What's Hot

Tuesday 10 January 2017

Cara Handle Orang Yang Bersikap Negatif terhadap Kita



Assalammualaikum.


credit : https://img.memesuper.com/bb3a982fcf58e3886c48568eab6ca1bf_seven-times-it-really-sucked-sharing-a-name-with-taylor-swift-taylor-swift-meme-haters_500-332.jpeg

Apa maksud bersikap negatif? Maksud bersikap negatif ialah setiap perilaku kita di balas secara negatif melalui percakapan dan perbuatan. Sebagai contoh mengkritik,  mengumpat, menunjukkan perilaku tidak menyenangi dan lain-lain lagi. Memang banyak orang yang suka berkelakuan negatif, and kita terpaksa hadap semua tu. Ada saja salah di mata orang walaupun tidak salah.

Punca sikap negatif

Ada banyak punca seseorang bersikap negatif terhadap kita. Ada yang disebabkan oleh hasad dengki, kurang menyenangi kita, dan kurangnya perhatian. Orang yang macam ni sebenarnya kekurangan rakan disebabkan oleh sikapnya sendiri.

Cara handle orang yang bersikap negatif?

#1 Ubah perspektif dan cara penerimaan terhadap kenegatifan

Ambil kata-kata mereka yang negative itu and think about it in a positive way. Sebagai contoh; kau ni bodoh. Ambil kata-kata buruk tu secara positif; oh.. aku tak cukup pandai, so kena belajar lebih lagi. Memang susah, orang yang penyabar je mampu buat macam ni. Tapi kita kenalah belajar menerima untuk menjadi lebih baik. Jadikan ia sebagai salah satu cara yang menaikkan semangat kita untuk terus berjaya.

#2 Tak perlu berbalah dan berbalas comment

Jika haters lebih gemar meninggalkan comment negatif di social media korang, abaikan. Delete semua komen negative dari otak fikiran. Fikir benda lain lagi bagus. Fikirkan komen-komen positif daripada penyokong mu. Haters gonna hate for sure so be strong.

#3 INGAT tiada siapa pun yang tahu perasaan kita

Ingat yang mereka tak berada di tempat kita. Sebagai mangsa, buktikan yang diri kita lebih matang daripada mereka. Bersikap professional dan jangan cepat melenting.

#4 Fikir je diorang tu maybe tak ada life!

Maksud disini, tak da keja nak dibuat selain mencari kesalahan orang lain. And be thankful, ucap terima kasih dekat orang-orang ni sebab mereka sudi luangkan masa untuk stalk gerak geri kita. haha macam paparazzi stalk retis gitu. Glam uols.

#5 Don't take it seriously


Tak perlu ambil serious atas komen negatif haters. Anggap komen itu adalah perantaraan, teguran dari Allah untuk menjadikan kita seorang yang lebih matang dan postif.

Semua orang tak sempurna, and tak lari daripada melakukan kesilapan. And tak semua dapat terima cara kita, jadi kita kenalah sabar. Doakan semoga orang-orang yang membenci kita dilembutkan hati. Mungkin teguran sinis itu tanda mereka ambil berat terhadap kita. Who knows ? ❤ 

3 comments:

  1. Haters gonna hate, heaters pun gonna heat. Hahahaha. Biarlah mereka dalam dunia mereka sendiri, tak kudis pun dibenci orang :P

    ReplyDelete
  2. Cuba beri bunga pada yang gemar memberi najis...dalam saat mereka gembira berbicara pada suatu yang tidak sedap didengar...berikan senyuman yang paling manis...insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Mellya, love this entry. You naikkan mood I kembali. Thank you!. :D

    ReplyDelete