What's Hot

Saturday 16 September 2017

Cara Mudah Kecutkan Jerawat dengan Cepat



Assalammualaikum.

Cara Kecutkan Jerawat dengan Cepat

Salah satu masalah yang merungsingkan fikiran bagi perempuan yang kadang-kadang boleh membuatkan diorang ni moody and terkena amukan ialah bila tumbuhnya jerawat. Jerawat bukan sebarang jerawat. Jerawat yang sejenis degil, tak nak kecut berhari-hari sampai bengkak tu. hahaha Bila makeup lagi terserlah bengkak jerawat tu. So, apa yang patut korang buat bila jerawat degil tak nak kecut?

Cara Mudah Mengecutkan Jerawat dengan Cepat


Ambil ketul ais letak dekat jerawat. Tapi jangan lah sampai pecah jerawat tu korang letak ketul ais tu. Satgi air bisa jerawat tu terkena tempat lain tak pasal je tumbuh jerawat lagi satu. Kenapa letak ais? Kalau letak ais dekat jerawat yang tengah merah and timbul tu, dia boleh redakan jerawat tu. Pernah sekali jerawat Mellya macam bukit dah, disebabkan malam tu ada dinner, cepat-cepat habiskan ketul ais bagi penyet jerawat tu. haha

Letak ubat gigi sapu dekat jerawat. Ramai yang dah try method ni. Ada yang cakap sedikit pedih bila pakai ubat gigi pada jerawat. Tapi time urgent macam ni, sanggup je asalkan jerawat kempis. 

Rambut ikat, jangan bagi kena muka. Rambut kita ni berminyak, even cuci lah banyak kali mana pun, kalau terkena muka memang akan menyebabkan jerawat. Jadi eloklah ikat rambut dengan rapi. Jangan biar terkena pada kawasan jerawat yang tengah menggunung tu.


Ada tanda-tanda jerawat nak tumbuh , terus sapu ubat jerawat. Haa dah rasa naik biji dekat muka, takyah tunggu dia membesar baru nak sapu ubat jerawat. Sapu je siap-siap. Mellya selalu je buat macam tu, jerawat tu terus sembuh tak jadi nak tumbuh.

Tuam dengan air panas. Rendam kain handkerchief or tuala kecil dengan air panas pastu letak pada kawasan yang bengkak. InsyaAllah akan surut. Kawasan tu akan merah pada permulaan tapi jerawat memang kecut. Kejap je muka merah pastu okay. Tak pun masukkan air panas dalam mangkuk kemudian kenakan wap air panas tu ke muka.

Bagi Mellya ni ja cara terpantas nak kecutkan jerawat selain daripada pakai Acne Cream Sendayu Tinggi pada waktu malam. Kalau korang nak try pakai bawang putih, madu dan kayu manis boleh je. Tapi selalu nya lepas korang pakai tu, akan jadi merah-merah dekat kulit. Macam Mellya tak boleh pakai cara tu, haha habis merah-merah lagi stress. 😂😂


9 comments:

  1. Bagus tips sis Melliya ni. 😣 Pakai ais, ikat rambut dan ubat gigi untuk kurangkan jerawat. I lookie. Memang tak suka nak picit. Nanti jadi parut 😅

    ReplyDelete
  2. bagus tips tu...nasib baik la dulu sy waktu muda2 dulu boleh dikira berapa kali jerawat tumbuh...tp sy praktikkan wapkan muka seminggu sekali pastu lap dengan tuala...Alhamdulillah ok

    ReplyDelete
  3. hi,saya datang sini follow awak :)

    ReplyDelete
  4. tq mellya sbb share tips ni. busyra mmg sjenis yg suka picit jerawat. and last biar macam tu ja. haha. tp dh ada surah ni. inshaAllah di amalkan lepas picit. :)

    ReplyDelete
  5. saya kan jerawat batu kronik sebelum ni, memang tipsnya selama 10 bulan nak pulihkan jerawat untuk luaran ni la.. ais tu paling best. Tu pun kawan cakap ais tu sbgai detox muka. lepas tu saya amalkan doa tu juga. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat jerawat dah ok. Dengan izin Allah , kulit dah kembali sihat. Selama ni merana stahun lebih dengan jerawat berbatu-batu. huwaaa

    ReplyDelete
  6. First tip paling senang untuk dicuba. Dan first time dengar jugak. Boleh cuba amalkan nanti. Kulit siqah pun asyik ada jerawat je skrg 😳

    ReplyDelete
  7. mek sapu gamat, kalau tk pn cream malam. insyaAllah kecut

    ReplyDelete
  8. Sama petua kita. Selalu buat camni kalau tiba2 ada jerawat tumbuh :) mmg berkesan

    ReplyDelete
  9. aira selalu jugak buat yang ais tu. hehe

    ReplyDelete