Thursday, 22 June 2017

Sendayu Tinggi Facial Scrub With Collagen Review



Assalammualaikum. 

Sendayu Tinggi Facial Scrub With Collagen Review

Hi readers. Lama tak update review kan? So kali ini Mellya nak kongsi review terbaru daripada Sendayu Tinggi. Salah satu jenama tempatan yang mengeluarkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan yang juga menghasilkan skrub muka iaitu Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen yang tersangatlah best bagi Mellya. Previous post, Mellya ada tanya scrub favourite korang. Ramai yang cakap suka guna scrub daripada St Ives dan juga Freeman. Dua produk ni memang boleh didapati di Watsons atau Guardian kan. Sebelum ini Mellya pun menggunakan St Ives, tapi scrub nya terlalu banyak dan kasar untuk kulit Mellya. Jadi, dah lama tak berskrub. Lepas dah jumpa yang ini, baru rasa nak berskrub semula. 


PRODUCT REVIEW BY MELLYA

Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen

Sendayu Tinggi Facial Scrub With Collagen Review

Ini botol kedua yang Mellya guna. First bottle Mellya beli Januari yang lepas. And tahan sehingga ke harini tau, masih ada sikit lagi untuk Mellya guna botol kedua hehe Sangat tahan lama, Mellya guna setiap minggu tau, dua kali tapi masih mampu bertahan sehingga 6 bulan lamanya.

Pros 

Antara kelebihan yang dijanjikan skrub wajah ini dikatakan mampu memberi kesan halus dan lembut pada penggunaan pertama. Selain memudahkan kulit menyerap produk wajah dengan lebih berkesan ia juga berupaya memudarkan parut dan menghilangkan jeragat. Blackhead dan whitehead juga menjadi lebih mudah untuk dipicit menggunakan tweezer. Sel mati tiada, kulit menjadi lebih cerah dan sekata.

  • Skrub wajah dengan kesan serta merta halus dan lembut setelah penggunaan pertama
  • Menanggalkan sel kulit mati
  • Memudarkan parut jerawat dan jeragat 
  • Melembutkan bintik hitam dan putih agar mudah dipicit
  • Mencerahkan wajah dan menyekatakan warna kulit
  • Formula hydrolized collagen menjadikan kulit anjal

Cara penggunaan: 

Basahkan tapak tangan dan wajah dengan air dan ambil Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen dengan tangan. Gosok atau lakukan urutan lembut seluruh wajah dalam 2 minit sebelum bilas bersih. Bagi yang mempunyai masalah kulit kering, gunakan Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen 2 kali seminggu. Bagi yang mempunyai kulit normal, gunakan 3 kali seminggu. 

Muka Mellya jenis berminyak so Mellya pakai 3 kali seminggu lepas/sebelum cuci muka. Tapi actually tak dela 3 kali, boleh cakap hari-hari nak pakai haha sebab seronok sangat, and tak mengeringkan kulit pun.

What I felt: 

Sendayu Tinggi Facial Scrub With Collagen Review

Skrub paling lembut pada kulit! Biji skrub jenama lain sebelum ini yang Mellya gunakan sangat besar dan kasar membuatkan kulit senang terluka jika terlebih menggosok. Tapi kalau yang ni sangat lembut, berbeza dengan yang lain. Kulit juga semakin lembut dan licin selepas penggunaan. Kulit saya yang kusam dan berparut sudah menjadi lebih cerah daripada sebelum ini. Selain itu, skrub ini juga telah mengecilkan pori-pori yang terbuka. Sebotol Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan penggunaan. 

Cons 

Mengandungi fragrance atau pewangi yang merupakan salah satu bahan yang tidak begitu sesuai untuk kesihatan kulit. Tapi bagi Mellya okay je, wangi la best.

Berhasil? 

Definitely! Sangat berkesan dan berbaloi dengan harga yang dibelanjakan. Masa scrub tu rasa best sebab scrub halus and tak kasar like most other scrub. Bau dia pun sangat wangi. Lepas pakai lagilaaaa best. licin rasa. Muka rasa dah kurang kusamnya. Mellya memang nak continue lagi pakai. hehe

So checklist :

  • Skrub wajah dengan kesan serta merta halus dan lembut = YES!
  • Menanggalkan sel kulit mati = Think so , sebab muka dah tak berapa kusam 
  • Memudarkan parut jerawat dan jeragat  = Boleh la, faded than before
  • Melembutkan bintik hitam dan putih agar mudah dipicit = YES! 
  • Mencerahkan wajah dan menyekatakan warna kulit = Like i said dah tak berapa kusam 
  • Formula hydrolized collagen menjadikan kulit anjal = Yup muka rasa tegang 

Cara untuk dapatkan Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen? 

Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen boleh didapati di Watson dan di mana-mana outlet Sendayu Tinggi yang berdekatan dengan kawasan anda pada harga serendah RM 30.75. Bagi pengguna Sendayu Tinggi atau ahli seperti saya boleh dapatkannya pada harga cuma RM 27.65! Murah bukan? Selain di Watson dan outlet, Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen juga boleh didapati melalui website Sendayu Tinggi untuk pembelian secara online.

Recommended?

Overall good, So, I give it 🌟🌟🌟🌟 out of 🌟🌟🌟🌟🌟 
Totally recommended. So for those yang masih confused nak pakai scrub apa, korang mesti cuba scrub ni .

Harap review ini membantu korang untuk decide nak cuba ke tak skrub ni. 
Thanks for reading. ❤ 

*Disclaimer: This is my personal opinion and humble review based on my experience. I am not paid for this review and I spent my own money on this product. Result may be vary depends on your skin conditions. I am not liable for any problems that might arise from trying out the product I review here.

Wednesday, 21 June 2017

Nak PERLASHINE® Safiey Ilias Secara Percuma ?


Assalammualaikum.


Ada yang masih tidak tahu tentang PERLASHINE® ke? Kalau ada yang melayan drama jam 7 petang di TV3 mesti perasan iklan Perlashine ni kan. Tahu tak founder nya iaitu Safiey Ilias nak hadiahkan 1000 kotak Perlashine kepada sesiapa yang nak kan kulit putih cantik dan bersih. Betul. Safiey nak bagi 1000 Kotak PERLASHINE® Kapsul Mutiara secara PERCUMA je. Excited tak? Bukan senang nak dapat percuma !


         Pengasas Perlashine

Kenapa Perlu Rebut Peluang Ini?

PERLASHINE Kapsul Mutiara adalah suplemen pertama di Malaysia yang menggunapakai 100% serbuk mutiara asli tanpa bahan pracampuran lain. Apa yang menarik mengenai PERLASHINE ialah ianya mengandungi dos 500 mg serbuk mutiara asli bagi setiap kapsul.

Suplemen terbaru keluar DSI Empire Sdn. Bhd. ini mempunyai serbuk mutiara 100% asli dengan gred paling tinggi dan berkualiti bertujuan untuk merawat kulit berjerawat, sensitif, berparut, dan radang merah. Jadi, awak tak perlu bimbang pun mengenai status kualiti PERLASHINE ini.

Sesuai untuk individu yg mempunyai masalah kulit berjerawat, berjeragat, berparut, berminyak dan inginkan kulit wajah yang cerah. Tanpa bahan campuran lain, PERLASHINE memastikan badan menerima dos serbuk mutiara asli yang cukup untuk keperluan badan terutama bagi mencantikkan kulit.

Bukan itu sahaja, PERLASHINE berupaya merawat masalah kesihatan seperti resdung dan melancarkan peredaran darah serta membantu masalah sembelit dan pencernaan.

Tambah pula, Perlashine ni berharga RM 140 tau sekotak! Apa kata rebut peluang dapat Perlashine secara percuma dengan join giveaway mudah ini. Korang cuma perlu daftarkan nama, dan alamat anda dan berpeluang untuk mendapat Perlashine secara percuma.

Kebaikan Perlashine yang Wajib Korang Tahu!


* Memutihkan dan kulit
* Menegangkan kulit wajah
* Menyihatkan tubuh badan
* Awet muda dan kulit kekal anjal
* Merawat masalah jerawat dan jeragat
* Memudarkan parut di wajah dan badan
* Merawat segala bermacam masalah kulit

Antara testimoni berjaya:


PERLASHINE® Kapsul Mutiara merupakan satu-satunya suplemen berasaskan serbuk mutiara yang mendapat penganugerahan Sijil Halal dan juga diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan no kelulusan MAL16040026TC  & Rujukan JAKIM/(S)/(22.0)/492/2/1045-11/2010! Nak info lebih lanjut dapatkan nya disini.


Jadi korang tunggu apa lagi? Giveaway tamat 9 Julai 2017. Jangan lepaskan peluang keemasan ini tau. Nak join? Cuma click banner di atas. Good luck ❤

Monday, 19 June 2017

Kenapa Perlu Scrub dalam Rutin Penjagaan Wajah?


Assalammualaikum.

credit: http://data.whicdn.com/images/277121290/large.jpg

Skrub ialah sesuatu perkara yang penting dalam menjaga kecantikan dan kebersihan kulit. Rata-rata wanita masih tidak menyedari kelebihan menggunakan skrub tetapi ada juga yang sudah lama mengamalkannya. Ramai yang bertanya macam mana nak unclogged pores. Tahu tak sebenarnya tugas scrub salah satunya ialah menyelamatkan pori yang tersumbat. Kenapa perlu scrub? Tak cukup ke sekadar mencuci dengan pembersih muka yang ada? Actually banyak kepentingan scrub ni pada kulit terutama muka yang mudah breakout atau berjerawat.


Langkah ke tiga penting dalam rutin penjagaan wajah

Kelebihan berskrub

Skrub menyingkir sel kulit mati yang menyebabkan produk wajah yang disapu tidak dapat meresap ke dalam kulit dengan sempurna dan juga menyebabkan kulit kelihatan kusam dan gelap. Ia juga boleh membantu mengelakkan liang pori daripada tersumbat yang akan menyebabkan jerawat.

Scrub wajah memang penting untuk exfoliate muka kita daripada sel-sel mati. Sel-sel mati ni yang menyebabkan muka kita gelap, make up tak sekata, dan kelihatan kusam. Seterusnya menyebabkan liang pori tersumbat dan mengakibatkan jerawat. Then, lepas scrub sangat sesuai untuk kita pakai serum atau anything for skin sebab ia akan meresap dengan lebih effective.

Kelebihan berskrub :


  • Singkir kulit mati
  • Memudarkan parut
  • Melicinkan kulit
  • Mengelakkan pori-pori tersumbat
  • Memudahkan penyerapan produk wajah 

Cara memilih Skrub yang sesuai untuk kulit

  • Pilihlah skrub yang tidak terlalu kasar pada kulit
  • Elakkan skrub yang mempunyai bahan seperti paraben
  • Pilih yang bersesuaian dengan masalah kulit yang dihadapi
  • Pastikan memilih skrub yang sesuai untuk wajah/ badan sahaja

Berapa kali kekerapan untuk menggunakan scrub?

Scrub sangat bagus untuk diamalkan satu hingga 2 kali sahaja seminggu. Jika berlebihan ia akan menyebabkan kulit menjadi nipis dan rosak. Jadi elakkan menggunakan scrub secara berlebihan. 

Scrub lah sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mengurangkan masalah pori tersumbat. Kitakan dalam seminggu tu berapa kali pakai makeup, makeup yang tak ditanggal bersih itu lah yang menyumbatkan pori-pori. Jadi ada baiknya menggunakan scrub. 

By the way, apa jenama scrub pilihan korang? ❤

Sunday, 18 June 2017

Perkhidmatan Review di Mellya Crayola



Assalammualaikum.

Perkhidmatan Review di Mellya Crayola

Salam Ahad. Harini cuti esok keja. Dalam kesempatan ini, nak lah up satu news pasal blog Mellya. Memandangkan ada yang bertanya perkhidmatan review di blog Mellya...Untuk pengetahuan semua, peniaga-peniaga diluar sana untuk majukan business korang Mellya menyediakan perkhidmatan review yang mudah. Korang boleh pilih gift review atau paid reviewGift review korang just bagi product korang untuk Mellya guna masa review nanti. Kalau paid review, korang just bayar and Mellya akan review berdasarkan pemerhatian Mellya and Don't worry entry akan melekat sehingga tamat riwayat blog ni. Usually Mellya akan buat dua post; satu personal review satu lagi information entry. Jadi ada baiknya korang bagi product tersebut untuk direview secara personal.

For paid review;
Gold: RM20 per month 
My personal review/ your own ready review/blog draft for me to use 
with promotion in my Instagram/Twitter/Facebook
Sidebar/Leaderboard Advertisement (1 month) - Add RM 5

Silver: RM10 per month 
A) 2 personal review/ your own ready review/blog draft for me to use
B) 1 personal review/ your own ready review/blog draft for me to use 
     with sidebar/leaderboard ads for 1 month

Bronzer: RM5 per month 
1 personal review/ your own ready review/blog draft for me to use

Bukan itu saja, anda mendapat publisiti secara percuma sekiranya menggunakan perkhidmatan review saya yang akan turut di postkan di laman social media seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Gift Review
Bagi review product adalah PERCUMA jika anda menghantar product kepada saya untuk hasil review yang menarik. 

Why Me?
Sebab review Mellya ikhlas dan jujur dari hati haha Dan review itu akan kekal sehinggalah tamat riwayat blog ini. Bonus, Mellya akan update entry tersebut mengikut peredaran masa. Percayalah kuasa blogging ni mampu majukan business korang. Sebab pengguna selalu akan google info mengenai product korang dulu untuk lihat feedback and review pengguna lain sebelum membeli. About Me.

Jadi kepada yang berminat, boleh Whatsapp 0189830500 atau contact Mellya menerusi email fhatinameliamusa@gmail.com.

GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS (19/06/2017)

Assalammualaikum.

Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.


Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...