang. Selalunya 6 bulan - hingga 1 tahun selepas graduasi bayaran PTPTN akan mula dikenakan. Jadi berikut ialah cara untuk semak hutang PTPTN secara online. 


 .Klik pada bahagian Semakan Penyata Pinjaman.


Masukkan no kad pengenalan. Klik Penyata Kira-Kira Pembiayaan Ujrah.


Log masuk seperti biasa. 


Klik pada bahagian Penyata Baki Terperinci. Bolehlah check berapa balance pinjaman yang perlu korang bayar. Cara nak bayar pun ada, melalui Jom Pay, FPX dan lain-lain. Mudah kan? ❤