What's Hot

Wednesday 28 December 2016

12/28/2016 09:22:00 pm

Teknik Mudah Kempiskan Pipi "Pau"



Assalammualaikum.

10 Teknik Kempiskan Pipi Pau a.k.a Chubby

Hi semuanya. Harap sihat-sihat belaka. Anyone stress sebab ada pipi pau yang comel? Kenapa harus stress? Comel kan pipi chubby nih. Macam nak cubit ja, bukan macam pipi Mellya, kempis ya amat. Tak ada isi langsung. Yang kurus nak pipi chubby, yang chubby nak pipi kurus hehe comel pe pipi pau. Scroll FB jumpa tips nak kempiskan pipi kembung.

Nah! Sapa rasa pipi dia kembung, boleh try semua tips mudah ini.

Teknik Mudah Kempiskan Pipi "Pau"

Cara mudah nak kempiskan pipi, senaman muka. Macam mana nak senaman muka? Confused ke dengan statement nih? Ala korang nganga tu pun consider senaman juga. Tapi jangan nganga luas sangat, buatnya rahang terkeluar daripada soket, hahaha tak pasal mulut tak boleh tutup forever.

#1 Kunyah gula-gula getah

Mengunyah gula-gula getah adalah tips paling mudah untuk korang lakukan. Bila korang mengunyah automatically rahang and pipi korang ikut bergerak. Nilah dikatakan senaman. 

#2 Sebut huruf X dan O berselang seli before tidur

Ni juga salah satu cara untuk kuruskan pipi. Spend at least 5 minutes before tidur dengan menyebut huruf  X dan O berulang kali. 

#3 Buka Rahang Seluas-luasnya !

Buka rahang seluas mungkin dan tahan selama 3 minit. Lakukan 3 kali sehari.

#4 Senyum dan Sedut Pipi

Tutup mata dan senyum sehingga anda merasakan pipi hampir ke paras mata. Tunggu sehingga 3 - 4 minit. Kemudian kembali ke posisi wajah asal. Buat 3 kali sehari. Sedut pipi hingga masuk ke dalam. Tahan selama 30 minit. 3 kali sehari.

#5 Fish Face

Gulung bibir seperti ikan dalam gambar https://pinkmirror.com/blog/how-to-slim-face-weight-loss-steps-guide/. hehe macam best kan ?Comel ja hahaha

10 Teknik Kempiskan Pipi Pau a.k.a Chubby

#6 Urut bahagian pipi

Urut bahagian pipi dengan cara membuat lingkaran selama 30 minit.

#7 Jaw dropping

Buka mulut dan gerakkan rahang ke bawah. Kira hingga 10. Ulang setiap hari.

Mudah bukan? Dok tengah tengok tv pun boleh buat hehehe Harap tips mudah dan ringkas ni berjaya buat pipi-pipi yang pau kembali kempis macam pipi Mellya hehehe adios ❤

Monday 26 December 2016

12/26/2016 04:11:00 pm

Book of the Month : Love Letters to the Dead by Ava Dellaira



Assalammualaikum.

Love Letters to the Dead by Ava Dellaira

Tajuk : Love Letters to the Dead
Penulis : Ava Dellaira
Page : 323
Terbitan : Hot Key Books
Harga : RM 39.90

book review

"Sometimes the best letters go unanswered"

Love Letters to the Dead by Ava Dellaira

Short synopsis from the book:

It begins as an assignment for English class: write a letter to a dead person. Laurel chooses Kurt Cobain - he died young and so did Laurel's sister May - so maybe he'll understand what Laurel is going through.

Soon Laurel is writing letters to lots of dead people - Janis Joplin, Heath Ledger, River Phoenix, Amelia Earhart, Amy Winehouse... It's like she can't stop. She writes about her new high school, her new friends, her first love - and her shattered life.

But the ghosts of Laurel's past can't be contained between the lines of a page forever. She must face them - before they consume her.

In Short:

Cerita ni mengisahkan tentang seorang gadis bernama Laurel, baru masuk high school. Bermula dengan assignment, Laurel obsess untuk tulis surat kepada orang yang dah mati. Kira macam luahan hati dia. Dia cuba cari kisah silam orang yang dia tulis surat tu and relate dengan hidup dia. Maybe tu cara dia bersedih dengan kematian kakak dia, May. Pada malam kejadian, something happened between dia and Billy, kawan boyfriend May, Paul. Laurel has been molested and kematian kakak dia somehow menjadi punca Laurel tak dapat menerima apa yang dah berlaku.

Love Letters to the Dead by Ava Dellaira

Overall, best cerita ni. hehe
  3.5 stars over 5
Sad? Yes.

A bit complicated for me sebab tak berapa nak faham flow cerita dia dalam bentuk surat. 
Tapi kalau korang ni memang jenis budak literature/writing, okay kot 😅😅

Saturday 24 December 2016

12/24/2016 01:27:00 pm

Movie Review : Assassin Creed (2016)



Assalammualaikum.


Baru-baru ni, 22/12/2016; Mellya and adik pergi Sunway. Disebabkan craving for Hokkaido Baked Cheese Tart . haha tapi dah dengan hujan lebat ni, rasa macam malas nak balik awal. Usyar-usyar ada cita apa kat GSC. Yang best cuma Assassin Creed. Actually Assassin Creed in based on game (history juga rasanya). At first i thought cita ni mesti merapu. lol but don't judge the book by its cover. Best jugak cita ni rasa macam ada sambungan/sequel nanti.

A glance:
Assasin Creed ialah game keluaran Ubisoft. Bukan saja filem, game ni juga ada mengeluarkan siri buku. Yang minat game mustahil tak pernah dengar game Assasin Creed ni. 


Short synopsis:
When Callum Lynch explores the memories of his ancestor Aguilar and gains the skills of a Master Assassin, he discovers he is a descendant of the secret Assassins society.

Director: Justin Kurzel

Writers: Michael Lesslie (screenplay), Adam Cooper (screenplay)

Stars: Michael Fassbender, Marion Cotillard, Jeremy Irons | See full cast & crew » (credit)

SYNOPSIS

Mengisah kan tentang Callum Lynch yang diselamatkan daripada hukuman mati oleh Abstergo Industries (Modern day Templar) untuk mencari Apple of Eden, kononnya boleh amankan dunia dan elak corruption (apple of eden ni dah lama templar nak, so that diorang ni boleh memerintahkan dunia, kira macam semua orang akan tunduk kepada kuasa diorang ni). Cal ni dikatakan waris atau ada relationship dengan Aguilar, salah seorang assassin pada zaman lampau yang menolak kekuasaan Templar Order. Untuk dapatkan information pasal Apple of Eden ni, diorang selamatkan Cal dan masukkan dia ke dalam Animus (machine ni boleh synchronize genes si Cal ni dengan ancestor dia Aguilar ni, kira canggih la alat ni boleh tau kisah silam si Aguilar melalui Cal.

Spain, 1492, Aguilar dengan partner nya Maria ditugaskan untuk selamatkan anak Sultan Muhammad XII (dia yang menyimpan Apple of Eden) yang diculik ketua Templar. Sebab diorang culik tu semestinya untuk trade dengan Apple tu.

Back to Cal, Callum berkawan dengan beberapa assassin yang lain diketuai Moussa, dia juga selalu berhalusinasi pasal Aguilar and ayah nya Joseph (Joseph bunuh ibu Cal sebab nak lindungi rahsia keluarga mereka itu). Sophia meyakinkan Cal yang ibu dia pun telah dibunuh assassin.

Masuk semula ke Animus, Aguilar and Maria akan dihukum mati tapi berjaya larikan diri, waktu Aguilar performs Leap of Faith, Animus malfunction. Callum dikeluarkan daripada Animus. Cal dapat tahu yang ibu dia juga seorang assassin yang sanggup mati daripada di tahan oleh Templar sebagai uji kaji Animus. Alan, ayah Sophia pula didesak untuk hentikan project Animus membuatkan Sophia sedar ayah nya mahukan Apple of Eden bukan untuk keamanan tapi kepentingan diri.

Sekali lagi ke Animus, Aguilar dan Maria membuat serangan hendap waktu perjumpaan antara
Muhammad dan Ojeda untuk pertukaran Ahmed for the Apple of Eden. Aguilar berjaya bunuh dan dapatkan Apple itu tapi partner nya Maria terkorban. Aguilar kemudian membuat keputusan menyembunyikan Apple itu di kubur/tomb Christopher Columbus. Lepas berjaya dapatkan apple itu, Rikkin dan pengikutnya berpindah ke Templar sanctuary di London untuk upacara pertabalan kuasa.

Dengan memori Aguilar, Cal berjaya selamatkan diri bersama Moussa dan beberapa lagi orang assasin untuk menghalang Templar. Diorang attack tempat tu, Cal bunuh Rikkin untuk dapatkan apple tu. Marah dengan tindakan Cal, Sophia berjanji untuk balas dendam dengan Cal.

Best? Bestla.. Berbaloi la tengok. haha ❤

Thursday 22 December 2016

12/22/2016 10:32:00 am

Bio Essence 24k Bio-Gold , Gold Water Review



Assalammualaikum.

bioessencegoldwater

Bio Essence boleh dikatakan salah satu hot skincare brand dekat drugstores. Mellya memang dah lama nak cuba Bio Essence, lepas dah cuba set Tanaka White, rasa teringin pula nak cuba 24K Gold Water. Memang berkenan lama dah cuma tak dapat nak beli, cari tak jumpa botol kecil. Botol besar sangat (Mahal lak tu haha). Entah macam mana masa pegi Tesco Extra Seberang Jaya jumpa botol kecil 30 ml berharga RM 21.90 (discount 30% sampai 16 December agaknya, jadi  RM 15 lebih) di Watson. Memang tak lepaskan peluang. 

product review

BIO-ESSENCE 24-K GOLD, GOLD WATER

bioessencegoldwater

Kalau korang nak tahu, mahal tau usually serum atau apa-apa yang mengandungi 24k gold ni. Mellya pun tak pastilah yang kita dok tengok dekat Instagram, jual murah-murah tu diorang dapat gold daripada mana, tapi Bio Essence ni much more trusted. Bukan senang nak dapat jual dekat Watson, banyak procedure. Gold water ni actually mengandungi anti oxidant yang menghalang free radicals and melambatkan proses penuaan. haha baru 23, dah amik langkah pencegahan (actually berkenan dengan bottle cantik dia, tu yang beli). 

Gold water ni mesti ramai tak tau nak pakai time bila kan? Actually lepas cuci muka tu and sapu toner, boleh je pakai gold water ni. Macam pakai serum jugak. Lepas dah apply dia akan cepat meresap, kulit akan rasa tegang. Bila makeup, makeup nampak sekata. Jadi kalau yang ada masalah pori besar macam Mellya, elok la pakai ni.

Antara fungsi Bio Essence 24k Bio-Gold , Gold Water :
Fine Pores, Firm and Supple, Wrinkle Defy, Sebum Restored, Energized, Luminous Radiance

  • Mengecutkan pori: Pori-pori akan jadi lebih kecil, kulit terasa tegang dan licin 
  • Tegang & Lembap: Memperbaiki sel kulit, elasticity dan elak kulit kendur 
  • Mengurangkan kedut halus: Mengekalkan keremajaan kulit 
  • Melembapkan kulit: Kulit lebih matte dan sebum balance 
  • Menggalakkan skin renewal: Kulit sihat dan muda 
  • Glow and radiance: Muka lebih glowing 

What i felt after using Bio Essence 24k Bio-Gold Water

Lepas pakai, rasa kulit smooth sangat. Makeup pun sekata. Kulit rasa licin and lembut tu yang suka sangat ! Glowing? Betul sangat apa yang diorang state dekat kotak . Tegang wey tegang! Sebotol kecil ni 30 ml tahan berbulan jugak lamanya.

  • Affordable
  • Long lasting
  • Firm skin
  • Easily absorbed

Cara pemakaian Bio Essence 24k Bio-Gold Water

Macam gel, tidak berwarna ada gold flakes in it, Sapukan lepas cuci muka. tapi Mellya selalu lepas cuci, pakai toner dulu then only sapu gold water ni. Tak banyak setitik dua dah cukup untuk seluruh muka ni. Jadi memang jimat.

Repurchase?

Yes of course ! Tapi tak habis-habis lagi gold water Mellya. haha pas abis ni baru beli lah. So kalau baru nak try, boleh la try sekarang. Nak beli serum mahal tu memang tak mampu lah. Kalau korang jenis tak suka pakai yang ni, Mellya ada jugak beli Bio Essence Miracle Bio Water yang tu pun best gak heheh sejuk muka.

Note:
Overall great. Muka tegang, apply makeup senang, kulit smooth just like wearing serum. 

So, I give it 🌟🌟🌟🌟 out of 🌟🌟🌟🌟🌟

*Disclaimer: This is my personal opinion and humble review based on my experience. I am not paid for this review and I spent my own money on this product. Result may be vary depends on your skin conditions. I am not liable for any problems that might arise from trying out the product I review here.

Friday 9 December 2016

12/09/2016 12:03:00 pm

Tutorial Screenshot Website Full Page



Assalammualaikum.

Awesome Screen


Salam Jumaat. Harini Mellya nak kongsi tutorial untuk screenshot one full page web, Mellya bagi contoh blog Mellya. Some blog editor guna untuk tunjukkan hasil editing diorang. Apps ni senang je , boleh download or add on dekat google or mozilla firefox korang. Nak add on dekat web korang boleh click link Mellya share bawah gambar di atas; untuk chrome and firefox.

Kegunaan:

Screenshot page yang korang nak. Selalu Mellya guna photoscape kalau dalam laptop. Sekarang dah ada application ni, senang. Nak screenshot contoh blog pun senang, cuma click je button camera.


Nak faham dengan lebih lanjut pasal application ni, korang boleh lah tengok sekejap video youtube yang Mellya sertakan ni.

Awesome Screen

Lepas dah add on, korang akan nampak button camera tu di atas blog korang.
Buka laman yang nak di screenshot.

Awesome Screen

Klik button tadi. So pilih style screenshot yang korang nak. So Mellya nak full screen, Mellya pilih "Capture Entire Page".

Lepas click done, akan kuar macam ni. So just save!

screenshot website

Kalau yang tak reti sabar tu boleh click CTRL + SHIFT + V untuk mengambil bahagian halaman website yang terlihat sahaja atau CTRL + SHIFT + E untuk mengambil gambar keseluruhan halaman.

Warning: Size resolution besar, so korang nak kecilkan size boleh lah guna tutorial Mellya sebelum ni tentang cara optimize gambar : http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/11/tutorial-optimize-untuk-pulihkan.html

Mudah kan ? ❤

Friday 2 December 2016

12/02/2016 02:15:00 pm

Bio Essence Tanaka White Review



Assalammualaikum.


Bio Essence Tanaka White Cleanser & Softener Value Pack

Keep Your Skin Whiten, Firm, Moisturized & Cool

Niat hati nak beli lotion dan barang rumah, tapi lain yang dicapai nya. haha Tengah sibuk shopping "Ter" lalu dekat kawasan facial. BioEssence Cleanser and Toner RM 43.92??? Laju je amik. Sebab memang dah lama teringin cuba BioEssence. "Adik sikalang ada promo. Banyak mulah." Mellya pun laju je cakap "Aaa saya nak cuba dulu " Ngeee ish pantang nampak orang senang minah promo ni hehe "Okay adik , i kasi u sample day cream sama night cream. U pakai sikit saja nanti okay u datang beli dengan saya". Sengih jela kita pun. Dapat jugak merasa Day Cream dengan Night Cream. Tinggal spot cream tak jumpa lagi. Mellya beli dekat Watson, 20g cuma RM 37.80. Serum pula kalau dekat Aeon Wellness RM 79.90, tapi kalau beli kat Watson boleh dapat lagi murah sebab member card.

Dah bayar... WEYH target lain, lain aku beli. Lotion lupa. haha dahla membebel. Rini nak review Tanaka White itew yang baru ni *happy*

Kayu tanaka ni selalunya digunakan untuk mencerah dan merawat kulit. Selain itu membantu mengekalkan kelembapan,  menyejukkan wajah waktu cuaca panas, halang sinaran UV dan mengurangkan pertumbuhan jerawat. Sangat famous di Myanmar.

Product review

Tanaka White Double Whitening Cleansing Foam

Bio Essence Tanaka White Cleanser & Softener Value Pack

Buih-buih membersih kotoran di wajah. Mengandungi extract kayu tanaka dan tranexamic acid serta bahan herba lain, membantu membersih dan restore seri wajah. Rasa cerah and segar lepas pakai. Warna putih, cara pakai cuma picit sedikit di telapak tangan dan sapu di wajah dan leher dengan sedikit air 

What i felt : Tak tau nak cakap rasa sejuk  dan best sangat. 
  • Remove excess oil, dirt and make up
  • Cleanses, whitens and moisturizes skin at the same time
  • Skin is refreshed, fairer and smoother after wash

Double Whitening Bright White Clarifying Softener 

Bio Essence Tanaka White Cleanser & Softener Value Pack

Mengandungi extract kayu tanaka dan tranexamic acid serta extract timun, grapefruit untuk mencerah dan melembap kulit. Warna seperti air jernih, cara pakai selepas membersih, titiskan sedikit pada cotton pad dan sapu seluruh wajah. What i felt : Tak kering and tak melekit.
  • Tanaka Extract protects skin from harmful UV rays, keeps skin cool and moisturized
  • Enhanced with Tranexamic Acid to effectively whiten skin
  • Gentle and alcohol-free formula, thoroughly removes dirt and impurities on skin
  • Hydrates skin, tightens pores and softens for smoother and finer complexion
  • Enhances skin absorption of nutrients from subsequent skincare products

Tanaka White Whitening Day Cream 20g

Bio Essence Tanaka White Day Cream & Night Cream

Mengandungi SPF 20 , boleh dijadikan foundation juga. Kalau mengikut kotak Bio-Essence ni, cream ni boleh memudarkan freckles dan sekatakan tona warna kulit.

Cara pemakaian : Lepas pakai toner, serum, pastu sapukan day cream ni.  
What i felt : A bit oily, mungkin nak kena kurangkan kuantiti. haha But parut kian menghilang. Muka makin cerah and sekata.

Tanaka White Double Renewal Night Cream 20g

Bio Essence Tanaka White Day Cream & Night Cream Bio Essence Tanaka White Day Cream & Night Cream

Merawat sel kulit rosak, melicinkan tekstur kulit dan mengurangkan garis halus dan kedut.

Cara pemakaian : Lepas pakai toner, sapu night cream.Tidurrr sampai pagi esok hehe
What i felt : Licin, licin muka itew, suka. hehe tak sabar nak tunggu hasil kesabaran. Muka kusam dah tak berapa nak kusam, cerah sikit dari biasa. Botol dia ada cover yang korang boleh press untuk buka. Mellya tak buang cover ni sebab bagus jugak cover ni. tak nak masuk habuk.

Tanaka White 4X Intensive Serum 30g

Bio Essence Tanaka White Cleanser & 4x Intensive Serum Value Pack

Comel je botol dia. Function serum ni ialah membantu menghalang pembentukan dark spot akibat melanin, mencerahkan kulit kusam, mencerahkan dan mengurangkan pigmentasi. Berbaloi kalau beli value pack ni. 

Cara pemakaian : Sapu dua kali sehari pada wajah yang bersih, 1-2 titik. First sapu seluruh muka. Second, sapu pada kawasan dark spot.

What i felt : Not sticky, rasa moist, and cool. Okay, cuma nak tengok lagi kesan dia. hehe Tapi overall, lepas 2 bulan pakai, memang ada perubahan, jerawat dah tak tumbuh, muka rasa licin dah tak ada bump. 

Note: Bio Essence Tanaka White Bagus Ke ? Macam yang semua tahu la kan, Mellya memang pengguna Bio Essence. Sebab dah buntu nak try product apa lagi kan. Nak try macam-macam takut tak sesuai, bazir pula. haha One more reason sebab senang nak cari, boleh beli dekat hypermarket, Watson, Guardian dan lain-lain. Alhamdulillah sekali cuba muka okay.

Nak kata muka jadi putih gebu macam pakai produk mercury or skin care pemutih yang lain, tak lah. Tapi boleh la, muka bersih, cerah sikit lepas beberapa bulan pakai. Nak tukar lain? Buat masa ni, tak kot sebab rasa macam yang ni ja yang paling okay. haha Ada orang cakap mahal Bio Essence ni, tapi sebenar nya tak adalah mahal mana, kalau beli yang value pack. 

Sebab tu orang cakap, berbelanjalah dengan bijak.

Bio Essence Tanaka White Bagus Ke?

Apa lagi? Selain muka cerah sikit, biji-biji halus yang selalu tumbuh di muka, dah tak berani naik dah. Muka licin, cuma time period je ada jerawat sikit, normal lah tu hormone haha Jadi yang nak try Bio Essence Tanaka White, silakan. Mellya memang suggest korang try, cuma hasilnya depends on kulit korang la ye. Cepat lambat.. Nak cantik kena sabar. haha Overall great products ! Tak ada kesan-kesan yang membuatkan kita menyesal beli. haha However, effect wont be fast lah, all good things takes time. So good luck ! 

So, I give it 🌟🌟🌟🌟 out of 🌟🌟🌟🌟🌟

*Disclaimer: This is my personal opinion and humble review based on my experience. I am not paid for this review and I spent my own money on this product. Result may be vary depends on your skin conditions. I am not liable for any problems that might arise from trying out the product I review here.